Wednesday, February 4, 2009

Najib Pembunuh Demokrasi


Sukar untuk memperkatakan karektor Najib Tun Razak yang bakal mengambilalih teraju kepimpinan UMNO & BN. Pelbagai pertuduhan dilempar dalam dan luar negara terhadap beliau. Isu-isu yang membelenggu kehidupan kini dan lampaunya samada dirinya, teman hidupnya, anak-anaknya, kerabatnya, penasihatnya, kegemaranya, kes-kesnya atau apa sahaja yang melibatkan dirinya dibiar tanpa terjawab. Sebagai bakal orang nombor satu parti purba melayu terusang, sepastinya dia akur kemahuan rakyat dan massa agar dirinya dibersihkan sebersih-bersihnya. Tiada yang lebih indah selain kasihnya rakyat terbanyak yang akan melingkungi laluannya yang masih panjang.


Namun provokasi yang dicipta, menumbangkan sebuah kerajaan pilihan rakyat dari sebuah Pakatan Rakyat kepada parti elit ala Fatah yang kini berpengkalan di PWTC. UMNO/BN ditumbangkan secara gentleman oleh rakyat di siang hari di 5 buah negeri melalui sistem demokrasi. HAMAS yang dinobatkan rakyat akhirnya terhimpit di Ghazza sedangkan Fatah bangkit sebagai kerajaan yang dijulang oleh Amerika dengan cubaan suatu dakwaan telah berwakilwalikan rakyat yang menolaknya.


Najib sedar, pembubaran DUN bukan pilihan terbaik sepertimana gusarnya Mahmood Abbas untuk berdepan dengan rakyat Palestin. Kekalahan BN di dalam PRU ke 12 diikuti PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu benar-benar menggugat kredibiliti Najib yang dipertanggungjawabkan oleh partinya. Jalan terbaik cuma melalui kaedah yang sedang dilaksanakan dalam kerja apa yang saya istilahkan sebagai Operasi Menjajah Perak. Ia benar-benar ganas. Ia pastinya suatu konspirasi. Ia sukar diterjemahkan. Ia amat licik. Pastinya ia karektor yang berpengalaman. Yang biasa dengan kerja-kerja investigation. Bukan sahaja jasad manusia boleh diuruskan, bahkan sistem yang diimaninya turut dibunuh. Saya fikir tiada gelaran sesuai untuk dihamburkan kepadanya selain Najib Pembunuh Demokrasi...


Semuga rakyat Perak bangkit mempertahankan kerajaan pilihan mereka sekaligus menolak kerajaan yang dipilih oleh Najib dan sekutunya...

1 comment:

Mohd Isa Abd Razak said...

Allahu Akbar!

Teruskan perjuangan.