Saturday, June 13, 2009

Ustaz Fathi Yakan kembali ke rahmatullah

Al-fadhil ustaz Dr. Fathi Yakan telah meninggalkan kita pagi tadi.. Lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumor 76 tahun... Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.. Sila lihat web ikhwan jordan utk kesahihan berita tersebut.. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' : http://www.ikhwan-jor.com/.


Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.Al-fatihah...

Thursday, June 11, 2009

Struktur Kepimpinan PAS Pusat 2009-2011

Presiden
YB DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Timbalan Presiden
USTAZ NASHARUDIN MAT ISA

Naib Presiden
DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
YB SALAHUDDIN AYUB
YB DATO' MAHFUZ OMAR

Ketua Dewan Ulama
YB TUAN GURU DATO' HAJI HARUN TAIB

Ketua Dewan Pemuda
USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI

Ketua Dewan Muslimat
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Setiausaha Agung
DATO' MUSTAFA ALI

Ketua Penerangan
USTAZ IDRIS AHMAD

Bendahari
YB DR MOHD HATTA RAMLI

Ketua Pengarah Pilihan Raya
YB DATO' USTAZ ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN Iklan

Ahli Jawatankuasa

YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

YB DATO' KAMARUDDIN JAFFAR

YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

YB DATO' DR HAJI HASAN MOHD ALI

USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN

DATO' USTAZ ABU BAKAR CHIK

MOHAMED HANIPA MAIDIN

YB DATO' IR AMIRUDDIN HAMZAH

YB DR LO' LO' MOHAMAD GHAZALI

USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

YB DR DZULKEFLY AHMAD

YB DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

YB USTAZ HASHIM JASIN

MAZLAN ALIMAN

YB USTAZ TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

YB DR MUJAHID YUSOF RAWA

YB DATO' HAJI HUSAM MUSA

HAJI MOHAMAD SABU

MOHD ANUAR TAHIR

ASMUNI AWI

YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI

YB DR SITI MARIAH MAHMUD

YB WAN UBAIDAH WAN OMAR


Pesuruhjaya PAS Negeri

PERLIS : YB USTAZ HASHIM JASIN

KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK

PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN

PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN

KELANTAN : YAB TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

TERENGGANU : YB TUAN GURU DATO' HAJI HARUN TAIB

PAHANG : DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

SELANGOR : YB DATO' DR HASAN MOHD ALI

W. PERSEKUTUAN : MOHAMAD NOOR MOHAMAD

NEGERI SEMBILAN : ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

MELAKA : USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

JOHOR : DATO' DR MAHFODZ MOHAMED

SABAH : MUHAMAD ABDULLAH

SARAWAK : USTAZ OSMAN MUSTAPHA

Wednesday, June 10, 2009

Kuliah Haraki Bersama Dr. Abd. Aziz Bari...

Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS

Seperti yang diramalkan Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru menggantikan Dato’ Kamarudin Jaffar, manakala Ustaz Idris Ahmad dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Dr Hatta Ramli pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama AJK pusat di ibunegara hari ini.

Datuk Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu turut dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Tuesday, June 9, 2009

Perkukuhkan Sof Untuk Hadapi UMNO & Barisan Nasional





Muktamar Agung Tahunan PAS kali ke 55 telah melabuhkan tirainya pada 7 Jun setelah para muktamirin berkampung di Stadium Melawati, Selangor selama 4 hari 3 malam. Rasa puas, gembira, ceria dan seronok terpancar diraub wajah para tetamu kepada YB Dato' Pesuruhjaya PAS Selangor yang mengepalai pasukan tuan rumah. Benarlah ungkapan YB Timbalan Presiden bahawa penganjuran kali ini dilihat sebagai yang paling berjaya pernah dilakarkan.


Penting bagi kita untuk menghayati ungkapan dan mutiara kata yang disampaikan oleh para pimpinan dalam melangsungkan perjuangan kita bagi tempuh mendatang. Kejayaan anggota dan pimpinan parti dalam menterjemahkan ucapan dasar presiden setahun yang lalu : PAS FOR ALL telah menggamit penyertaan masyarakat bukan Islam untuk bersama-sama membadai ombak kerakusan jahiliah ciptaan UMNO & Barisan Nasional.


Juak-juak dan juragam tegar UMNO yang dulunya senentiasa menghulurkan muncung-muncung mereka untuk disarungmuncungkan oleh para pemimpin UMNO kini sudah mula membuka mata ekoran peningkatan indeks sokongan masyarakat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka kian menyepi ketika suara rakyat semakin garau, gah dengan selogan dan petah berbicara dengan semangat yang membara.


Sikap keterbukaan yang ada kepada pimpinan PAS telah berjaya meleraikan jarum-jarum yang penuh dengan karat untuk terus menerjah ke urat nadi para pendokong perjuangan Islam. Mereka merancang untuk melemahkan kita, mengadudombakan pimpinan dan anggota kita, memecahkan benteng dan pengkalan perjuangan kita dengan senjata dan bom jangka serta C4 yang mereka miliki. Namun jelas mereka gagal untuk kesekian kalinya...


Saya amat menghormati 2 tokoh pimpinan kita yang turut menawarkan diri untuk kerusi Timbalan Presiden. Sepatah kata YB Dato' Paduka Husam Musa bahawa beliau akan tetap berjuang bersama PAS meskipun tewas dalam pemilihan kali ini. Sambil merekamkan ucapan tahniah kepada YB ustaz Nasharuddin Mat Isa, beliau berharap PAS akan terus terpelihara dari sebarang percubaan khianat musuh.


Juga ungkapan kata-kata yang penuh kiasan, pantun al akh Tuan Haji Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan sapaan abang mat, mengharapkan para ulamak akan meluruskan perjalanan parti dalam ertikata yang sebenar. Pengalaman beberapa orang pimpinan dari kelompok ulamak yang meninggalkan perjuangan Islam telah merobek hatinya sebagai seorang pejuang. Jelas, beliau gementar tatkala dikelilingi para ulamak yang tidak jujur. Lantas dengan pengalaman masa lampau itu beliau mengungkapkan serangkap pantun :"Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, Intailah aku sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan,"


Inilah dia contoh penampilan kehidupan manisnya berjuang. Menawarkan diri berasaskan Fastabiqul Khairat... bukan sama sekali berteraskan perlumbaan untuk merebut jawatan. Tiada gahnya jawatan kerana ianya adalah amanah yang pasti akan dipersoalkan. Dan penyoalnya adalah Qadhi Rabbul Jalil...


Benarlah kata-kata YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden bahawa PAS adalah bahtera yang selamat untuk dinaiki. Mereka yang meninggalkan bahtera ini pasti akan menyesal dan terpinggir dari arus intifadhah yang bakal melanda.... Marilah kita teruskan perjuangan kerana berjuang itu manis...