Wednesday, August 12, 2009

Khutbah Khas & Solat Hajat Hadapi H1N1 Jumaat 14 Ogos

Penularan wabak H1N1 yang semakin serius di seluruh negara kini memerlukan ikhtiar bersepadu dari seluruh umat Islam. Di samping usaha mengesan pesakit-pesakit baru, program pencegahan dan pengasingan serta beberapa usaha drastik yang diambil oleh pihak kementerian kesihatan, maka menggandakan usaha pengaduan kepada Allah Azzawajalla juga perlu dipertingkatkan.

Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Besut menyeru agar hari Jumaat, 14 Ogos 2009 dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam untuk memuhasabah diri, berdoa dan bermunajat kepada Allah semuga masyarakat terpelihara dari penyakit yang sedang merebak kencang sejak hampir 3 bulan yang lalu.

Untuk tujuan tersebut masjid-masjid khususnya di kawasan Besut Terengganu diseru untuk memfokuskan khutbah Jumaat & solat hajat bagi memohon nusrah daripada Allah SWT dalam menghadapi bala daripada Allah SWT ini.
Demikian gesaan yang dibuat oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Zain, Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Besut sewaktu dihubungi sebentar tadi.



Tuesday, August 11, 2009

"Pertahankan MTT" - Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang

Ketibaan Tuan Guru Mursyid Disambut Bekas Pimpinan Pelajar IB

Tuan Guru Menyampaikan Taujihat & Amanat

Kenangan Himpunan Bekas Guru & Pelajar IB/MTT (1977-2009)

Kehadiran YB Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang ke Himpunan Bekas Guru & Pelajar Institiut Berakan (IB) / Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) pada 9 Ogos 2009 di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar berjaya menyuntik semangat kepada seluruh warga IB/MTT untuk terus bekerja keras sehingga hasrat untuk menegakkan Islam berjaya dilaksanakan.

Sewaktu tuan guru Presiden yang juga Mursyid IB/MTT tiba di pentas utama, al fadhil Dato' ustaz Haji Abu Bakar Chik menghentikan sementara ucapannnya. Oleh kerana keadaan tuan guru yang agak uzur tetapi menggagahi untuk hadir ke majlis tersebut, ianya telah mencetuskan suasana hiba para hadirin sehingga apabila Ustaz Abu Bakar Chik menyambung ucapannya, beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya menyebabkan sebahagian besar yang hadir turut menitiskan air mata.

Tuan Guru Haji Abd Hadi dalam ucapan ringkasnya turut mengingatkan agar usaha pendidikan yang lakukan oleh IB/MTT perlu didokong oleh semua pihak. PAS yang berjuang di atas dasar Islam tidak akan mengkesampingkan aspek pendidikan kerana ianya merupakan sebahagian daripada tunjang utama kepada kekuatan perjuangan. Dan di atas maksud itu, tuan guru mempertegaskan bahawa MTT mestilah dipertahankan dari segala usaha pengkhianatan oleh musuh-musuh Islam.

Ustaz Abu bakar Chik dalam ucapannya pula mengajak seluruh warga IB/MTT agar datang melawat sekolah yang dibangunkan atas keringat dan air mata masyarakat. Sambil mengimbau nostalgia penubuhan IB sehinggalah kepada perobohan kejam seluruh frasarana dan infrastruktur IB atas arahan dan kehendak kerajaan Barisan Nasinal negeri Terengganu di waktu itu yang melihat IB sebagai suatu ancaman kepada mereka. Kini, IB digantikan dengan penubuhan MTT bagi menyambung dan menampung keperluan masyarakat serta tuntutan perjuangan.

Bagi ustaz Abu Bakar Abdullah pula, beliau melahirkan kesyukuran dan kegembiraan yang tidak ternilai apabila dapat melihat kembali wajah-wajah yang pernah mendidik dan dididik di IB berhimpun dalam suatu warga dan keluarga yang semakin membesar. Beliau berharap semuga IB/MTT dapat didokong bersama oleh seluruh warga IB/MTT khususnya dan masyarakat amnya.





Monday, August 10, 2009

PM Barisan Nasional Ketepikan Fatwa...
























Fatwa Haram Yang Dipersendakan :
Mana nilainya di sisi Perdana Menteri Barisan Nasional...
Pak Lah Lawan. Najib Pun Lawan... Lawan Tetap Lawan.







PRK Permatang Pasir

Penamaan Calon 17 (Isnin) Pengundian 25 Ogos (Selasa) ...

Ayuh Para Pengundi Permatang Pasir!!! Bersatu untuk kalahkan BN dengan majoriti yang lebih besar....



Thursday, August 6, 2009

Rakyat Menunggu UMNO Ditakqinkan...

Pilih kata-kata yang paling sesuai untuk dipadankan kepada UMNO ?
a) Undur UMNO Undur

b) UMNO di hujung tanduk

c) UMNO di jalan mati

d) Keranda UMNO Baru

e) Talqin untuk UMNO

f) UMNO tok paka gawa...

Wednesday, August 5, 2009

PRK : Standby di 3 DUN 1 Parlimen


Setelah melalui 6 pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum ke 12 selesai kini persiapan perlu dilakukan untuk melengkapkan jadual kejatuhan kerajaan Barisan Nasional. PRK Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta DUN Bukit Selambau, Penanti dan Manek Urai, rakyat menjatuhkan hukuman mandatori kepada BN. Jika ukuran kekuatan BN di Batang Ai, Sarawak dijadikan cagaran bukti kekuatan mereka, pasti ianya satu bacaan pada skala rekta yang mengarut.

Apa yang pasti; kini giliran DUN Permatang Pasir pula menerima tetamu. Almarhum YB Datuk Hamdan yang mewakili mereka selama 3 penggal telah dipanggil pulang oleh Allah Azzawajalla. Dengan khidmat bakti dan pengorbanannya seluruh rakyat mendoakan agar tempat kembalinya adalah di syurga.

Sekonyong-konyong muncul pula berita tangkapan seorang ADUN dari Terengganu. Bersebelahan dengan kawasan DUN Menteri Besar yang ada. Buktinya agak ketara. Sejumlah wang dirampas. Kini dia dalam siasatan SPRM. Biar apa pun kemungkinannya SPRM diharap menjaga 'tetamunya' itu dengan baik. Jangan sampai tregedi Beng Hock berulang. Jagalah dia dengan baik. Yang pasti Kemasik harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan...

DUN Lenggeng, Negeri Sembilan juga sama. YBnya yang baru dipilih rakyat telah membuat onar dalam tempuh yang amat singkat. Hanya beberapa bulan setelah menang dia diserbu dan ditangkap oleh BPR. Walaupun cuba untuk lari, namun pecutanya tidak begitu baik. Dia kini menunggu dan membilang hari...

Dalam ketidakpastian itu, rakyat digemparkan pula dengan berita perlantikan Datuk Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Seorang yang dikatakan terpahat jalur-jalur hitam dalam sejarah hidupnya itu sepatutnya segera meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Rompin bagi memberikan fokus kepada tugasan barunya di sana. Harapan rakyat Malaysia amnya dan pengundi-pengundi Rompin khususnya; beliau akan dapat membentuk dan menjaga adab serta pekerti yang baik di negara orang bagi menjaga maruah dan nama baik negara Malaysia.

Belum tahu apa gula-gula yang akan ditabur di Permatang Pasir. Atau mungkin merebak ke Lenggeng, Kemasek dan Rompin. Strategi pembangunan sudah ditolak rakyat. Polis, FRU, Water Canon, SB semuanya sudah digunakan. Janji-janji manis, sumpah pontianak dan bai'ah undian telah menjadi amalan mereka turun temurun. Dari pentas-pentas ceramah ke lorong-lorong dan teratap usang, janji itu ditabur serancaknya tanpa limit namun BN tetap kalah. Taburan wang dan pengedaran 'envelup' tidak lagi meyakinkan mereka. Kini talian hayat dan kabel oksigen semakin mengucup. Mereka semakin lesu...menghampiri jalan mati. Atau persimpangan yang tertera di kiri dan kanan jalan : "Pergi Jahanam Dengan UMNO...."


Tuesday, August 4, 2009

Kezaliman Yang Semakin Mencengkam Rakyat Malaysia...

Terkepung. Pasrah dengan janji Allah....


Dizalimi. Muga kesabaran dan kecekalan menjadi pakaianmu...


Diganasi. Ya Allah. Sabarkanlah sahabat kami ini dengan kekuatan imannya...


Momentum kebangkitan rakyat jelas sekali menggambarkan angin perubahan yang kian hebat melanda negara. Perubahan kepimpinan yang kini diterajui oleh Najib langsung tidak mempu menghalang arus deras yang bergerak.

Bermula dengan tumbangnya 5 kerajaan negeri dalam PRU 12 yang lalu sehinggalah kepada siri pilihanraya kecil yang bertali arus tanpa henti semuanya merosakkan prestasi dan reputasi UMNO, BN dan kepimpinan mereka. Kecuali Batang Ai yang komited secara membabi buta dengan BN, selebihnya menyepak dan menyiku ke arah BN. Bukan hanya ke arah Pak Lah tapi juga ke dahi Tok Jib. Mahyuddin bagai tidak dipandang oleh rakyat meskipun cuba mengemudi pengundi dengan sekejap berwatak imam, sekejap berimej koboi, sesekali menampilkan mesra rakyat dan kadang-kadang tak tau apa nak dibuat...

PRK Permatang Pasir akan terus menghantui Najib. Bebanan yang pastinya akan digalas oleh timbalannya tidak mungkin mampu mengalihkan laluannya melainkan ke jalan mati. Bagaikan seorang teman yang terhimpit di dinding, FRU menerkam ke arahnya dari segenap penjuru. Dia standby untuk dibelasah. Dia pasrah dengan ketentuan Ilahi. Namun dia ada Allah. Yang menjanjikannya syurga jika ditakdirkan dia gugur syahid. Tetapi BN tidak mungkin begitu. Dia dihimpit oleh amarah rakyat yang membuak. Rakyat akan jatuhkan hukuman mandatori kepada mereka. Menunggu waktu dan tarikh bila ajalnya BN yang akan diumumkan sendiri oleh pengemudinya.

Lantas, inilah masanya untuk kita memulakan urusniaga. Bukan senang untuk meruntuhkan BN lantaran ianya bangunan tua yang agak lama. Foundationnya mungkin kuat meskipun sudah mula mereput. Biarlah kita pastikan runtuhnya itu secara serentak. Menyembah bumi. Biarlah dia belajar bagaimana sakitnya bila berada dibawah. Seorang rakan yang ditekan lehernya dengan lutut ke bumi oleh SB & polis yang tidak berakhlak dan berada itu pasti akan bangkit kembali untuk melihat sekelilingnya. Memandang dan mencari, mengecam dan mengenalpasti SB-SB dan polis-polis yang mengkhianatinya. Pasti terdetik di jiwanya sesuatu yang kita tidak jangkakan.

Begitulah dengan kerajaan BN yang ada. Mereka menunggu masa untuk berhadapan dengan pemangsa yang selalu mereka khianati. Kerajaan yang tidak pernah memohon maaf di atas kesalahan mereka. Kerajaan yang tegak di atas kesombongan, keangkuhan, kezaliman, keceluparan dan sesekali membunuh mangsanya dengan kejam.

Ayuh ! Bersiapsiagalah untuk menghadapi mereka melalui jalan yang kita sepakati....