Tuesday, February 10, 2009

"Pertingkatkan kerja tarbiyah dan perkaderan" - Ustaz Idris Haji Ahmad

Seremban - Anggota dan pimpinan PAS perlu mempertingkatkan usaha ke arah merealisasikan kekuatannya berasaskan pembinaan tarbiyah secara berterusan. Demikian tegas ustaz Idris Haji Ahmad, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam program Bengkel Nuqaba' dekat sini baru-baru ini.
Program tersebut dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS Negeri Sembilan.
Beliau yang gembira dengan kehadiran peserta yang dikira mencapai target yang ditetapkan berharap proses tarbiyah dan perkaderan akan disemarakkan bukan sahaja di peringkat kawasan tetapi juga ke setiap organisasi parti seperti DUN, UPU dan cawangan-cawangan.
Dua kertas kerja telah dibentangkan oleh beliau disamping dua kertas kerja tambahan yang turut dibentang oleh Ustaz Mohd Noor, AJK Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS Pusat. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, sdr Zulkefly Mohamad Haji Omar. Turut hadir Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri yang juga ADUN Paroi.

No comments: