Tuesday, August 11, 2009

"Pertahankan MTT" - Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang

Ketibaan Tuan Guru Mursyid Disambut Bekas Pimpinan Pelajar IB

Tuan Guru Menyampaikan Taujihat & Amanat

Kenangan Himpunan Bekas Guru & Pelajar IB/MTT (1977-2009)

Kehadiran YB Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang ke Himpunan Bekas Guru & Pelajar Institiut Berakan (IB) / Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) pada 9 Ogos 2009 di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar berjaya menyuntik semangat kepada seluruh warga IB/MTT untuk terus bekerja keras sehingga hasrat untuk menegakkan Islam berjaya dilaksanakan.

Sewaktu tuan guru Presiden yang juga Mursyid IB/MTT tiba di pentas utama, al fadhil Dato' ustaz Haji Abu Bakar Chik menghentikan sementara ucapannnya. Oleh kerana keadaan tuan guru yang agak uzur tetapi menggagahi untuk hadir ke majlis tersebut, ianya telah mencetuskan suasana hiba para hadirin sehingga apabila Ustaz Abu Bakar Chik menyambung ucapannya, beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya menyebabkan sebahagian besar yang hadir turut menitiskan air mata.

Tuan Guru Haji Abd Hadi dalam ucapan ringkasnya turut mengingatkan agar usaha pendidikan yang lakukan oleh IB/MTT perlu didokong oleh semua pihak. PAS yang berjuang di atas dasar Islam tidak akan mengkesampingkan aspek pendidikan kerana ianya merupakan sebahagian daripada tunjang utama kepada kekuatan perjuangan. Dan di atas maksud itu, tuan guru mempertegaskan bahawa MTT mestilah dipertahankan dari segala usaha pengkhianatan oleh musuh-musuh Islam.

Ustaz Abu bakar Chik dalam ucapannya pula mengajak seluruh warga IB/MTT agar datang melawat sekolah yang dibangunkan atas keringat dan air mata masyarakat. Sambil mengimbau nostalgia penubuhan IB sehinggalah kepada perobohan kejam seluruh frasarana dan infrastruktur IB atas arahan dan kehendak kerajaan Barisan Nasinal negeri Terengganu di waktu itu yang melihat IB sebagai suatu ancaman kepada mereka. Kini, IB digantikan dengan penubuhan MTT bagi menyambung dan menampung keperluan masyarakat serta tuntutan perjuangan.

Bagi ustaz Abu Bakar Abdullah pula, beliau melahirkan kesyukuran dan kegembiraan yang tidak ternilai apabila dapat melihat kembali wajah-wajah yang pernah mendidik dan dididik di IB berhimpun dalam suatu warga dan keluarga yang semakin membesar. Beliau berharap semuga IB/MTT dapat didokong bersama oleh seluruh warga IB/MTT khususnya dan masyarakat amnya.





No comments: