Tuesday, September 1, 2009

Semuga Kartika Menghampiri Taubat...







Malaysia mencatatkan sejarah apabila seorang pesalah wanita yang disabitkan atas kesalahan meminum arak rela untuk disebat bagi membebaskan dirinya dari kesalahan tersebut. Hukuman 6 sebatan yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bagaimanapun menimbulkan kegemparan dan polimek hingga ke peringkat nasional dan mengundang kunjungan wartawan luar negara bagi merakamkan kekecohan yang timbul ekoran kegagalan pihak berkenaan melaksanakan hukuman tersebut.

Kartika Seri Dewi, 32 seorang model sambilan dalam kenyataannya menyatakan kerelaannya untuk disebat bagi menginsafkan dirinya. Setelah sebulan hukuman dijatuhkan sehinggalah van yang membawanya menuju ke Penjara Wanita Kajang berpatah balik untuk menghantarnya pulang lantaran ketidakupayaan pihak berkenaan melaksanakan hukuman tersebut Kartika masih lagi menyatakan kerelaannya untuk disebat.

Anehnya kenapa Kartina dinafikan untuk mendapatkan keadilan. Dia pasrah bahawa dirinya bersalah dan rela dihukum. Meskipun hukuman yang dijatuhkan ke atasnya juga masih tidak menepati hukuman Ilahi, namun kesediaanya itu jelas menggambarkan keinsafan.

Barangkali ramai juga terkejut apabila beberapa pemimpin mengeluarkan kenyataan berhubung kes tersebut. Samada kenyataan Perdana Menteri maupun Menteri Dalam Negeri semuanya menggambarkan betapa Malaysia sebenarnya tidak bersedia untuk melaksanakan hukum Islam meskipun negara telah mencapai kemerdekaan bagi kali ke 52.

Jelas, Kartika kini berada dipersimpangan. Antara maruah dan harga dirinya... Dia kelihatan lebih bersedia untuk berubah. Dari kehidupan jahiliah di masa lampaunya kepada runtunan untuk menghampiri Allah. Kehadiran saudara mara, rakan taulan dan masyarakat sekelilingnya yang mendoakan agar Kartika tabah dalam menghadapi hukuman sebuat itu menguatkan lagi dirinya untuk disebat lantaran hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah. Yang dimahunya adalah keinsafan dan ampunan Allah.

Bagaimanapun dia bagai dipersenda dan dipermainkan. Omongan Malaysia sebagai sebuah negara Islam rupanya selogan yang diwarisi sekadar untuk dilebel dan dimashyurkan. Tidak lebih dari kerangka selogan ciptaan terbaru nukilan PM : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Semuga Allah mencampakkan hidayahNya dan keampunanNya kepada Kartika dan membariskannya bersama muslim yang mula menghampiri Allah dengan taubatan Nasuha...

1 comment:

Anonymous said...

Kartika sudah bertaubat, Rosmah Mansor bila lagi...