Tuesday, September 1, 2009

Takziah PAS Kawasan Besut Buat Keluarga Abdul Karim Abdul Aziz



PAS Kawasan Besut merakamkan ucapan takziah buat keluarga almarhum Abdul Karim Abdul Aziz, Pengerusi Tetap PAS Kawasan Hulu Langat yang telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009 baru-baru ini.

Saya mengenali beliau secara peribadi. Beliau adalah seorang aktivis yang telah menghabiskan banyak masanya untuk perjuangan Islam. Semuga roh beliau ditempatkan bersama-sama golongan yang soleh dan diberikan kesabaran yang berpanjangan buat seluruh anggota keluarganya.... Al Fatihah.

Daripada :
Haji Wan Azhar Wan Ahmad
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut

Semuga Kartika Menghampiri Taubat...







Malaysia mencatatkan sejarah apabila seorang pesalah wanita yang disabitkan atas kesalahan meminum arak rela untuk disebat bagi membebaskan dirinya dari kesalahan tersebut. Hukuman 6 sebatan yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bagaimanapun menimbulkan kegemparan dan polimek hingga ke peringkat nasional dan mengundang kunjungan wartawan luar negara bagi merakamkan kekecohan yang timbul ekoran kegagalan pihak berkenaan melaksanakan hukuman tersebut.

Kartika Seri Dewi, 32 seorang model sambilan dalam kenyataannya menyatakan kerelaannya untuk disebat bagi menginsafkan dirinya. Setelah sebulan hukuman dijatuhkan sehinggalah van yang membawanya menuju ke Penjara Wanita Kajang berpatah balik untuk menghantarnya pulang lantaran ketidakupayaan pihak berkenaan melaksanakan hukuman tersebut Kartika masih lagi menyatakan kerelaannya untuk disebat.

Anehnya kenapa Kartina dinafikan untuk mendapatkan keadilan. Dia pasrah bahawa dirinya bersalah dan rela dihukum. Meskipun hukuman yang dijatuhkan ke atasnya juga masih tidak menepati hukuman Ilahi, namun kesediaanya itu jelas menggambarkan keinsafan.

Barangkali ramai juga terkejut apabila beberapa pemimpin mengeluarkan kenyataan berhubung kes tersebut. Samada kenyataan Perdana Menteri maupun Menteri Dalam Negeri semuanya menggambarkan betapa Malaysia sebenarnya tidak bersedia untuk melaksanakan hukum Islam meskipun negara telah mencapai kemerdekaan bagi kali ke 52.

Jelas, Kartika kini berada dipersimpangan. Antara maruah dan harga dirinya... Dia kelihatan lebih bersedia untuk berubah. Dari kehidupan jahiliah di masa lampaunya kepada runtunan untuk menghampiri Allah. Kehadiran saudara mara, rakan taulan dan masyarakat sekelilingnya yang mendoakan agar Kartika tabah dalam menghadapi hukuman sebuat itu menguatkan lagi dirinya untuk disebat lantaran hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah. Yang dimahunya adalah keinsafan dan ampunan Allah.

Bagaimanapun dia bagai dipersenda dan dipermainkan. Omongan Malaysia sebagai sebuah negara Islam rupanya selogan yang diwarisi sekadar untuk dilebel dan dimashyurkan. Tidak lebih dari kerangka selogan ciptaan terbaru nukilan PM : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Semuga Allah mencampakkan hidayahNya dan keampunanNya kepada Kartika dan membariskannya bersama muslim yang mula menghampiri Allah dengan taubatan Nasuha...

Monday, August 31, 2009

Arak Kepala Lembu - Api Perkauman Yang Cuba Dinyalakan


Tindakan sekumpulan 50 orang yang mendakwa kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.


Sukar untuk dibayangkan, kemarahan yang diserlahkan oleh kumpulan tersebut apakah ianya telah mendapat lampu hijau dari mana-mana pihak sehingga pergerakan mereka tidak dihalang oleh pihak polis yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan.


Bukan untuk mempersoalkan hak bersuara apalagi untuk menolak pendekatan kata melalui kaedah protes di jalanraya, tetapi wajarkan mereka tampil mencanang isu bagai nak rak walhal saluran perbincangan masih belum digunakan. Bukankah Islam mengajar kita bagaimana untuk hidup cara beragama, berakhlak dan berbudaya, bukannya mempamerkan kebengisan membabi buta.


Protes rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya ada asas yang kuat. Samada penentangan terhadap PPSMI maupun akta rimba ISA. Setelah semua saluran digunakan untuk membantah, kerajaan tetap bersikap pekak badak dalam menilai pandangan masyarakat. Pandangan kontra juga datangnya dari arah para intelektual. Namun pada kaca mata pemimpin-pemimpin BN ini, servival politik duniawiyah lebih penting dari segala-galanya. Maka di sanalah kebangkitan rakyat akan berlaku. Gelombang yang bukan sekecil angka 50, atau sebanyak yang membarisi kelompok kerdil si Ibrahim Ali and the gang... Namun ianya adalah angka yang boleh menggoncang sebuah kerajaan tua dan usang seperti yang ada.


Semuga rakyat tidak dibayangkan wujudnya suatu trend bagi mencipta aliran peristiwa berdarah 13 Mei yang pernah dilalui. Jika ini yang cuba dipaparkan, sukar untuk meramalkan kemelut yang ada dihadapan. Wibawa PDRM masih boleh dipulihkan jika Standard Operation Prosedure (SOP) tidak dibayangi pengarahan para politikus yang semakin menikus. One Malaysia pastinya akan terus terluka angkara suatu perencanaan yang gopoh dan gelojoh...


Semuga kebijaksanaan para ulamak yang mukhlisin akan menutup kebodohan si jahil yang seringkali melatah...

Menjengah Seketika Telatah Anak-Anak Yang Mengasyikkan...





















Sumaiyah bergaya bersama anak-anak jiran yang bakal menjadi teman seperjuangannya...