Thursday, March 5, 2009

Jom. Rakyat Tetamu Istana Negara.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dilaporkan telah berkenan untuk menerima serahan memorandem bantahan terhadap PPSMI. Polis juga difahamkan telah bersetuju himpunan itu diadakan di Masjid Negara. 100,000 bukanlah suatu angka yang kecil. Rapat raksaksa ini suatu kebangkitan rakyat dalam mempertahankan hak mereka. Jom kita genapkan angka 100K di hadapan Istana Negara 7 Mac 2009. Kita cipta sejarah baru...

Daulat Tuanku, rakyat mohon mengadap...

Akhbar Perancis, Liberation hari ini mendedahkan bagaimana dan mengapa Altantuya dibunuh


Amin Iskandar menulis begini pada blognya, semakin dekat Najib Razak mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Abdullah Badawi, semakin banyak rahsia terbongkar. Hari ini, Liberation sebuah akhbar di Perancis mendedahkan mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan beberapa fakta yang belum diketahui oleh rakyat Malaysia.

Arnaud Dubus wartawan yang berpengkalan di Bangkok, Thailand telah membuat kajian mengenai kes pembunuhan berprofil tinggi tersebut dan pernah ke Kuala Lumpur, Mongolia dan Perancis untuk melengkapkan kajiannya.

Dalam tulisannya yang bertajuk The Altantuya Shaaribuu’s Case : How and why she was killed? beliau telah mendedahkan bagaimana Azilah Hadri memberitahu Sirul Azhar Umar bahawa mereka akan mendapat bayaran sekitar RM 50,000 - RM 100,000 untuk “menyelesaikan” Altantuya.

Selain daripada itu, berita tersebut turut melaporkan tentang bagaimana Altantuya merayu kepada Sirul agar tidak dibunuh oleh kerana beliau sedang mengandung pada ketika itu.

Turut didedahkan dalam laporan tersebut ialah mengenai wang komisen yang seharusnya dibayar kepada Altantuya sebanyak USD 500,000 telah dinafikan oleh isteri kepada Najib Razak, Rosmah Mansor yang didakwa oleh laporan tersebut sebagai seorang “perempuan yang kuat cemburu”.

Lihat laporan asal disini. (Mukasurat 30-31, tetapi anda perlu membayar untuk melihat berita penuh).

Malaysia Today pada hari ini menyiarkan kenyataan Sirul Azhar Umar pada 19 November 2006 mengenai bagaimana Altantuya dibunuh dan tentang mereka telah diupah untuk membunuh Altantuya. Klik disini.

Sudah pastinya ini adalah alamat yang tidak baik kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor. Apa pun yang mereka lakukan untuk menutup kes ini, “Hantu Altantuya” tidak akan hilang dari bayangan mereka.

Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi sebelum menjadi Presiden Umno yang sah dan Perdana Menteri Malaysia, Najib tentu pening kepala. Lebih keras beliau bertindak, lebih banyaklah maklumat baru akan didedahkan.

Satu soalan kini yang bermain dikalangan rakyat Malaysia ialah sempatkah Najib menjadi Perdana Menteri?

Komentar : Soalnya, Pak Lah tidak menerima sebarang pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO. Jika apa-apa terjadi kepada penerima pencalonan tunggal itu (NTR) ertinya Timbalan Presidenlah yang memangku jawatan Pak Lah... samada dikerusi Presiden @ Perdana Menteri. Barangkali di sinilah Pak Lah beralasan kukuh untuk durhaka terhadap UMNO tetapi setia terhadap mandat rakyatnya... Amacam Pak Din, Pak Mad dan Pak Ali. Jangan berangan sangat... Pak Hadi dan Pak Nuar standby nak masuk...

Najib kah si gembala Kambing Hitam itu ???


Apa pula tindakan ‘Bakal Perdana Menteri’ Dato’ Seri Najib Razak selepas ini, setelah kes pembabitan beliau dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu didedahkan oleh media antarabangsa.

Sirul pernah mendakwa dia hanyalah seekor kambing hitam, maka dengan ‘kenyataan beramaran’ yang didedahkan oleh Raja Petra dan laporan akhbar Perancis itu, adakah Najib adalah gembala kepada kambing hitam, si Sirul ???

Sebuah akhbar Perancis mendakwa Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pernah bertemu dengan mangsa pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Razak Baginda.

Menurut laporan akhbar Liberation semalam, 5 Mac, 2009, Najib pernah bergambar bersama pasangan kekasih itu.

Dengan laporan itu sekaligus menolak penafian yang pernah dibuat oleh ‘bakal perdana menteri’ itu kononnya beliau tidak mengenali Altantuya.

Malah Najib pernah bersumpah dengan menyebut nama Allah, tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh Pakatan Rakyat khususnya PKR sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh sedang memuncak, Ogos tahun lepas.

Penyiasat Persendirian yang hilang hingga kini, P.Balasubramaniam, turut mendakwa Najib mengenali Altantuya dalam satu Surat Akuan Bersumpahnya yang pertama.

Tidak sampai 24 jam, Balasubramaniam muncul dalam keadaan tertekan, membawa kepada umum Surat Akuan Bersumpah yang kedua, dimana kandungannya bertentangan.

Selepas itu, Balasubramaniam “dihilangkan” dan walaupun laporan telah dibuat oleh anak saudaranya, tiada apa-apa siasatan dibuat oleh pihak polis.

Keputusan kes bunuh Altantuya yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Razak, yang dituduh bersekongkol dengan anggota polis berkenaan, dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan dalam keputusan mahkamah tinggi yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak sebagai tidak masuk akal dan sesuatu yang direncanakan.

Menurut akhbar itu, Razak dan Altantuya bertolak pada Mac 2005 ke Eropah untuk menyelesaikan beberapa aspek berhubung dengan kontrak pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia bernilai RM4.7 bilion.

Menurut akhbar itu, ketika di Paris, Najib bertemu dengan Altantuya dan Razak serta bergambar dengan mereka.

Razak bertindak sebagai pengantara untuk menghasilkan rundingan pembelian kapal selam itu daripada Syarikat Armaris, sebuah usahasama Peranchis-Sepanyol.

Altantuya seterusnya datang ke Kuala Lumpur October 2006 apabila menerima berita Armaris telah membayar komisyen RM541juta kepada Perimekar yang di miliki oleh Razak.

Altantuya menuntut komisyennya berjumlah 500,000 dolar Amerika daripada Razak.

Menurut akhbar itu, siasatan mendapati Rosmah, isteri Najib membantah sebarang pembayaran kepada Altantuya.

Altantuya mendesak Razak untuk membayarnya untuk beberapa hari dan ketika inilah keputusan diambil untuk bertindak terhadap wanita Mongolia itu.

Tugas itu diberikan kepada dua anggota polis unit tindakan khas untuk melindungi orang kenamaan termasuk Najib.

Wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan sebelum mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Beberapa jam sebelum Razak di tahan, Najib menghantar sms kepada sekutunya berbunyi: Saya akan berjumpa dengan Ketua Polis Negara pukul 11 pagi hari ini, Masalah ini akan diselesaikan. Sabar.”

Komentar : Kita tunggu penjelasan Najib.

Tuesday, March 3, 2009

Tahniah: PDRM telah maju setapak ~ Malaysiakini


Peristiwa hari ini merupakan satu sejarah tercipta di Dunia kerana sidang DUN Perak telah berjaya bersidang di bawah satu Pokok. Walaupun mendapat pelbagai halangan daripada FRU & Pendekar bujang lapok, DUN yang bersidang hari ini berjaya meluluskan 2 usul. Mungkin sekali pandang peristiwa ini melucukan, tetapi bila diamati betul-betul, inilah hakikat / petanda demokrasi di Malaysia akan terkubur...

Tetapi sedang sibuk peristiwa ini berlaku pagi tadi, PDRM juga telah melangkah selangkah ke hadapan iaitu SB-SB telah mengguna teknologi bagi merakam 'Samseng kampung dusun' yang melontar batu dan botol air kearah (klik)ADUN pakatan rakyat tadi dengan menggunakan Teknologi terkini...

Teknologi yang dimaksudkan ialah SPY PEN. Pen ini berupaya merakam kejadian-kejadian yang terjadi tanpa pengetahuan Umum. Pagi tadi kebanyakan SB-SB yang berada di sekitar bangunan SUK Perak kelihatan mempunyai SPY PEN... TAHNIAH PDRM..semoga penjenayah akan berkurangan.

[ Pesanan penaja : Apa guna Teknologi kalu tak dapat tangkap penjenayah... Semoga teknologi yang ada bukan sahaja untuk tangkap penyokong PR]

Siasat Laporan Awal Bedah Siasat Kugan...






A Kugan mati akibat 'teruk dibelasah'
Mar 3, 09 5:47pm
Laporan bedah siasat bebas yang dilakukan oleh seorang pakar patologi atas permintaan keluarga A Kugan, menunjukkan tahanan polis itu mati akibat kegagalan buah pinggang, akibat teruk dibelasah.

Menurut laporan bedah siasat kedua itu, akibat dibelasah, sel-sel otot Kugan gagal berfungsi, dan keadaan ini mengakibatkan aliran darah tersekat, dan seterusnya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi.

Terdapat satu lakaran yang menunjukkan bahawa Kugan mengalami pendarahan dalaman yang serius akibat teruk dibelasah.

Laporan bedah siasat bebas itu dilakukan selepas keluarga mangsa tidak berpuashati dengan laporan bedah siasat awal di Hospital Serdang bahawa Kugan mati akibat terdapat cecair di dalam paru-parunya.

Kugan mati ketika disoal siasat dalam tahanan polis pada 20 Januari lalu. Sebelum kematiannya, mangsa ditahan lima hari berhubung kes kecurian kereta mewah.

Keputusan laporan bedah siasat itu didedahkan oleh ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini.

Himpunan 100 Ribu Bantah PPSMI...



Jom. Kita Kemukakan Usul Tergempar Dalam Mana-mana Mesyuarat Agung PIBG Bagi Membantah Perlaksanaan & Penerusan Projek PPSMI. Selamatkan Rakyat Malaysia Dari Dijajah Oleh Pemikiran Jahat Pemimpin-Pemimpin UMNO. Mari kita genapkan kehadiran 100 ribu di hadapan Istana Negara pada 7 Mac 2009 Jam 2.30 petang. Jaga disiplin dan ikut arahan pimpinan dari masa ke semasa...

Budak tu muncul lagi...



Jangan pedulikan dia... Walau Ayah Pin pun yang muncul, fokus kita tetap kepada tragedi rampasan kuasa di Perak.

Rakaman Video Sidang DUN Perak Di Bawah Pokok.



Meskipun di halang oleh polis dan penyokong Barisan Nasional, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak tetap mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri di bawah sebatang pokok, dalam serba kekurangan tetapi menepati semua peruntukan perlembagaan.

Segala jentera Barisan Nasional, malah penyokong UMNO sendiri dikerah untuk menghalang sidang tergempar itu. Bangunan Perak Daruk Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri di tutup sejak semalam dalam usaha membatalkan siding tergempar berkenaan.

Namun Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Speaker DUN V.Sivakumar dan ADUN-ADUN PAS, Keadilan dan DAP mengharungi semua kekangan itu untuk menegakkan kuasa perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri. ...

Monday, March 2, 2009

Ketegangan di Perak. Suatu Percaturan Jahat.

Bagai dijangka, Sidang Tergempar DUN Perak dihambat seribu kepayahan. Persidangan yang terpaksa dijalankan di bawah sepohon pokok tidak jauh dari Bangunan Perak Darul Ridwan telah menyaksikan 3 usul diterima sebulat suara. Dunia demokrasi sekali lagi merakamkan suatu lakaran sejarah bagaikan suatu janji setia berlaku untuk memperteguhkan komitmen mereka di dalam mempertahankan maruah dan harga diri rakyat Perak. 28 ADUN berjanji setia untuk menegakkan keadilan dan menuntut suara rakyat diperhalusi. Biarpun ianya berbeza dengan Bai'atul Aqabah namun manifestasinya adalah untuk suatu perjuangan bagi merealisasikan alternatif kecintaan mereka terhadap sistem negara yang diporakpurandakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Benarkan YAB Dato' Seri Nizar mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan tanpa sebarang gangguan. Izinkan Speaker Sivakumar mempersembahkan resolusi sidang tanpa tekanan yang melampau. Rakyat Perak tetap setia. Ke Bawah Duli Tuanku Sultan juga pasti mengharapkan situasi kondusif kembali mewarnai negeri Perak. Rakyat tidak sekali-kali memusuhi istana. Namun UMNO/BNlah yang mengemudi situasi ini. Mereka mengharapkan ketegangan. Kekecohan. Kerakusan kuasa. Semuanya kerana kegelojohan moral yang terbias akibat perancangan jahat seorang mentornya yang kemarut kuasa.

Dalam andaian saya, dengan harapan ianya tidak akan berlaku. Adalah suatu yang tidak mustahil ketakutan UMNO/BN untuk berhadapan dengan rakyat akan diterjemahkan melalui suatu operasi tangkapan di bawah akta rimba ISA. Atau mungkin pengistiharan darurat dilaksanakan.

PDRM, SPRM, SPR, JPN, JKR, JPM dan tidak ketinggalan JKKK dilihat amat berpehak. Mereka membutakan mata dari melihat secara objektif.

Bukalah pita persidangan DUN Perak. Saksikan betapa samsengnya ADUN UMNO yang berlagak tanpa akhlak tanpa adab. Speaker diherdek dan dimaki dengan diketuai oleh Mantan MB dan MB haram BN Perak masa kini. Mereka lupa pita rakaman itu akan menjadi bahan sejarah untuk tatapan zaman berzaman.

Daulat Tuanku. MB Patik Mohon Mengadap...

Hoi UMNO....Apa lagi selepas ini....




Kalau hang nak lawan bia' cara jantan...

DUN Perak ditutup, elak sidang tergempar...


Mar 2, 09 12:27pm
kemaskini 4.20pm Dalam tindakan mengejut untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Sunday, March 1, 2009

Pak Lah perlu bersuara halang kerakusan kuasa...


Usia Pak Lah semakin ke penghujung.
Raut wajahnya semakin bersahaja.
Setenang bayi yang dibelai ibu.
Barangkali kerana cukup masa tidurnya.
Walau dimana sahaja.
Asal dapat landing.
Tak kira hujan atau ribut.
Pak Lah tetap bersahaja.

Saat tibanya Mac makin menjelma.
Bimbang rakyat akan bahananya.
Tidakkah Pak Lah rasa bahagia
Disebut orang pejuang rakyat.

Ganasnya si dia tanpa kuasa.
Keganasannya bertambah bila berkuasa.
Suara rakyat dihompeh dihina.
Bagaikan maruah rakyat tiada nilainya.

Kerajaan rakyat besar ertinya.
Kerangka yang sukar untuk dijatuhkan.
Beraninya dia bermain api.
Membakar diri menanti zaman.

Pak Lah kuharap dapat pilihkan.
Suara rakyat suara keramat.
Kerajaan Perak berhajatkan mandat.
Bubarkan DUN pasti BN dihambat...

Uthayakumar berhak menerima rawatan...


Sukar untuk membayangkan bagaimana kesakitan yang dihadapi oleh seorang tahanan tanpa bicara. Tanpa belas kasihan. Tanpa simpati. Dia terpenjara di saat keluarga merinduinya. Tangisan mereka tidak dilayan dengan sempurna. Ratusan rakyat yang cuba membela haknya dilayan bagai perusuh. Tak cukup denga hadangan. Mereka dihujani dengan semburan berjenama. Rakyat tidak wajar dilayan seburuk itu.

Keringat, darah dan air mata rakyat akan terbayar secara tunai. Tunggulah bagaimana Allah memutuskannya....

OKU serang OKU dan Zambry, teh tarik satu!


Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mungkin antara ahli politik yang paling cepat popular dalam negara ini. Namanya semakin menjadi sebutan. Setiap hari, entah berapa ribu kali namanya disebut. Saya rasa, nama Dr Zambry semakin menjadi household name (Gambar ihsan The Nut Graph).

Bagai biasa, pagi ni saya minum teh tarik di Restoran Thaqwa dekat Taman Melewar tu. Nampaknya semakin ramai yang tidak lagi memanggil dengan panggilan Mamak di restoran itu. Semakin ramai yang tidak lagi menyebut, "Mamak! Teh tarik satu!"

Dah tak cakap lagu tu dah.

Nampaknya semakin ramai yang dok panggil "Zambry! Teh tarik satu!" Saya pun tumpang sekaki la. Tengah-tengah dok minum teh tarik tu teringin pulak nak makan roti canai bila tengok Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman makan roti telur (time sidang Parlimen, dekat hari-hari saya minum pagi dengan dia. Dia pun kira dah jadi orang kampung kami dah di sekitar Melewar ni).

Saya pun mintak la roti, "Zambry! Roti kosong satu!" Lepas tu, saya dengar orang yang nak suruh Mamak tu kira ramai yang panggil "Zambry, mari kira!"

Apa pun, setakat ni saya tak dengar lagi orang panggil "Dr Zambry! Teh tarik satu!" Sebagai penghormatan dan tanda persaudaraan dengan Mamak-Mamak yang setiap hari dok masak dan hidang makan minum kat saya, saya berazam nak panggil dengan panggilan yang lebih hormat dan berstatus lagi kepada mereka. Saya akan panggil, "Dr Zambry! Teh tarik satu!"

Tadi, saya juga mendengar cerita OKU serang OKU (orang kurang upaya) di Parlimen. Ramai juga yang bercerita tentang kira-kira 20 atau 30 OKU menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (orang kurang upaya) yang berumur 69 tahun itu.

Balik rumah, saya pun bagi tau kat isteri saya, dengan pertolongan Allah jua, saya harap kami sekeluarga dan orang-orang Islam seluruhnya (bila kita berdoa, jangan lupa sambung wa li jami'il Muslimina wal Muslimat - mudah-mudahan maqbul doa kita sebab kita berdoa untuk semua orang Islam) tidak diuji oleh Allah dengan menjadi OKU (orang kurang upaya). Tetapi, kalau Allah nak uji juga, kita redha. Dan, oleh kerana itu jugalah kita mesti meningkatkan rasa muhibbah, simpati dan empathy (memahami dan berkongsi perasaan dan emosi orang lain) kita kepada OKU (orang kurang upaya).

Saya juga merayu sungguh-sungguh kepada Allah agar melindungi dan menjauhkan keluarga dan seluruh keturunan saya dari menjadi OKU. Na'uzubiLlahi min zalik!

Nampaknya, antara syarat utama nak jadi OKU sekarang ialah kena berani mengepung dan menyerang OKU (orang kurang upaya) yang berumur hampir 70 tahun. Kena pandai main gutter politics atau politik longkang. Ya Allah! Saya hamba-Mu yang hina dan berdosa ini merayu sungguh-sungguh tolonglah lindungi keluarga dan seluruh keturunan saya serta Muslimin Muslimat dari menjadi OKU (orang kuat Umno)! WaLlahi! WabiLlahi! WataLlahi! Demi diri-Mu, ya Allah!

Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca

Sidang Tergempar DUN Perak Tetap Diadakan.


Apakah ADUN Perak akan dihalang seperti pengganas...

Speaker Dewan Undang Negeri Perak V.Sivakumar, dalam kenyataan terbarunya pada sidang media jam 7.00 malam semalam menegaskan panggilan mengadakan Sidang DUN Tergempar yang dibuatnya adalah sah dan mengikut undang-undang.

Beliau berkata Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri tidak ada kuasa untuk membuat apa-apa tafsiran mengenai peraturan DUN (Standing Order)

“Tugas Setiausaha DUN adalah menurut arahan Speaker DUN,”kata Sivakumar.

Beliau membacakan peruntukan 89 (Standing Order 89) yang menyatakan bahawa penafsiran yang dibuat oleh Speaker adalah muktamad.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Asmuni Awi menyatakan Sidang DUN Tergempar tersebut akan tetap diadakan Selasa ini.

Sidang tergempar: Speaker dan S/U DUN bercanggah pendapat



Kemelut yang kian meruncing. Masa depan siapa yang lebih GELAP....