Sunday, May 29, 2011

Menjawab dakwaan 40 ahli PAS sertai UMNO di Besut


Tarikh : 29 Mei 2011

Dakwaan 40 ahli PAS sertai UMNO di Kg Seri Penaga,Besut,Terengganu.

“UMNO alami tekanan perasaan yang melampau”

PAS Kawasan Besut melahirkan simpati di atas tekanan perasaan melampau (extreme stress) yang sedang dilalui oleh pemimpin-pemimpin UMNO menjelang pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir.

Dakwaan pengistiharan kemasukan ahli PAS Kg Seri Penaga berjumlah 40 orang itu merupakan mimpi dan igauan (dreams and nightmares) semata-mata. Mereka mencampur seluruh bilangan jari kaki, tangan, cuping telinga, bibir mulut dan segala-galanya untuk menggenapkan angka tersebut. Dalam semakan yang dibuat, tidak lebih daripada seorang yang mengisi borang UMNO tetapi telah bertaubat dalam tempuh kurang dari satu jam.

“Saya ingin menasihatkan MB Terengganu yang juga Ketua Perhubungan UMNO Negeri agar berhati-hati dengan data dan maklumat yang dibekalkan oleh UMNO Besut di bawah pimpinan mantan Menteri Besar.” Saya ingin mempertegaskan bahawa PAS Besut akan turun dengan seluruh kekuatan untuk berhadapan dengan UMNO secara gentlemen dalam PRU akan datang. Percubaan-percubaan nakal dan gatal itu tidak sedikitpun membekas dijiwa kami.”

PAS Besut mencadangkan UMNO segera membuat pemutihan bukan sahaja dari sudut bilangan ahlinya yang benar-benar komited tetapi terus menjurus kepada projek-projek yang mengalami ‘stroke’ sehingga membebankan rakyat.

Projek Jerteh Souq yang bernilai hampir RM70 juta dan pembinaan Medan Selera Majlis Daerah Besut bernilai RM1 juta masih misteri dan ia pasti menjadi mercu tanda ketidakcekapan tadbirurus kerajaan Terengganu yang kian berwajah suram.

PAS menggesa rakyat yang menjadi mangsa kezaliman ini bangkit menolak UMNO/BN dalam PRU 13. Rakyat harus menyedari bahawa UMNO adalah pemangsa yang ganas dalam sejarah kemerdekaan negara.

Sekian. Terima kasih.

Salam hormat dari saya,

USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut