Monday, August 31, 2009

Arak Kepala Lembu - Api Perkauman Yang Cuba Dinyalakan


Tindakan sekumpulan 50 orang yang mendakwa kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.


Sukar untuk dibayangkan, kemarahan yang diserlahkan oleh kumpulan tersebut apakah ianya telah mendapat lampu hijau dari mana-mana pihak sehingga pergerakan mereka tidak dihalang oleh pihak polis yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan.


Bukan untuk mempersoalkan hak bersuara apalagi untuk menolak pendekatan kata melalui kaedah protes di jalanraya, tetapi wajarkan mereka tampil mencanang isu bagai nak rak walhal saluran perbincangan masih belum digunakan. Bukankah Islam mengajar kita bagaimana untuk hidup cara beragama, berakhlak dan berbudaya, bukannya mempamerkan kebengisan membabi buta.


Protes rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya ada asas yang kuat. Samada penentangan terhadap PPSMI maupun akta rimba ISA. Setelah semua saluran digunakan untuk membantah, kerajaan tetap bersikap pekak badak dalam menilai pandangan masyarakat. Pandangan kontra juga datangnya dari arah para intelektual. Namun pada kaca mata pemimpin-pemimpin BN ini, servival politik duniawiyah lebih penting dari segala-galanya. Maka di sanalah kebangkitan rakyat akan berlaku. Gelombang yang bukan sekecil angka 50, atau sebanyak yang membarisi kelompok kerdil si Ibrahim Ali and the gang... Namun ianya adalah angka yang boleh menggoncang sebuah kerajaan tua dan usang seperti yang ada.


Semuga rakyat tidak dibayangkan wujudnya suatu trend bagi mencipta aliran peristiwa berdarah 13 Mei yang pernah dilalui. Jika ini yang cuba dipaparkan, sukar untuk meramalkan kemelut yang ada dihadapan. Wibawa PDRM masih boleh dipulihkan jika Standard Operation Prosedure (SOP) tidak dibayangi pengarahan para politikus yang semakin menikus. One Malaysia pastinya akan terus terluka angkara suatu perencanaan yang gopoh dan gelojoh...


Semuga kebijaksanaan para ulamak yang mukhlisin akan menutup kebodohan si jahil yang seringkali melatah...

2 comments:

orangjauh said...

Depa ni cuba nak mainkan isu perkauman..Bagi yg jahil akan ikut membabi buta..apa PDRM buat?? demo rakyat puluhan ribu sanggup dikerah tp demo 50 org proksi umno tak brani ke?

Anonymous said...

Lagikan kepala babi mereka sanggup provokasikan, inikan pula kepala lembu.