Saturday, January 31, 2009

Wednesday, January 28, 2009

Pilihanraya Kecil DUN Lenggeng, Negeri Sembilan !!!

YBhg. Sdr. Zulkifly Mohamad Haji Omar
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.... Bekas Calon PAS DUN Lenggeng
Bandar Seri Jempol - Pilihanraya Umum Ke 12 jelas menghakis penguasaan BN di 5 buah negeri. Ledakan gelombang yang membadai Parlimen Permatang Pauh terus bergelora sehingga ke Parlimen Kuala Terengganu. Kini rakyat menoleh ke lokasi baru. Negeri yang dulunya menjadi sebahagian daripada talian hayat UMNO/BN. Tetapi kini ianya sudah jauh berbeza. PRU ke 12 telah meletakkan UMNO/BN dihujung tanduk. BN dan Pakatan Rakyat masing-masing memerlukan 4 kerusi tambahan. BN untuk mencukupkan penguasaan 2/3 di DUN manakala PR untuk tampil sebagai kerajaan yang baru. Bahkan wujud kemungkinan yang lebih baik di pihak PK untuk cuma menambah 3 kerusi sahaja memandangkan kedudukan speakernya yang dilantik dari kalangan ahli yang berhormat.
Justeru, jika kes yang berlaku kepada ADUN Lenggeng disabitkan bersalah oleh mahkamah pastinya rakyat Lenggeng akan berusaha membersihkan nama baik mereka yang tercalar dek angkara pemimpin UMNO itu. Perlu dinyatakan bahawa pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu diadakan atas faktor perletakan jawatan dan kematian telah berpihak kepada PR, maka jika Pilihanraya Kecil DUN Lenggeng diadakan pasti puncanya jauh berbeza sebab musababnya lantaran angkara durjana oleh ADUN berkenaan. Yang pasti, rakyat Lenggeng akan bangkit menebus maruah mereka yang tercalar....

"Teruskan Perjuangan" - Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ustaz Jais Anuar, Ustaz Riduan M Nor dan penulis


Penulis bersama Ustaz Jais Anuar di London


Kunjungan mahabbah fillah yang penuh bermakna...
" Saya amat gembira mengikuti kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh PAS di Malaysia. Pilihanraya Umum Ke 12 ( Mac 2008) telah berjaya melakarkan sejarah penting dalam perjuangan kita bersama Pakatan Rakyat di bawah pimpinan YB Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang setelah al Marhum Ustaz Fadzil M Noor meninggalkan kita. Saya berdoa PAS akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 nanti. Dan saya akan terus berdoa kepada Allah semuga keikhlasan dan kesabaran akan menjadi teman kita dalam perjuangan. " Demikian kata-kata yang diungkapkan oleh Ustaz Jais Anuar, bekas calon PAS di Parlimen Besut merangkap Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di kediamannya sewaktu rombongan menziarahi beliau di London pada 30 Disember 2008.

Wajah-wajah suram...

Serangan Terbaru Israel Keatas Ghazza 4 Jam lalu- Malaysiakini

Pengkebumian Kugan



Lima lelaki ditahan kerana menimbulkan kekecohan ketika menyertai upacara pengebumian A. Kugan yang mati semasa ditahan di lokap balai polis Taipan, Subang pada 22 Januari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasaan berkata polis menahan seorang suspek bunuh semasa perarakan pengebumian tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan sama ada suspek berkenaan adalah salah seorang daripada lima yang ditahan sebelum ini.

Penangkapan pertama dibuat kira-kira pukul 12.15 tengah hari apabila seorang lelaki cuba merempuh kearah pintu masuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengarahkan orang ramai yang berkumpul bersurai.

Dua lagi ditahan kerana cuba melalui sekatan polis di PPUM.

Manakala dua lagi ditahan polis kerana didapati cuba untuk menyebarkan provokasi dikalangan orang ramai yang berkumpul di kawasan PPUM.

Empat daripada mereka memakai kemeja-t Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) - pertubuhan yang diharamkan sejak Oktober tahun lalu.

Salah seorang dipercayai bekas penyelaras kumpulan itu, R.S. Thanendran.

Kira-kira 1,000 orang berkumpul bagi menyertai perarakan dari PPUM ke krematorium di Batu 14 Puchong.

Bagaimanapun orang ramai yang berkumpul di perkarangan PPUM sejak pukul 8 pagi, mematuhi nasihat polis dan bersurai dari kawasan itu pada kira-kira pukul 1.45 petang.

Kereta jenazah yang membawa mayat Kugan, meninggalkan bilik mayat PPUM selepas pukul 2 petang untuk upacara pengebumian.

Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Januari di lokap Balai Polis Taipan, Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta mewah di Sungai Chua, Kajang, ditemui mati pada 20 Januari semasa dalam siasatan.

Demo Palestine di N9

Demo di Perkarangan Masjid Bandar Seri Jempol
Orang ramai turut serta dalam demo tersebut

Semoga Allah menolong saudara kita di Gazzah