Tuesday, September 8, 2009

5,000 Undi Pos Di Bagan Pinang.

Lebih kurang 5000 undi pos tentera di Bagan Pinang perlu tuntut hak mereka. Banyak peralatan usang yang digunakan yang membahayakan nyawa para pejuang tanahair kita.

Antaranya kenderaan perisai Condor yang berusia lebih 20 tahun yang tidak sesuai digunakan pada zaman ini. Ini diakui sendiri oleh Panglima Tentera Darat.

Kerajaan menangguhkan penggantian Condor ini atas alasan kekurangan dana. Sedangkan Condor adalah pengangkutan yang paling penting dan terbanyak dalam tentera.

Condor pula dikatakan semakin tidak sesuai dalam peperangan moden hari ini disebabkan perisai kenderaan itu agak nipis dan gagal mengekang tembakan dari roket seperti yang pernah berlaku semasa peristiwa di Pasar Bakaara, Somalia, pada Oktober 1993, apabila beberapa buah kereta perisai Condor Malaysia musnah dan seorang pemandunya terbunuh. (Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin)

Begitu juga jaket kalis peluru yang tidak sesuai digunakan oleh anggota tentera kita. Bangkitlah anggota tentera di Bagan Pinang tuntut hak anda untuk mempertahankan diri sendiri ketika bertempur dengan peralatan yang terkini.

Tuesday, September 1, 2009

Takziah PAS Kawasan Besut Buat Keluarga Abdul Karim Abdul Aziz



PAS Kawasan Besut merakamkan ucapan takziah buat keluarga almarhum Abdul Karim Abdul Aziz, Pengerusi Tetap PAS Kawasan Hulu Langat yang telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009 baru-baru ini.

Saya mengenali beliau secara peribadi. Beliau adalah seorang aktivis yang telah menghabiskan banyak masanya untuk perjuangan Islam. Semuga roh beliau ditempatkan bersama-sama golongan yang soleh dan diberikan kesabaran yang berpanjangan buat seluruh anggota keluarganya.... Al Fatihah.

Daripada :
Haji Wan Azhar Wan Ahmad
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut

Semuga Kartika Menghampiri Taubat...







Malaysia mencatatkan sejarah apabila seorang pesalah wanita yang disabitkan atas kesalahan meminum arak rela untuk disebat bagi membebaskan dirinya dari kesalahan tersebut. Hukuman 6 sebatan yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bagaimanapun menimbulkan kegemparan dan polimek hingga ke peringkat nasional dan mengundang kunjungan wartawan luar negara bagi merakamkan kekecohan yang timbul ekoran kegagalan pihak berkenaan melaksanakan hukuman tersebut.

Kartika Seri Dewi, 32 seorang model sambilan dalam kenyataannya menyatakan kerelaannya untuk disebat bagi menginsafkan dirinya. Setelah sebulan hukuman dijatuhkan sehinggalah van yang membawanya menuju ke Penjara Wanita Kajang berpatah balik untuk menghantarnya pulang lantaran ketidakupayaan pihak berkenaan melaksanakan hukuman tersebut Kartika masih lagi menyatakan kerelaannya untuk disebat.

Anehnya kenapa Kartina dinafikan untuk mendapatkan keadilan. Dia pasrah bahawa dirinya bersalah dan rela dihukum. Meskipun hukuman yang dijatuhkan ke atasnya juga masih tidak menepati hukuman Ilahi, namun kesediaanya itu jelas menggambarkan keinsafan.

Barangkali ramai juga terkejut apabila beberapa pemimpin mengeluarkan kenyataan berhubung kes tersebut. Samada kenyataan Perdana Menteri maupun Menteri Dalam Negeri semuanya menggambarkan betapa Malaysia sebenarnya tidak bersedia untuk melaksanakan hukum Islam meskipun negara telah mencapai kemerdekaan bagi kali ke 52.

Jelas, Kartika kini berada dipersimpangan. Antara maruah dan harga dirinya... Dia kelihatan lebih bersedia untuk berubah. Dari kehidupan jahiliah di masa lampaunya kepada runtunan untuk menghampiri Allah. Kehadiran saudara mara, rakan taulan dan masyarakat sekelilingnya yang mendoakan agar Kartika tabah dalam menghadapi hukuman sebuat itu menguatkan lagi dirinya untuk disebat lantaran hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah. Yang dimahunya adalah keinsafan dan ampunan Allah.

Bagaimanapun dia bagai dipersenda dan dipermainkan. Omongan Malaysia sebagai sebuah negara Islam rupanya selogan yang diwarisi sekadar untuk dilebel dan dimashyurkan. Tidak lebih dari kerangka selogan ciptaan terbaru nukilan PM : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Semuga Allah mencampakkan hidayahNya dan keampunanNya kepada Kartika dan membariskannya bersama muslim yang mula menghampiri Allah dengan taubatan Nasuha...

Monday, August 31, 2009

Arak Kepala Lembu - Api Perkauman Yang Cuba Dinyalakan


Tindakan sekumpulan 50 orang yang mendakwa kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.


Sukar untuk dibayangkan, kemarahan yang diserlahkan oleh kumpulan tersebut apakah ianya telah mendapat lampu hijau dari mana-mana pihak sehingga pergerakan mereka tidak dihalang oleh pihak polis yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan.


Bukan untuk mempersoalkan hak bersuara apalagi untuk menolak pendekatan kata melalui kaedah protes di jalanraya, tetapi wajarkan mereka tampil mencanang isu bagai nak rak walhal saluran perbincangan masih belum digunakan. Bukankah Islam mengajar kita bagaimana untuk hidup cara beragama, berakhlak dan berbudaya, bukannya mempamerkan kebengisan membabi buta.


Protes rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya ada asas yang kuat. Samada penentangan terhadap PPSMI maupun akta rimba ISA. Setelah semua saluran digunakan untuk membantah, kerajaan tetap bersikap pekak badak dalam menilai pandangan masyarakat. Pandangan kontra juga datangnya dari arah para intelektual. Namun pada kaca mata pemimpin-pemimpin BN ini, servival politik duniawiyah lebih penting dari segala-galanya. Maka di sanalah kebangkitan rakyat akan berlaku. Gelombang yang bukan sekecil angka 50, atau sebanyak yang membarisi kelompok kerdil si Ibrahim Ali and the gang... Namun ianya adalah angka yang boleh menggoncang sebuah kerajaan tua dan usang seperti yang ada.


Semuga rakyat tidak dibayangkan wujudnya suatu trend bagi mencipta aliran peristiwa berdarah 13 Mei yang pernah dilalui. Jika ini yang cuba dipaparkan, sukar untuk meramalkan kemelut yang ada dihadapan. Wibawa PDRM masih boleh dipulihkan jika Standard Operation Prosedure (SOP) tidak dibayangi pengarahan para politikus yang semakin menikus. One Malaysia pastinya akan terus terluka angkara suatu perencanaan yang gopoh dan gelojoh...


Semuga kebijaksanaan para ulamak yang mukhlisin akan menutup kebodohan si jahil yang seringkali melatah...

Menjengah Seketika Telatah Anak-Anak Yang Mengasyikkan...





















Sumaiyah bergaya bersama anak-anak jiran yang bakal menjadi teman seperjuangannya...

Tuesday, August 25, 2009

BN Hadapi Runtuhan Keyakinan Rakyat

Keputusan PRK Permatang Pasir semakin menghimpit banglo berpuaka berlogo BN yang semakin condong & usang. BN bukan sahaja ditolak di 5 negeri dalam PRU ke 12 yang lalu (Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor) tetapi rakyat terus menghambat BN di setiap PRK yang diadakan.


Ammarah rakyat berterusan. Bermula di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan terakhir di Permatang Pasir semuanya menolak BN dengan rakus. Skill rakyat di Manek Urai sebenar untuk melihat BN yang banyak menabur janji. Mana jambatan untuk kami ! Sampai sekarang muka pemimpin BN langsung tak kelihatan...

BN nampaknya kini cuba meruntuhkan kerajaan rakyat dengan cara kotor dan jijik. Mereka runtuhkan kerajaan kita di Perak secara hina. Mereka nobatkan MB mereka tanpa restu rakyat.


Awas pergerakan BN di Kedah. Mereka mula cuba bermain api dengan rakyat. Membeli dengan sejuta janji manis. YB-YB Pakatan Rakyat perlu bersedia dari segenap segi. Semangat, moral, emosi dan spiritual perlu dikawalselia dengan kemas sepanjang masa.


Ambillah pengajaran daripada kes 4 ekor katak yang melompat di Perak. Mereka membuat onar membabi buta. Rakyat meludah dan meluat tanpa henti. Osman, Jamaludin dan Hee adalah lambang manusia durjana yang dilahirkan di abad ini. Mereka pasti dilaknat dan dimakihamun sepanjang perjalanan menuju akhirat. Kecuali mereka bertaubat...

Himpunan rakyat kerahan PAS/Pakatan Rakyat maupun NGO yang mendesak keegoan dan kerakusan BN dalam menyusahkan rakyat seringkali dilimpahi lautan manusia. Samada tuntutan Pilihanraya diadakan secara BERSIH maupun himpunan mansuhkan ISA, BN pastinya tidak mampu menyekat naluri yang ada di setiap dhomir yang ada di hati rakyat. FRU lah yang bersusahpayah menggadaikan maruah dan harga diri mereka untuk dimakihamun oleh rakyat lantaran arahan yang diterima dari sikap pengecut pemimpin BN. Saya yakin anggota FRU juga tidak selesa dengan pengarahan yang memualkan itu.



Apa pun yang pasti rakyat bangkit bersatu dalam setiap siri PRK yang membuka ruang untuk mereka menyuarakan pendirian. 7-0 adalah angka yang amat mengerikan bagi BN. Mereka mungkin berdoa dan bersolat hajat agar tiada lagi kematian di kalangan YB selepas ini...




Rakyat terus bangkit menghukum BN.


PAS menang dengan majoriti besar..

Keputusan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir di mana calon PAS Ustaz Salleh Man telah mencapai kemenangan dengan majoriti besar 4,551 undi menggambarkan rakyat menolak BN secara total meskipun kempen yang digerakkan oleh mereka berada ditahap yang paling maksimam.

Signal rakyat Permatang Pasir yang mewakili ONE MALAYSIA jelas menolak dan menghukum BN pimpinan Najib-Muhyiddin-Zahid. Mereka harus berfikir dengan serius untuk mereka-reka alasan kenapa calon BN tewas. Apa pun yang pasti, rakyat telah memberikan isyarat secara terbuka bahawa dekat ini BN mesti berundur....
Tahniah buat YB Ustaz Salleh Man.