Friday, February 6, 2009

Pesanan Nizar kepada staf SUK

Fri Feb 06, 09 12:01:19 pm MYT
Terkini11.40 pagi:
Bismillahirohamanirahim

SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir.

Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu. Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini.

Ir Mohd Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak._

Kerajaan baru Perak 'haram' - Nik Aziz

KOTA BHARU, 6 Feb (Hrkh) - Mursyidul Am PAS menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.

"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. "Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Petang ini Zambry dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Manakala barisan Exco kerajaan negeri yang baru pula dijadual dilantik 10 Feb ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan yang dilakukan Umno merampas kerajaan yang dipilih rakyat Perak jelas membelakangi tamadun manusia.
Oleh itu beliau mempertahankan tindakan Dato' Seri Nizar Jamaluddin memohon kepada sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi ruang rakyat menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang.
"Saya menyokong penuh usaha yang dibuat kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Tidak ada jalan lain lagi untuk keluar daripada kemelut tersebut melainkan diadakan pilihan raya semula.
"Saya juga menafikan dakwaan sebuah stesen televisyen yang mengatakan saya menyokong tindakan istana Perak memecat Nizar. Kenyataan saya semalam sengaja diputar belit," ujarnya.
Ditanya tindakan Sultan Perak enggan membubarkan Dun dan tetap mahu melantik Menteri Besar baru daripada BN, katanya hak itu terpulang kepada pihak terbabit.
Bagaimanapun katanya, isu berkenaan tidak akan selesai dengan mudah tanpa diberi semula mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan mana yang layak mentadbir.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat yakin kemelut yang melanda Perak sekarang tidak ada penghujungnya tanpa diserah semula mandat kepada rakyat. Sementara itu, difahamkan tokoh agama ternama di Perak juga menyifatkan kerajaan baru yang diketuai Umno sebagai tidak sah dan haram. - mj _

FRU menggganas, masjid dibedil gas pemedih mata!

KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh) - 3.20 petang:FRU sedang melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai yang sedang berhimpun di luar Masjid Ubudiyyah. Dalam pada itu, didapati beberapa das gas pemedih mata turut dilepaskan ke dalam masjid dan ini telah menyebabkan gangguan kepada jemaah yang masih berada dalam masjid yang sedang membaca Yassin.

Sementara itu, seorang bekas anggota FRU yang turut berada di lokasi kejadian menyifatkan tindakan FRU adalah melampau dan melanggar prosedur kerana melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid. Selain itu, dalam tinjauan wartawan Harakah mendapati orang ramai sedang cuba untuk menutup pintu masjid bagi mengelak serangan FRU yang makin membabi buta. - mks._

Thursday, February 5, 2009

'Pergerakan Fatah' mula mengganas di Perak

Rombongan MB bersama Media dihalau oleh pihak Polis

Sidang akhbar MB dimaklumkan tentang penggeledahan pejabatnya

Setelah menunggu beberapa ketika, akhirnya dibenarkan masuk..

MB Dihalang Masuk Ke Bangunan Pejabatnya


Terkini...Sya baru tiba dari SUK mengiringi Menteri Besar Perak Ke Pejabat Beliau.Dato Seri dan para Exco tiba di SUK sekitar jam 9.50 pagi..Ketika Tiba Dato Seri Nizar dihalang untuk memasuki SUK.Speker Dewan Sivarasa dan beberapa orang Yb mendesak agar pagar SUK itu dibuka,namun tidak diendahkan.Akhirnya Dato seri Nizar sendiri turun mendesak dan berkata "Menteri Besar pun diaorang tak bagi masuk ke"katanya kepada media..Setelah menanti selama lebih kurang 10 minit barulah dibenarkan.
Dato Seri diiringi oleh pengawal keselamatan masuk ke tempat simpanan kereta.Kenyataan asal yang diperolehi Bilik Menteri Besar pada asalnya telah dikunci,Namum mungkin bimbang kerana kehadiran pihak media maka ia dibuka.Satu sidang Media turut dilakukan di Pejabat Menteri Besar.Semua barang milik Dato seri telah dikosongkan,Dato Seri dengan berjenaka menunjukan laci yang telah dikosongkan..
KEBIADAPAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
Ketika Sidang Media berlangsung,Setiausaha Kerajaan Negeri Tanpa Hormat dan BIADAP telah memasuki Pejabat Menteri Besar dan mengarahkan pihak Media untuk meninggalkan Banggunan SUK.Setelah itu kami mengiringi Menteri Besar Perak ke bilik-bilik Exco namun sedikit ketegangan berlaku apabila semua dilarang memasuki bilik tersebut dan pihak Media diarah meninggalkan Banggunan.Setiausaha tetap dengan kebiadapannya apabila hanya menyapa untuk bertemu dengan Dato Seri tanpa HORMAT dengan berkata'Dato Seri boleh kita bercakap'...Namun semua mengisyaratkan agar Dato Seri tidak mengindahkan apa yang dikatakan oleh Beliau..
MEDIA DIHALAU
Akhirnya semua Media DIHALAU dari banggunan SUK,dengan gertakan dari Pihak Polis yang menyatakan 'jika Media tidak meninggalkan Banggunan ini maka Saya akan menggunakan KUASA saya untuk mengambil tindakan'...Kami diiring Keluar oleh Pihak POLIS...
DATO SERI MENINGGALKAN BANGGUNAN SUK.
Dato Seri Meninggalkan Pejabatnya sekitar Jam 11 pagi...Beliau balik menuju ke Kediamannya..
Gambar-gambar terbaru akan disiarkan dari masa ke semasa....
Laporan oleh wartawan yang bersama rombongan YAB Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin pada 6 Februari 2009 (Jumaat).

MB Perak : Munculnya seorang lagi Mahmud Abbas...


BN dijangka menobatkan seorang lagi Mahmud Abbas di Perak setelah berjaya menciplak modus operandi yang dilakukan oleh Fatah yang menjadi proksi dan rakan kongsi Amerika di bumi Palestin. Dr. Zambry adalah jelmaan Abu Marzuk di Perak...

Persoalannya, apakah yang mahu dicetuskan oleh BN dalam operasi mereka di Perak? Kenapa PDRM tidak bertindak melindungi rakyat disaat rampasan kuasa berlaku? Mengapa rakyat dipaksa mengikut kehendak pemimpin UMNO. Tidakkah BN telah ditolak oleh rakyat Perak... Ingat! Lahirlah seberapa ramai sekalipun Mahmud Abbas, rakyat akan tetap bersama Nizar Jamaludin. Mereka akan tetap bersama Pakatan Rakyat. Mereka akan tetap bersama Ismael Haneyyeh, Perdana Menteri Palestin yang bertakhta di hati rakyat... Allahu Akbar.

Rampasan Kuasa : BN Perak Seperti Fatah Di Palestin

Sejarah mencatatkan bagaimana rakyat Palestin memilih HAMAS sebagai wakil mereka untuk membentuk kerajaan melalui proses demokrasi. Pemilihan Ustaz Ismael Haneyeh sebagai Perdana Menteri amat membanggakan rakyat. HAMAS berjaya membentuk rakyatnya hidup aman dan damai sehingga hak masyarakat non muslim turut dilindungi. Bahkan PM Palestin itu turut mengarahkan agar gereja dijaga dengan rapi untuk memastikan keselamatan penganut kristian beramal tatkala Yahudi menyerang di awal pemerintahannya.

Amerika terus menggerakkan operasi jahat mereka dengan mewujudkan gerakan penentangan melalui proksidan rakan kongsinya Fatah. Suasana aman bertukar menjadi tegang. Huru hara dicetuskan. Angka korban meningkat. Siri rundinganang yang dipersetujui dilanggar secara biadap. Akhirnya Fatah bertindak merampas kuasa secara ganas. HAMAS berundur ke Ghaza untuk menyusun strategi di samping terus bertindak sebagai kerajaan yang bertakhta di hati rakyat.

Modus operand itu kini diciplak BN. Mereka cuba bermain api dengan rakyat. Mereka cuba menobatkan seorang lagi Mahmud Abbas. Mereka lupa air mata rakyat akan terus membasahi bumi Perak. YAB Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaludin tetap bertakhta di hati rakyat Perak sebagaimana Ismail Haneyeh di sisi rakyat Palestin.

"Pertahan Perak hingga titisan darah terakhir"


IPOH, 6 Feb (Hrkh) - "Kita akan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak sehingga ke titisan darah terakhir," demikian penegasan Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin di hadapan kira-kira 10,000 penyokongnya yang membanjiri kediaman rasmi malam tadi.




Beliau yang memberi ucapan yang berapi dan penuh semangat demi mempertahankan kerajaan rakyat daripada dirampas oleh kerajaan BN.

Nizar dalam ucapan penutupnya itu berjanji akan berjuang habis-habisan untuk merobohkan Umno dan BN yang telah membuat rakyat negeri ini huru-hara.

Beliau juga berkali-kali membuat penegasan tidak akan meletak jawatan Menteri Besar biarpun sudah mendapat arahan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

Terdahulu, beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat diberi peluang memberi ucapan antaranya, Exco Kanan Perak, Ngeh Koo Ham; Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Ketua Muslimat PAS,Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Orang ramai mula membanjiri kediaman Menteri Besar seawal jam 6 petang sebaik sahaja mendapat maklumat permit untuk berhimpun di Stadium Ipoh tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Suasana agak luar biasa, apabila rakyat berbilang bangsa Melayu, Cina dan India datang berduyun-duyun mendengar amanat pimpinan mereka, walaupun terpaksa duduk di atas rumput yang basah dek hujan turun bermula tengah hari itu.

Apa yang dikesali pihak polis pula bertindak menyekat laluan utama ke kediaman Menteri Besar pada seawal jam 7 malam menyebabkan orang ramai terpaksa berpatah balik.

Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa itu tidak mematahkan semangat rakyat Perak untuk sama-sama menunaikan solat hajat serta mendengar amanat pimpinan mereka di dalam dewan tertutup dihadapan perkarangan rumah menteri besar.

Sebaik selesai solat hajat, tiga buah trak polis yang membawa hampir 100 anggotanya tiba di pintu pagar utama kediaman, bagaimanapun tindakan pantas petugas Unit Amal bergegas membuat benteng di hadapan pagar untuk menghalang sebarang provokasi yang timbul.

Kain rentang yang tertulis ' Daulat Tuanku Rakyat Pohon Tuanku Bubarkan Dun Perak' dan 'Menuntut Bubarkan Dun, Kembalikan Kuasa Rakyat', jelas menggambarkan hasrat dan harapan rakyat yang menggunung tinggi terhadap kuasa Sultan...

Wednesday, February 4, 2009

Perak: Ku Li kutuk pemimpin Umno

Desak serah mandat kepada rakyat

Thu Feb 05, 09 1:32:30 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengutuk tindakan pemimpin Umno-BN yang merayakan pembentukan kerajaan BN di Perak sebagai tidak bermoral dan tidak menghormati pelantikan yang telah dibuat oleh Sultan Perak.

"Hormati peranan Sultan dan bentuk kerajaan melalui pilihan raya," tegas ahli parlimen Gua Musang yang lebih dikenali dengan KuLi dalam blognya ketika mengulas kemelut politik di Perak.
Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tegas beliau telah diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar dan selagi Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan jawatan tersebut kekal.
Beliau berkata jawatan tersebut akan terlucut jika Nizar meletak jawatan secara sukarela atau undi tidak percaya dibuat ketika sidang Dun.

"BN sekarang membentuk kerajaan hanya kerana dua individu yang tidak berkaliber melompat parti," tegas beliau.
Tindakan Adun Bota yang kembali menyertai Umno selepas menyertai KeADILan selama 11 hari dianggap sebagai menghina intelektual rakyat.
KuLi seterusnya menegaskan, jika BN memilih untuk menubuhkan kerajaan tanpa melalui pilihan raya, ia akan membangkitkan kemarahan rakyat.
"Apa yang akan berlaku nanti dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat bukan hanya menolak BN di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan," tegas KuLi. ,P. Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar pilihan raya peringkat negeri Perak diadakan supaya rakyat Perak menentukan kerajaan yang mereka mahukan. - MKS._
Komentar : Tahniah. Ku Li lebih faham bagaimana untuk menghormati sistem demokrasi. Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat.....

Pertahankan Kerajaan @ Bubar Untuk Mandat Baru

BN Khianati Mandat Rakyat

Usaha mengambilalih kerajaan gabungan PAS, PKR dan DAP (PR) di Perak secara yang tidak demokratik boleh mengundang kemarahan rakyat. Api yang sentiasa dimarakkan oleh pemimpin-pemimpin BN samada menyentuh isu ketuanan melayu, isu bangsa, isu bahasa, isu hak milik tanah, hatta mencecah kepada paras indeks tertinggi apabila ianya menyimbahi soal agama yang amat sensitif.
BN sepatutnya belajar untuk melihat situasi gawat yang tercetus di beberapa negara tatkala kerajaan berdepan dengan rakyat. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan bicara. Cukup sekadar mengingatkan pengalaman rakyat Palestin dalam mempertahankan kebenaran, mereka lebih rela syahid dari menyerah. Rakyat Thailand berkubu di airport Suranabhumi, Bangkok untuk mempertahankan hak mereka. Ribuan rakyat Turki berhimpun semata-mata untuk meraikan kepulangan Erdogan, wira mereka yang berjiwa merdeka.
Soalnya kenapa BN cuba mengelak untuk diadili rakyat. Mereka seolah-olah terpenjara dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang bertindak menahan tanpa bicara mereka yang belum dibuktikan bersalah. Inilah bayangan yang menghantui Najib.
Apakah tidak ada kemungkinan rakyat Perak akan bersuara di jalanraya melakukan protes. Tidakkah wujud kecenderungan mereka untuk berkubu mempertahankan kerajaan yang mereka pilih. Tidak bimbangkah pengkhianat-pengkhianat yang meninggalkan kerajaan PR terhadap doa pihak yang teraniaya. Saya harap rakyat tidak akan menghadiahkan kasut untuk merakamkan perasaan mereka... Mana slogan kamu ? Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat. Belumpun sampai 20 hari kamu berjanji di PRK Kuala Terengganu... Kini kamu sudah berbohong lagi....

Najib Pembunuh Demokrasi


Sukar untuk memperkatakan karektor Najib Tun Razak yang bakal mengambilalih teraju kepimpinan UMNO & BN. Pelbagai pertuduhan dilempar dalam dan luar negara terhadap beliau. Isu-isu yang membelenggu kehidupan kini dan lampaunya samada dirinya, teman hidupnya, anak-anaknya, kerabatnya, penasihatnya, kegemaranya, kes-kesnya atau apa sahaja yang melibatkan dirinya dibiar tanpa terjawab. Sebagai bakal orang nombor satu parti purba melayu terusang, sepastinya dia akur kemahuan rakyat dan massa agar dirinya dibersihkan sebersih-bersihnya. Tiada yang lebih indah selain kasihnya rakyat terbanyak yang akan melingkungi laluannya yang masih panjang.


Namun provokasi yang dicipta, menumbangkan sebuah kerajaan pilihan rakyat dari sebuah Pakatan Rakyat kepada parti elit ala Fatah yang kini berpengkalan di PWTC. UMNO/BN ditumbangkan secara gentleman oleh rakyat di siang hari di 5 buah negeri melalui sistem demokrasi. HAMAS yang dinobatkan rakyat akhirnya terhimpit di Ghazza sedangkan Fatah bangkit sebagai kerajaan yang dijulang oleh Amerika dengan cubaan suatu dakwaan telah berwakilwalikan rakyat yang menolaknya.


Najib sedar, pembubaran DUN bukan pilihan terbaik sepertimana gusarnya Mahmood Abbas untuk berdepan dengan rakyat Palestin. Kekalahan BN di dalam PRU ke 12 diikuti PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu benar-benar menggugat kredibiliti Najib yang dipertanggungjawabkan oleh partinya. Jalan terbaik cuma melalui kaedah yang sedang dilaksanakan dalam kerja apa yang saya istilahkan sebagai Operasi Menjajah Perak. Ia benar-benar ganas. Ia pastinya suatu konspirasi. Ia sukar diterjemahkan. Ia amat licik. Pastinya ia karektor yang berpengalaman. Yang biasa dengan kerja-kerja investigation. Bukan sahaja jasad manusia boleh diuruskan, bahkan sistem yang diimaninya turut dibunuh. Saya fikir tiada gelaran sesuai untuk dihamburkan kepadanya selain Najib Pembunuh Demokrasi...


Semuga rakyat Perak bangkit mempertahankan kerajaan pilihan mereka sekaligus menolak kerajaan yang dipilih oleh Najib dan sekutunya...

Kurang Bijak Bawa Masuk Wakil Rakyat Berkualiti Rendah - Dr M


KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR telah kembali semula kepada Umno.Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi pakatan PAS-PKR-DAP dalam 59 kerusi Dewan Undangan Negeri merosot daripada 32 kepada 28 manakala kerusi BN meningkat kepada 28 daripada 27.Pada sidang akhbar petang tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak berkata BN telah memperoleh wakil rakyat mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas itu telah berikrar akan menyokong BN.Dr Mahathir berkata: “Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti. Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu,” katanya.Jamaluddin dan Mohd Osman menghadapi pertuduhan rasuah dan kes mereka sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.Beliau juga mengingatkan bahawa jika kedua-dua mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah selepas menyertai BN, rakyat akan berkata sistem kehakiman telah dimanipulasi. - Bernama

Tuesday, February 3, 2009

" Borosnya dia... Agak-agak siapa ya?

Catatan Perjalanan Yang Mengerikan.

Saya teringat seorang rakan berbicara sewaktu sedang menikmati secangkir kopi di London Disember 2008. Kebetulan hari tersebut merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh rakyat di United Kingdam. Sehari dalam setahun. Rakyat dan masyarakat dari dunia luar turut masuk untuk berbelanja besar. Hari yang gah dengan gelaran 'Boxing Day'. Harga runtuh untuk barang-barang berjenama. Kata rakan saya : "Kalau ustaz nak tahu ada maklumat yang menyatakan seorang isteri dari negara kita apabila turun ke London, dia shopping sehingga mencecah 2 juta pound sehari. Terkejut saya mendengarnya. Bayangkan jika nilai tersebut didarab dengan 5 untuk dapatkan jumlah dalam Ringgit Malaysia... Saya tidak dapat bayangkan bagaimana. Tetapi jika sepasang kasut bernilai RM100 ribu(nilai 4 buah rumah PPRT), tas tangan RM200 ribu (nilai harga sebuah banglow di Kuala Terengganu), kerongsang RM50 ribu (nilai sebuah kereta Myvi), harga baju berpuluh ribu(macam harga peguin pulak...), stokin saja hampir seribu, maka apalah sangat nilainya itu.

Saya ajukan kepadanya satu soalan. Dari mana gerangan perempuan itu. Bimbang kalau-kalau dari kampung halaman ku yang penduduknya tiada yang seumpamanya. Sepontan di menjawab... Khabarnya orang Negeri Sembilan tapi kini banyak masa di Pahang... Ooo begitu. Rasanya macam kenal...


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap terbuka jika Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mahu mencabar keputusan SPR yang memutuskan tidak wujud kekosongan bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.Pakatan Rakyat, yang memimpin kerajaan negeri Perak pula memberi SPR tempoh 48 jam uutuk mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat pula menyifatkan keputusan SPR pagi tadi sebagai tidak demokratik dan bertentangan dengan perlembagaan.

BOLEH CABAR

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Speaker DUN Perak mempunyai hak untuk mencabar keputusan itu jika beliau tidak berpuas hati."Kita negara demokrasi. Semua orang ada hak untuk mencabar dan mahkamahlah yang menentukan," kata beliau selepas selepas mesyuarat khas SPR berhubung isu peletakan jawatan dua ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).SPR hari ini memutuskan bahawa kedua-dua ADUN tersebut masih penyandang kerusi DUN terbabit kerana wujud keraguan dalam surat peletakan jawatan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak, N. Sivakumar pagi semalam.Sivakumar semalam menghantar surat memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan Changkit Jering kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri selepas ADUN bagi kawasan tersebut, Jamaluddin dan Mohd Osman dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad lalu.Bagaimanapun, kedua-dua ADUN berkenaan pada hari yang sama turut menghantar salinan surat yang menafikan mereka meletak jawatan.Ditanya sama ada SPR memberatkan mana-mana surat untuk membuat keputusan, Abdul Aziz berkata, pihaknya meneliti kedua-dua surat tersebut secara sama rata."Ini bukan soal memberatkan mana-mana. Kita mengambil kandungan kedua-dua surat itu secara sama rata daripada orang yang sama." katanya.

KATA DUA PAKATAN

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat memberi SPR tempoh 48 jam untuk mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, jika SPR gagal melakukan demikian, Pakatan akan mengambil tindakan susulan yang akan ditentukan kemudian."Kami juga menggesa SPR supaya meletakkan jawatan memandangkan ia bukan lagi bebas," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP negeri di sini.Kata beliau, SPR tiada kuasa untuk menentukan sama ada notis makluman kekosongan Speaker sahih ataupun sebaliknya.Jelas beliau, di bawah Perkata 113 Perlembagaan Persekutuan SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dan tidak wajar mengetepikan keputusan Speaker."Undang-undang tidak membolehkan SPR menjalankan sebarang inkuiri, sebaliknya jika ada rasa tidak puas hati ia harus diputuskan oleh mahkamah," katanya."Malah, dalam kes, mereka masih boleh mengelak daripada meneruskan pilihan raya meskipun dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa Parlimen telah dibubarkan," katanya.

TIDAK DEMOKRATIK

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar."Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor di Perak berkata, bukan urusan untuk SPR bertindak dan merampas jurisdiksi mahkamah dalam mempertikaikan keputusan Speaker DUN negeri itu.Dalam soal ini, cabaran perundangan seharusnya datang daripada kedua-dua ADUN berkenaan jika mereka mahu mencabar kesahihan surat letak jawatan masing-masing, kata beliau.Sehubungan itu, kata beliau, semua opsyen akan dipertimbangkan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Monday, February 2, 2009

Anak-anakku...Belajarlah Untuk Terus Mencintai Allah

Anak-anakku,
Apabila menekuni gawatnya anak-anak pejuang Palestin saban hari dihambat Yahudi, ayah pasti situasi kita belum sampai ke peringkat itu. Ayah teringat di saat bangkitnya seorang teman untuk berucap di pentas kita, dia dalam keadaan yang tidak begitu stabil. Sehari sebelumnya dia ditinpa musibah. Kereta yang dipandunya terbabas untuk mengelak sebuah motorsikal yang dipandu cuai. Dia dalam perjalanan untuk menyampaikan kuliah subuh di Masjid Mujahidin, Damansara. Keretanya remuk. Dia berbisik kepada ayah, jika adat yang dipakai sudah pasti ana kini sudah berada di alam yang lain... Allahu Akbar. Dia dan isterinya selamat. Diselamatkan Allah Yang Mengasihinya.
Ayah mempersilakannya untuk berucap selepas teman-teman ayah yang lain berucap. Teman-teman ayah meminpin tangannya untuk ke tempat ucapan kerana keadaannya yang uzur. Namun bila dia memuqaddimahkan ucapannya dengan salam. Dia menceritakan bagaimana dia mendapat berita seorang anak Palestin yang terputus sebelah kakinya lantaran serangan tentera Yahudi yang ganas. Dia menangis untuk seketika di saat menahan kesakitan yang menerjah bagaikan pisau menghiris pehanya. Namun tatkala lukanya dibaluti, terpancar raup kegembiraan di wajahnya yang penuh keyakinan. Si anak Pelestin itu menyatakan : Alhamdulillah, sebelah kakiku kini sudah berada di dalam syurga. Aku akan teruskan perjuangan bersama ibu dan ayahku serta teman-temanku yang lain untuk mempertahankan aqidah yang mulia ini sehingga aku dapat pastikan seluruh anggota badanku yang ada ini akan bersama-sama kembali dengan kakiku yang telah menungguku di syurga...
Anak-anakku, teman ayah terus menyatakan rasa sakit yang dirasainya lantaran kemalangan yang berlaku itu hilang apabila mengenangkan ungkapan anak seorang pejuang Palestin yang diuji hebat. Ayah yakin, bukan ayah sahaja yang terasa sebak bahkan seluruh yang hadir berkongsi perasaan yang sama.
Semuga wajah-wajah kamu wahai anak-anakku akan bersama-sama menghiasi syurga Allah yang menjadi idaman kita bersama. Belajarlah untuk terus mencintai Allah...

Tribute buat ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman. Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.
Teruskan Perjuangan...
Lenggeng, Negeri Sembilan

Menanti Kemunculan Erdogan Dari Persidangan UMNO


Keberanian rakyat Malaysia menempelak UMNO & teman-teman sekomponan BN dalam Pilihanraya Umum Ke 12 terus menerus menghantui parti yang semakin uzur itu. Setelah gagal menjajah Kelantan, BN hilang kuasa di Kedah, Perak, Selangor & Pulau Pinang. Hukuman yang dijatuhkan itu tidak difahami oleh group saluran 1, 2, 3, 4 dan 5 dalam kepimpinan UMNO. Mereka angkuh & sombong seolah-olah ianya hanyalah mimpi biasa bapak presiden di kerusi empuknya yang semakin digoyang.
Barangkali benar, kerusi Permatang Pauh memang kubu DSAI. Dan ianya tidak mengurangkan bilangan kerusi BN di Parlimen. Namun Kuala Terengganu menggambarkan sinario yang berbeza. Dulu menang kini kalah. Bahkan majoriti kekalahannya amat dahsyat. Saya yakin pasti ada pemimpin UMNO yang terkena demam panas.
UMNO telah melantik panel & anggota doktor yang pakar untuk merawat penyakit yang membarah dalam tubuh mereka yang semakin mengecut. Pengerusi Lembaga Disiplin yang diketuai oleh TAR telah memanggil sidang akhbar sepertimana lagaknya panel yang merawat bapak-bapak presiden yang sedang dijenguk syeikh Malikil Maut. Saya pasti setiap cadangan yang dikemukakan pasti diterima oleh kerajaan & parti bapak presiden yang sedang tenat itu asalkan dia dapat diselamatkan.
TAR telah mencadangkan tangan, kaki dan telinga bapak presiden mesti dipotong kerana kuman penyakit kencing manisnya sedang merebak. Dalam ertikata yang lain, Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri dan Puteranya perlu dibubarkan kerana di sanalah antara punca politik ala jahiliyah membiak.
Bagaikan baru pulang dari usrah, seluruh kepimpinan utama parti purba versi Hadhari itu senada menolak, marah, meradang dan menendang pandangan jujur TAR. Kesian TAR. Bukan salah dia. Dia sudah semakin dekat dengan tuhanNya. Dia tahu ibarat dirinya kini, rumah kata pergi, kubur kata mari. Dia tidak ada apa-apa kepentingan. Dia jujur. Dia ikhlas. Tapi itulah nilai sebuah kejujuran dan keikhlasan dalam partinya. Yang jujur biasanya terpinggir. Dia mahu menyelamatkan partinya sebelum dia pergi. Saya pasti dengan penolakan cadangannya itu, tiada yang pasti kini sama ada dia atau partinya yang akan mendahului perjalanan terakhir menuju Allah.
Yang pasti persidangan Mac 2009 akan tiba. Kalau diambil kira kemungkinan Pilihanraya Kecil Behrang & Changkat Jering Perak diadakan, Pengerusi SPR dan Presiden UMNO perlu berunding untuk tarikh bila diadakan. Samada pilihanraya di dahulukan atau sebaliknya. Namun bakal Presiden pastinya lebih selesa jika dia lebih dahulu berkuasa sebelum PRK diadakan. Imejnya tercalar teruk bermula PRU ke 12 diikuti Permatang Pauh & Kuala Terengganu. Jika pilihanraya kecil Perak didahulukan rasanya Cikgu Faris Musa and the gang akan berkampung di sana bersama-sama wajah Altantuya yang masih mencari siapa pembunuhnya.
Apapun Erdogan telah menunjuk jalan agar pemimpin dunia menghormati kebenaran. Saya kira rakyat Malaysia akan setia menanti kemunculan Erdogan yang akan bertindak meninggalkan persidangan setelah teguran, nasihat dan pandangan tidak dipedulikan. Samada pandangannya didengar untuk ditolak atau mungkin ucapannya bergegar tetapi pemimpinnya lena seperti lazimnya... Kul : Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un.