Thursday, November 20, 2008

'Berjuang Itu Manis'

Saya mulakan seringkas bicara sulong ini dengan luahan rasa syukur di atas anugerah iman dan Islam yang terpahat di dalam kehidupan ini bersama teman-teman seperjuangan yang lain. Terasa sukar untuk diatur kehidupan yang kelihatannya tiada tepian. Namun yang pasti nun di sana jambatan yang dibayangkan oleh Rasulullah SAW untuk manusia sekerdil kita; Kehidupan yang sukar diredah tanpa bekalan amal; Keperitan dan kepedihan azab siksa bagi yang engkar manakala syurga yang penuh kenikmatan bagi yang terpilih dengan sebab amal dan syafaat yang diterima.

Mengatur kehidupan secara berjadual menjadi trend sebahagian kita. Masa yang dianugerahkan Allah terasa amat berharga untuk dikhianati. Saya pernah terserempak dengan rakan-rakan yang kelihatannya terlalu sibuk. Bukan buat-buat sibuk. Bukan juga penyibuk. Tapi memang sibuk sungguh... Pun begitu ada juga yang kerjanya tanpa jadual yang diatur. Seharian saya bersamanya. Macam-macam yang diurus. Semuanya urusan masyarakat dan rakyat. Bukan untuk kepentingan peribadinya, tetapi untuk masyarakat dan rakyatnya. Dia juga sibuk...

Saya fikir ruang ini harus menjadi sebahagian daripada sudut informasi dan interaksi bagi menyemarakkan daya juang kita dijalanNya. Maksimumkan kesibukan urusan kita dijalan Allah...Kerana Allah. Selamat berjuang...

Wednesday, November 19, 2008

Tuesday, November 18, 2008