Tuesday, August 4, 2009

Rehat Jap... Mengimbau Kenangan Persahabatan

Rehlah Ke Kundasang, Sabah

Keluarga Syeikh Ridzuan Ishak Al Haj
Kota Kinabalu to Taiping


Monday, August 3, 2009

Kenangan Di Balai Polis Bukit Jalil...

Chegu Bad (AMKT PKR) turut hadir memberi sokongan...

Berbual bersama YB Dr. Nasir....
Bersama Seorang Teman (berbaju biru) Yang Isterinya, Menantunya dan empat orang puterinya ditahan di balai berkenaan. Di sebelah kanan ialah Ustaz Wan Shukri Wan Isa
(Ketua Penerangan PAS Kawasan Besut)

Exco Dewan Pemuda PAS Besut, sdr Sharbani turut ditangkap sebelum diheret ke trak polis.
Tahniah kepada beliau dan 5 lagi teman yang diuji dalam himpunan 100, 000 rakyat membantah akta rimba ISA dari terus membelenggu rakyat Malaysia.
"Hidup Hidup Hidup Rakyat, Hancur Hancur Hancur BN"

Tahniah Buat Unit Amal Malaysia.

Akhbar Nanyang Siang Pau, 2 Ogos 2009


Kejayaan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengerahkan Himpunan 100,000 pada 1 Ogos 2009 di ibu negara dilihat sebagai penyumbang kepada pembinaan matarantai penyuburan gerakan kebangkitan rakyat Malaysia dalam menolak segala kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional terhadap rakyat.

BN yang kini berada di jalan mati terpaksa mencapai apa jua objek yang boleh memanjangkan hayatnya yang semakin mereput. PRU ke 12 membuktikan Felda & undi pos menjadi talian hayat UMNO/BN. Tiba-tiba ketibaan 1 Ogos telah menyaksikan penggredan baru terhadap status PDRM bilamana mereka dikerah untuk bertempur dengan rakyat yang ingin menyuarakan hak mereka bagi menolak akta zalim ISA yang tidak lagi releven untuk dilaksanakan.

Rakyat yang hanya bersenjatakan suara diganasi polis dengan segala produk tempur. Belantannya, gasnya, semburan air berasidnya, tangkapannya dan segala macam kekuatan yang mereka miliki. Nasib rakyat tak ubah bagaikan penderitaan Saidina Bilal Bin Rabah sewaktu diseksa majikannya.

Di sanalah dunia menyaksikan kemunculan tentera merah yang menjadikan diri mereka sebagai perisai dan benteng manusia bagi mengemudi perjalanan rakyat ke Istana Negara. Benar, topi merah bukan lawan mereka tetapi kesabaran dan kekentalan yang mereka miliki mampu menjadi model sebuah briged amal di jalan Allah. Saya yakin jika apa yang dimiliki oleh pihak FRU itu menjadi hiasan dan pakaian mereka, pasti tentera merah lebih berotoriti untuk menjaga keamanan negara. Tetapi rasanya bukan itu maksud adanya mereka.

Biarlah rakyat diberi ruang untuk mengungkapkan ucapan tahniah & syabas buat tentera merah. Dan saya adalah sebahagian daripada mereka. Tahniah buat Unit Amal Malaysia... Semuga amal baktimu diterima Allah.

Sunday, August 2, 2009

Himpunan 100 Ribu Protes ISA : "Menteri KDN & Ketua Polis Negara Mesti Letak Jawatan"



Perhimpunan Aman 100 Ribu Rakyat Malaysia pada 1 Ogos 2009 yang perihatin terhadap kezaliman kerajaan Barisan Nasional di bawah akta rimba ISA telah disuraikan dengan ganas oleh pihak polis. Ia adalah operasi terburuk dalam tempuh 25 tahun.Operasi yang dilabel sebagai mengikut prosedur & paiwaian SOP oleh Ketua Polis Negara dalam mengulas tindakan polis itu selayaknya dibakulsampahkan sahaja bahkan 2 pihak atasan mesti mengambil tanggungjawab penuh dalam insiden yang berlaku.

Bayangkan rakyat diarah bersurai sedangkan semua laluan ditutup dengan kebanjiran anggota & trak FRU, water canon dan polis dari pelbagai cawangan yang telah diarah mengepung laluan keluar. Aliran dan laluan keluar untuk menuju ke arah yang satu... istana negara tertutup sepenuhnya. Bomba yang sepatutnya mempunyai SOPnya yang tersendiri turut dilihat bersubahat untuk suply bekalan air kepada pihak berkenaan yang kehabisan bekalan air sewaktu membakar emosi rakyat.

Bayangkan anak-anak yang terkepung bersama ibu dan ayah mereka juga terheret dalam implikasi tindakan ganas polis. Para pengguna jalanraya, peniaga dan pelancong diprovok agar mempersalahkan para demonstrator. Bahkan sebahagian mereka digari ke trak sebelum ditahan dipenjara.

Saya pasti ramai yang bersependapat bahawa tindakan biadap pihak PDRM khususnya anggota FRU akan terus dicela. Solat hajat akan terus dilakukan. Hidup mereka pastinya terdedah kepada pembalasan dan azab Allah. Mereka sering menyakiti rakyat tapi mereka lupa Allah Maha Mendengar rintihan rakyat yang dizalimi. Ingatlah doa golongan teraniaya ini lebih didengari di sisi Allah.

Saya pasti ramai tahanan akan bangkit untuk mendakwa PDRM yang menahan mereka tanpa sebab.

Saya juga pasti bahawa rakyat akan bangkit untuk mendesak perletakan jawatan segera oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang akan kita pertanggungjawabkan sepenuhnya dalam operasi ganas tersebut.

Have No choices. They have to resign....

Thursday, July 30, 2009

Perginya Seorang Pejuang. Al Fatihah Buat YB Dato' Hamdan Abd Rahman



Pulau Pinang kehilangan seorang lagi pejuang rakyat menjelang detik Himpunan 100,000 pada 1 Ogos bagi membantah akta zalim ISA dari terus mencengkam, menghimpit dan menghantui aliran kebangkitan rakyat dalam menuntut keadilan.

Berita sedih yang diterima seawal pagi Jumaat, 31 Julai pastinya mengundang pelbagai spekulasi. Apa rancangan jahat BN seterusnya untuk rakyat di Pengkalan Pasir. Mereka hampir menang di Manek Urai setelah menyogok dan mengasak pengudi MU dari sudut kehidupan dunia. Dari sekecil-kecil isu; sehinggalah kepada pembinaan jambatan sumuanya mengunndang seribu kepayahan pengundi untuk membuat keputusan. Seolah-olah jambatan itulah yang akan menghubungkan MU dengan akhirat...

Alhamdulillah rakyat Kelantan terus berpegang kepada kebijaksanaan. Jambatan mereka mahu tapi Tok Guru mereka tak tolak. Mereka bersorong tarik dengan BN. Bukan mereka tolak Abe Uji, tapi mereka mahu Timbalan Perdana Menteri tak lari meninggalkan janji-janjinya kepada MU. Biarlah jambatan itu menjadi penanda aras kepada benarnya kata-kata seorang TPM yang berkampung di MU di zaman One Malaysia.

Soalnya kalau jambatan itu kelak menjadi kenyataan apakah pengundi MU akan berubah angin.....

Saya yakin jambatan itu memang suatu keperluan. Biarlah dengan siapnya jambatan itu nanti ianya akan membuka ruang pertembungan di pentas dan laluan yang sama rata... MU akan mempersaksikan bahawa habuan dunia tidak sekali-kali akan menggadaikan maruah dan harga diri mereka untuk menukar sesuatu yang menjadi pegangan mereka. Rakyat Kelantan ditarbiyah oleh Tok Guru, bukan terdidik dengan trend Anuar Musa, Awang Adek dan Mustapha Muhammad.

Saya bertambah yakin bahawa Kelantan Sebagai Universiti Politik Terbuka akan mengajar bagaimana untuk berpolitik secara matang. Dan , pengundi Permatang Pasir akan menjadikan laluan mereka sebagai pengkalan ke dua untuk diuji.

Al Fatihah buat YB Dato' Hamdan. Semuga Allah menganugerakkan syurga buat almarhum dan kesabaran yang berpanjangan buat seluruh anggota keluarganya.

Dr. Asri : Majlis Fatwa & ISA

Sunday, July 26, 2009

Himpunan Khas Bekas Pelajar & Guru Institiut Berakan / Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Kuala Terengganu

Tetamu Undangan :
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Mursyid Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah, Darul Iman

Tarikh : 09 Ogos 2009 ( Ahad )
Masa : 03.00 - 06.00 petang
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS Pusat
Taman Melewar, Kuala Lumpur

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :
Pejabat MTT : 09-6669550
Ustaz Mohd Saiful Ambia' (Pengarah) : 019-922 9158
Ustaz Muzaihar Kamal : 017- 412 0225
Ustaz Awang Embong : 019-928 4609

" Semua Bekas Pelajar & Guru IB/MTT DiJemput Hadir "