Thursday, February 12, 2009

FRU berkawal dihadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan


Inilah saki baki yang masih bersama BN...



Siapa punya angkara... Masing-masing tak mengaku...


BN sudah diambang Sakaratul Maut

Talian hayat terpaksa diguna... Kebangkitan rakyat telah bermula.




Agong bangga kejayaan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU 12 Feb. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berbangga dengan perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lepas yang disifatkan semua pihak sebagai yang terbaik di negara ini.

Tuanku Mizan melahirkan perasaan bangga itu kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof semasa beliau menghadap baginda untuk mempersembahkan prestasi pilihan raya kecil itu baru-baru ini.

Abdul Aziz berkata, Tuanku Mizan bangga kerana pilihan raya kecil itu dapat dilaksanakan dengan baiknya oleh petugas-petugas di Terengganu.

Jelasnya, Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu akan dijadikan penanda aras untuk diteladani oleh Pejabat Pilihan Raya negeri yang lain selepas ini.

''Selepas pilihan raya kecil P36, saya dapat banyak pujian mengatakan ia adalah pilihan raya yang terbaik.

''Daripada orang biasa sehinggalah pegawai kerajaan, menteri besar dan menteri Kabinet menyatakan kebanggaan mereka terhadap perkara ini," ujarnya ketika berucap pada majlis penghargaan dan penyampaian sijil kepada petugas-petugas Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, di sini malam tadi.

Sebelum itu, beliau turut menghadiri sesi bedah siasat pilihan raya kecil berkenaan di sini.

Menurut Abdul Aziz, parti pembangkang turut tidak terkecuali menyatakan pujian mereka terhadap perjalanan pilihan raya kecil itu.

''Saya tidak tahulah sama ada mereka puji kerana mereka sudah menang tapi saya difahamkan ini pertama kali pembangkang puji SPR dan polis," ujarnya.

Ulasan : Apa yang jelas, apabila pilihanraya dijalankan secara bersih, tanpa gangguan & provokasi ganas dari 'group tu', insya Allah bukan sahaja rakyat seronok, Tuanku Sultan juga turut gembira.... Daulat Tuanku, patik-patik semua tetap setia tanpa durhaka.

Tribute Buat Ibu Tersayang...

Saat Cinta Bertasbih

Bonda Yang Sentiasa Dirindu......

Terima Kasih Kerana Tekun Mentarbiyah ku

Mengheretku Ke Lembah Perjuangan

Di Saat Kerinduanku Terhadap Ayah

Ibulah Harapanku Untuk Kuteruskan Perjuangan

Kami rindu syahid.....


Wahai ayah dan ibu...
Sukarnya kami untuk menggambarkan
Betapa pedihnya ujian yang membelenggu kehidupan anak-anak gadis di bumi Palestin
Saban hari terpahat nama-nama mulia yang gugur syahid
Angkara biadab golongan Yahudi dan Israel
Wahai ayah dan ibu....
Di manakah hak mereka di saat bumi mereka dibedil
Mereka dinafikan untuk hidup aman tanpa ganguan
Mereka terpenjara dengan kegilaan propaganda zionis yang menggila
Mereka pasrah itulah realiti kehidupan harian mereka
Wahai ayah dan ibu...
Syahidnya puteri-puteri Palestin ini
Laksana mekarnya sekuntum bunga mawar
Yang menyantuni kuntuman mawar yang lain
Melebarkan wangiannya ke arah kami
Wahai ayah dan ibu...
Manisnya haruman syuhada' ini
Meskipun Ehud Olmet terus menggila
Kemunculan Mahmud Abbas di mana-mana
Tidak sedikitpun menggusarkan gerakan kita
Wahai ayah dan ibu...
Lahirlah puluhan Mahmud Abbas
Di Palestin, di Mesir, di Perak, di Selangor
Mereka pasti tidak termampu
Mengoyak akal merobah rakyat
Wahai ayah dan ibu...
Kagumku terhadap istiqamahnya Ir. Nizar
Rakyat di belakangmu tetap bertahan
Arahan jamaah maruahlah galang gantinya
Teruskan Nizar, kami bersamamu
Wahai ayah dan ibu...
Kalau ditakdirkan kamu pergi
Doakan kami untuk anak-anakmu
Sukarnya rasa pahit di hati
Jika syahidmu tanpa kami...

Jom, sertai kami dalam kempen bersama rakyat Perak ....





Jebat Durhaka...


Dia (Hang Tuah) telah terfitnah kak. Ini semuanya angkara Tun Teja. Titis air mata yang mengalir akan ku sukat dengan darah mereka yang bertanggungjawab. Mereka berniaga dengan darah, juga darahlah akan ku bayar hutangnya" -"Demi Allah aku bersumpah, bumi dan tumbuh-tumbuhan menjadi saksi. Setitik darahmu gugur ke bumi, abang Tuah, akan ku basahkan bumi Melaka ini dengan darah""Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!"

Filem: Hang Jebat

"Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil!!""Sekarang saudara-saudara tinggal di sini, aku mahu menghadiri jamuan Patih Karma Vijaya. Boleh jadi dia merayakan harijadinya.. atau merayakan hari kematian Tuah"

Filem: Hang Tuah

Tuesday, February 10, 2009

Ulamak Harus Waspada...


Fahami tipu daya golongan politikus, politipu dan politibai....




Lambaian Kemenangan...

Erdogan di Turki

Ustaz Ismail Haneyah.... HAMAS di Palestin
YAB Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin.... Pakatan Rakyat d Perak

Doakan... Kami akan kembali memimpin rakyat Perak




"Pertingkatkan kerja tarbiyah dan perkaderan" - Ustaz Idris Haji Ahmad

Seremban - Anggota dan pimpinan PAS perlu mempertingkatkan usaha ke arah merealisasikan kekuatannya berasaskan pembinaan tarbiyah secara berterusan. Demikian tegas ustaz Idris Haji Ahmad, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam program Bengkel Nuqaba' dekat sini baru-baru ini.
Program tersebut dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS Negeri Sembilan.
Beliau yang gembira dengan kehadiran peserta yang dikira mencapai target yang ditetapkan berharap proses tarbiyah dan perkaderan akan disemarakkan bukan sahaja di peringkat kawasan tetapi juga ke setiap organisasi parti seperti DUN, UPU dan cawangan-cawangan.
Dua kertas kerja telah dibentangkan oleh beliau disamping dua kertas kerja tambahan yang turut dibentang oleh Ustaz Mohd Noor, AJK Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS Pusat. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, sdr Zulkefly Mohamad Haji Omar. Turut hadir Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri yang juga ADUN Paroi.

Monday, February 9, 2009

Perginya seorang pejuang...


Perjalanan terakhir menuju ke alam yang lebih kekal...

Bacaan talqin dari teman seperjuangan, YAB Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin