Tuesday, March 17, 2009

Siapa Standby Take Over KM Melaka ?


Sidang akhbar Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang mengesahkan spekulasi keterlibatan Dato' Seri Mohd Ali Rustam dalam kes rasuah ekoran perebutan jawatan ke dua tertinggi dalam hiraki kepimpinan UMNO kini pasti akan menghangat dan mengharubirukan sebuah lagi kerajaan negeri. Yang pasti orang Melaka konfem tidak akan bersedia berada dibawah teraju seorang yang bermasalah. DUN yang diwakilinya juga akan menanggung aib yang sama.

Mohd Ali bukan sahaja wajar berundur dari kerusi Ketua Menterinya tetapi kerusi DUNnya juga perlu dikosongkan. Demi maruah dan kesopanan serta kesusilaan seorang pemimpin melayu, dalam kesnya itu pastinya berundur lebih sopan dari tindakan menderhaka. Rakyat Malaysia pasti tertunggu-tunggu pengumuman rasmi dan sidang akhbar terakhir beliau di pejabat Ketua Menteri sebelum wujudnya kemungkinan perancangan pihak tertentu mengepung bangunannya sebagaimana yang berlaku di Perak.

Dato' Seri Mohd Nizar jelas mempunyai kekuatan dan pengaruh yang jauh lebih kuat daripada Dato' Seri Mohd Ali kalau kesnya dibuat perbandingan. Berapa kerat agaknya orang Melaka yang sanggup bersengkang mata untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah supaya Pengerusi Disiplin UMNO dilembutkan hatinya. Apalagi jika gerombolannya bakal berhadapan dengan pancutan air water cannon dan semburan gas liar yang cukup bingit dan memualkan. Rasanya bukan setakat JKKK yang tidak konsisten, pemuda UMNO pun belum tentu ada keberanian dan kejantanannya.

Atau mungkin Ali Rustam akan cuba meraih simpati. Dari kalangan ADUN-ADUN yang sanggup sehidup semati dengannya. Biarpun mungkin di saat itu Datuk SUK sudah mengunci rapat pagar yang memagari bangunan DUN Melaka dan menangguhkan semua temujanji pada hari itu, namun Ali masih berupaya menauladani pengalaman dan keberanian Nizar untuk bersidang biarpun di bawah rimbunan pepohon senduduk di Melaka. Bak kata seorang Profesor yang bijak berbicara ; bukan setakat bersidang di bawah pokok tapi atas pokok pun sah kalau menepati prosedur dan undang-undangnya.

Yang jelas, Ali boleh memohon tempuh sebelum berangkat meninggalkan kediaman rasminya. Itulah pengulangan sejarah yang harus dihormati. Sekali kita menghina dan mencerca, kita harus berani menanggung risikonya. Lantaran itu, takutlah doa orang-orang yang dizalimi, yang tiada hijab disisi Allah SWT.

Pun begitu atas kekuatan namanya ALI, saya pasti ALI adalah lambang kepahlawanan dan keperwiraan Melayu. Tak kan melayu hilang di dunia biarpun wujud tendensi dan kemungkinan Ali hilang beberapa purnama di Melaka...

Ali boleh mencipta sesuatu yang baru : Mencipta Sejarah Memahat Tamadun. Bukankah Melaka Bandaraya Bersejarah..

No comments: