Tuesday, March 17, 2009

Terkejut. Tergamam. Terkedu. Tersentak. Tersentuh. Tertuduh. Terpeliot...

Apa Reaksi Dato' Zahid Hamidi....



Dato' Seri tolong siasat, betul ke tidak gambar ni... Saya pun tengah usaha dapatkan pengesahan dari kawan-kawan di Perak... Yang ada maklumat mohon respon.

Apakah PWTC Bakal Di Kepong FRU...



Reaksi Penyokong Mohd Ali Rostam

1) 15 Penyokong Ali berkumpul di pejabat Umno...
2) Melaungkan 'Hidup Datuk Ali'.
3) "Hanya Datuk Ali boleh merubahkan Umno".
4) "kalau nak bersih, bersihkan semua sekali".
5) "Kalau nak telus, semuanya kena telus,"

Langkah Keselamatan :

1) Dilaporkan kira-kira 40 anggota polis - separuh daripadanya adalah anggota
pencegah rusuhan - kini ditempat di pintu bangunan ibupejabat Umno di ibunegara.
2) Mereka datang bersama empat trak pacuan empat roda polis dan sebuah van.
3) Kira-kira 15 anggota kelihatan berada di luar pintu masuk ke bangunan tersebut,
manakala yang lainnya duduk di dalam trak.

Semuga pihak berkenaan tidak dihambat seganas peristiwa 7 Mac yang lalu.

Siapa Standby Take Over KM Melaka ?


Sidang akhbar Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang mengesahkan spekulasi keterlibatan Dato' Seri Mohd Ali Rustam dalam kes rasuah ekoran perebutan jawatan ke dua tertinggi dalam hiraki kepimpinan UMNO kini pasti akan menghangat dan mengharubirukan sebuah lagi kerajaan negeri. Yang pasti orang Melaka konfem tidak akan bersedia berada dibawah teraju seorang yang bermasalah. DUN yang diwakilinya juga akan menanggung aib yang sama.

Mohd Ali bukan sahaja wajar berundur dari kerusi Ketua Menterinya tetapi kerusi DUNnya juga perlu dikosongkan. Demi maruah dan kesopanan serta kesusilaan seorang pemimpin melayu, dalam kesnya itu pastinya berundur lebih sopan dari tindakan menderhaka. Rakyat Malaysia pasti tertunggu-tunggu pengumuman rasmi dan sidang akhbar terakhir beliau di pejabat Ketua Menteri sebelum wujudnya kemungkinan perancangan pihak tertentu mengepung bangunannya sebagaimana yang berlaku di Perak.

Dato' Seri Mohd Nizar jelas mempunyai kekuatan dan pengaruh yang jauh lebih kuat daripada Dato' Seri Mohd Ali kalau kesnya dibuat perbandingan. Berapa kerat agaknya orang Melaka yang sanggup bersengkang mata untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah supaya Pengerusi Disiplin UMNO dilembutkan hatinya. Apalagi jika gerombolannya bakal berhadapan dengan pancutan air water cannon dan semburan gas liar yang cukup bingit dan memualkan. Rasanya bukan setakat JKKK yang tidak konsisten, pemuda UMNO pun belum tentu ada keberanian dan kejantanannya.

Atau mungkin Ali Rustam akan cuba meraih simpati. Dari kalangan ADUN-ADUN yang sanggup sehidup semati dengannya. Biarpun mungkin di saat itu Datuk SUK sudah mengunci rapat pagar yang memagari bangunan DUN Melaka dan menangguhkan semua temujanji pada hari itu, namun Ali masih berupaya menauladani pengalaman dan keberanian Nizar untuk bersidang biarpun di bawah rimbunan pepohon senduduk di Melaka. Bak kata seorang Profesor yang bijak berbicara ; bukan setakat bersidang di bawah pokok tapi atas pokok pun sah kalau menepati prosedur dan undang-undangnya.

Yang jelas, Ali boleh memohon tempuh sebelum berangkat meninggalkan kediaman rasminya. Itulah pengulangan sejarah yang harus dihormati. Sekali kita menghina dan mencerca, kita harus berani menanggung risikonya. Lantaran itu, takutlah doa orang-orang yang dizalimi, yang tiada hijab disisi Allah SWT.

Pun begitu atas kekuatan namanya ALI, saya pasti ALI adalah lambang kepahlawanan dan keperwiraan Melayu. Tak kan melayu hilang di dunia biarpun wujud tendensi dan kemungkinan Ali hilang beberapa purnama di Melaka...

Ali boleh mencipta sesuatu yang baru : Mencipta Sejarah Memahat Tamadun. Bukankah Melaka Bandaraya Bersejarah..

Monday, March 16, 2009

Menunggu Kelahiran Senarai Perasuah Di Bulan Maulidur Rasul...

Ali Rustam suspect yang pertama...

Keratan Akhbar Utusan...

Ali Rustam digantung?

KUALA LUMPUR 16 Mac – Calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam disebut-sebut antara pemimpin kanan UMNO yang bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang pada mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO, esok.

Difahamkan Lembaga Disiplin mungkin akan mencadangkan agar Mohd. Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden UMNO digantung keahlian setahun atau tiga tahun.

Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar pukul 4 petang esok di ibu pejabat UMNO di sini selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun Mohd. Ali yang ditemui pemberita pada majlis pertemuan calon Majlis Tertinggi (MT) dan perwakilan di Hotel Bluewave, Shah Alam malam ini, tetap enggan mengulas perkara tersebut.

“Tanyalah Lembaga Disiplin,” katanya sambil menjelaskan pertemuannya dengan ketua-ketua UMNO bahagian di Melaka esok tiada kaitan dengan desas-desus tindakan Lembaga Disiplin itu....

SEKILAS KENANGAN...


Perginya seorang teman seperjuangan.

Alhamdulillah, tanggal 16 Mac 2009 saya sekeluarga sempat menziarahi seorang muslimat yang baru kehilangan suaminya. Sekitar hitungan 87 hari yang lalu. Seminggu sebelum suaminya menerima jemputan Allah kami sempat melawatnya di hospital USM, Kota Bharu, Kelantan. Keuzurannya diwaktu itu agak terasa. Bukan sahaja dirinya tetapi juga pelawat-pelawat yang mengunjunginya.

Cikgu Nawi @ lebih mesra dengan panggilan Pak Wi menyambut kunjungan kami dengan mesra. Seperti lazimnya topik utama yang biasa menghiasi setiap pertemuan kami adalah soal perjuangan. Samada isu domestik maupun internasional. Dalam wajah yang sarat dengan kesabaran itu, saat beliau meniti hari untuk membawa mengadap segala amal dan baktinya kepada Ilahi, Pak Wi tetap menceriakan bahasanya ibarat kekentalan seorang kerabat pejuang. Doanya untuk melihat Islam kembali berdaulat di Terengganu membuatkan saya terasa kerdil di hadapan seorang sahabat yang pasrah untuk menghadapi segala ketentuan Allah 'Azzawajalla.

"Saya cadang nak jemput ustaz ceramah di markaz kalau Allah sembuhkan saya nanti." Kata beliau. Allahu Akbar. Saya terkedu. Sebak seketika. Sunyi tanpa bicara. Lantas saya menyanggupi permintaannya. Saya berpesan kepadanya supaya banyakkan sabar dan yang penting ingatkan Allah selalu. Kami meninggalkannya sewaktu beliau terlelap dalam dakapan bicara yang amat bermakna. Saya masih ingat ungkapan kata-kata isteri yang menjadi teman setianya disaat senang dan sukar; ustazah Nuriah atau lebih akrab dengan sapaan kak Yah, beliau membisikkan kepada kami : Kak Yah terima dan redha apa jua ketentuan Allah untuk Pak Wi... Suatu kalimah yang menggambarkan keyakinan seorang insan terhadap kuasa Ilahi dan Qada' serta Qadar yang tersurat untuk hambaNya.

Saatnya saya bersedia untuk berlepas ke United Kingdam, anak sulongnya (Kak Long) menghantar nota melalui sistem pesanan ringkas memaklumkan berita sedih tentang pemergian ayahanda tercinta. Saya sabarkannya dengan harapan timbunan kawat sedemikian akan meringankan bebanan kesedihan mereka sekeluarga sebagaimana yang pernah saya rasai.

Semuga Allah mengurniakan ketabahan yang berpanjangan untuk ustazah Nuriah khususnya dan juga anak-anak yang sentiasa taat bersamanya...

Tribute buat allahyarham Cikgu Nawi. Semuga Allah mengganjari amal dan perjuangannya.

Sunday, March 15, 2009

Maaf, wujud gangguan untuk ke blog saya...

Mesulitan amat dikesali. Insya Allah punca masalah akan dikenalpasti dan diupdate dalam tempuh terdekat...