Sunday, September 25, 2011

Melebarkan dakwah kepada warga asli...



Ucapan Ketua Rombongan
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad

1) Gerakan Islam perlu melengkapkan tanggungjawab dakwah ke seluruh komuniti masyarakat bagi memastikan suara Islam sampai ke setiap sasaran

2) Warga Orang Asli merupakan medium yang berpotensi untuk menerima dakwah Islam memandangkan mereka kurang terdedah kepada propaganda yang bergerak melalui internet dan media.

3) Umat Islam wajar menjadikan kelompok ini sebagai medan ke arah menyuburkan pembinaan masyarakat berakhlak yang tidak terpengaruh dengan budaya trend kehidupan luar yang semakin liar.

4) NGO Islam akan berusaha melahirkan pemimpin di kalangan warga orang asli bagi memudahkan usaha dakwah kepada masyarakat mereka.

5) Berharap semua pihak mengambil inisiatif ke arah membina Hadharah Islam bukannya memesongkan mereka melalui hiburan yang melalaikan.

6) Merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan ke arah menjayakan program kebajikan dan misi tersebut.

Sunday, July 24, 2011

Menziarahi mereka yang berjasa...

Menyampaikan hamper kepada Tuan Guru Haji Abas, mudir Pondok at Taqwa, Jerteh

Anggota rombongan bergambar kenangan bersama Tuan Guru Haji Abas...

Cikgu Ibrahim Merah melahirkan kegembiraan disamping memberi kata-kata nasihat...

Puan Nasriah Haji Awang Dagang, isteri YDP PAS Kawasan turut menyampaikan hamper...

Menyantuni seorang warga emas diDUN Jerteh....

Majlis Tindakan DUN Jerteh mengambil inisiatif untuk terus memperkukuhkan hubungan dengan sebahagian masyarakat yang berjasa kepada pengembangan Islam dan perjuangan Islam melalui wadah Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Terbaru, melalui program tersebut, rombongan MTD Jerteh telah menziarahi Tuan Guru Haji Abas (Mudir Pondok at Taqwa, Jerteh) yang semakin pulih dari masalah kesihatannya. Beliau menasihatkan agar pimpinan PAS mengambil sikap yang baik dengan penuh hikmah dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Rombongan juga turut melawat Cikgu Ibrahim Merah, bekas AJK MTD yang agak uzur. Beliau melahirkan kegembiraan di atas kunjungan tersebut dan berdoa semuga Allah memberi kemenangan kepada PAS dan umat Islam.

Dua warga emas juga turut disantuni melalui pemberian hamper tanda penghargaan dan penghormatan PAS kepada mereka...

Rombongan diketuai oleh Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Pengarah MTD Jerteh merangkap YDP PAS Kawasan Besut, Haji Abdullah Mamat Ketua UPU Padang Luas dan Haji Basri bersama isteri masing-masing.

Sunday, May 29, 2011

Menjawab dakwaan 40 ahli PAS sertai UMNO di Besut


Tarikh : 29 Mei 2011

Dakwaan 40 ahli PAS sertai UMNO di Kg Seri Penaga,Besut,Terengganu.

“UMNO alami tekanan perasaan yang melampau”

PAS Kawasan Besut melahirkan simpati di atas tekanan perasaan melampau (extreme stress) yang sedang dilalui oleh pemimpin-pemimpin UMNO menjelang pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir.

Dakwaan pengistiharan kemasukan ahli PAS Kg Seri Penaga berjumlah 40 orang itu merupakan mimpi dan igauan (dreams and nightmares) semata-mata. Mereka mencampur seluruh bilangan jari kaki, tangan, cuping telinga, bibir mulut dan segala-galanya untuk menggenapkan angka tersebut. Dalam semakan yang dibuat, tidak lebih daripada seorang yang mengisi borang UMNO tetapi telah bertaubat dalam tempuh kurang dari satu jam.

“Saya ingin menasihatkan MB Terengganu yang juga Ketua Perhubungan UMNO Negeri agar berhati-hati dengan data dan maklumat yang dibekalkan oleh UMNO Besut di bawah pimpinan mantan Menteri Besar.” Saya ingin mempertegaskan bahawa PAS Besut akan turun dengan seluruh kekuatan untuk berhadapan dengan UMNO secara gentlemen dalam PRU akan datang. Percubaan-percubaan nakal dan gatal itu tidak sedikitpun membekas dijiwa kami.”

PAS Besut mencadangkan UMNO segera membuat pemutihan bukan sahaja dari sudut bilangan ahlinya yang benar-benar komited tetapi terus menjurus kepada projek-projek yang mengalami ‘stroke’ sehingga membebankan rakyat.

Projek Jerteh Souq yang bernilai hampir RM70 juta dan pembinaan Medan Selera Majlis Daerah Besut bernilai RM1 juta masih misteri dan ia pasti menjadi mercu tanda ketidakcekapan tadbirurus kerajaan Terengganu yang kian berwajah suram.

PAS menggesa rakyat yang menjadi mangsa kezaliman ini bangkit menolak UMNO/BN dalam PRU 13. Rakyat harus menyedari bahawa UMNO adalah pemangsa yang ganas dalam sejarah kemerdekaan negara.

Sekian. Terima kasih.

Salam hormat dari saya,

USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut

Monday, April 11, 2011

Ziarah Ke DUN Jerteh Seusai Mesyuarat Agung Kawasan Besut







Sehari selepas mesyuarat agung PAS kawasan Besut selesai, satu program ziarah ke DUN Jerteh diatur oleh sahabat-sahabat yang diketuai oleh Encik Abdullah Mamat (Pak Lah) Ketua PAS Cawangan Padang Luas Luar.

Rombongan yang disertai 10 anggota itu sempat menyantuni 4 warga yang melahirkan kegembiraan di atas kunjungan kami meskipun dalam keadaan kesihatan yang kurang baik.

Semuga ziarah menjadi sebahagian daripada program kita bersama masyarakat...

TQ for all...

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Besut, 2011



"Merisik Kemenangan Merakyatkan Perjuangan"

Berakhirnya mesyuarat agung PAS Kawasan Besut tepat jam 5.45 petang, 9 April 2011 di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Jerteh telah membuka episod baru dalam era kepimpinan PAS Kawasan Besut untuk penggal 2011/2013.

Berbagai pandangan, cadangan, kritikan diluahkan oleh perwakilan menggambarkan betapa mereka berhajat untuk melihat PAS Besut berada dilandasan perjuangan yang betul. Tidak kurang juga yang bertindak 'merempuh' lebih awal sebelum gelanggang dibuka. Biarpun rempuhannya agak kuat, bagai nak rak semacam nak tercabut kepala lutut namun itulah realitinya bila berada di tengah-tengah gelanggang. Kadang-kadang kita perlu lebih banyak diam dari berbicara, mengulas dan bersuara. Semakin banyak kita mengomel semakin banyak silap yang ada. Terkadang biarpun umur semakin tua kelibat kelihatan seperti lagak budak-budak di papan gelonsor....

Saya secara peribadi melihat signal yang diberi oleh para perwakilan menggambarkan hasrat yang mencengkam kuat naluri anggota kita yang mahukan kemenangan. Menang dalam PRU 13 bagi mengulangi sejarah 1999 yang lalu.

Soalnya, mampukan kita bergerak ke arah itu ? Tidak mungkin seorang kepten mampu mengemudi bahtera sebesar ini tanpa sokongan dan dokongan bersama dari kalangan anggota dan masyarakat. Saya berhasrat untuk membina kerangka organisasi yang lebih mantap. Berdaya saing dan bergerak maju ke hadapan.

Menggalas cabaran di penggal ini pastinya berhajatkan lebih pengorbanan. PRU ke 13 adalah agenda utama yang menjadi fokus kita bersama. Binalah jamaah ini dengan kekuatan yang tunjangnya adalah aqidah.... Tunjangnya adalah agama.

Insya Allah hasrat Merisik Kemenangan akan tercapai apabila kita bertindak Merakyatkan Perjuangan.... Ayuh, tidak salah kita belajar dari mereka yang menang....

Wednesday, January 12, 2011

Pilihanraya Kecil DUN Tenang





PAS Kawasan Besut turun ke DUN Tenang untuk turut membantu jentera UPU Chemplak dengan kapasiti 1447 pengundi. Misi dan visi besar yang digalas adalah untuk turut menyumbang ke arah kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di DUN tersebut.... Doakan.