Thursday, March 26, 2009

Pengakuan jujur seorang Presiden...

......... Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengakui bukan kesemua ahli UMNO "sejernih air di kolam syurga". Saya juga tidak riak untuk mendakwa bahawa setiap ahli UMNO adalah sebersih kain putih dan tidak mempunyai kelemahan.......

Komentar : Samada kepimpinan UMNO perlu muhasabah dan melakukan perubahan banyak bergantung kepada arah dan aliran yang akan di bawa oleh Presiden UMNO yang baru.

Pesanan Pak Lah Untuk Najib Dan Kepimpinan UMNO...


Ucapan Perpisahan Presiden Umno

..... Setiap dari kita sememangnya arif tentang ciri-ciri serta sifat-sifat mulia seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah yang wajib dipegangi oleh pemimpin2 kita....




Perwakilan Pulau Pinang Sindir Pak Lah & Khairy

Najib digesa bubarkan lembaga disiplin

Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak disarankan supaya membubarkan Lembaga Disiplin Umno yang didakwa oleh seorang perwakilan menyebabkan ahli Umno berkelahi sesama sendiri'"Saya setuju cadangan bakal presiden supaya dikaji semula Perlembagaan Umno (berhubung pemilihan parti)."Tetapi sebelum kita kaji perlembagaan itu, bubarkan lembaga disipllin umno terlebih dahulu," kata wakil Umno Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Katanya, beliau mencadangkan sedemikian "kerana lembaga ini buat kita berkelahi sesama sendiri/"Yang ini ambil tindakan, yang itu tidak... yang ini kena tindakan, yang ini biar."Kaji siapa mereka ini, kita bubar dan lantik yang lain , bukan semua yang datang ini politik wang," tambahnya ketika membahaskan usul ucapan terima kasih kepada ucapan presiden Umno.

Berhubung persepsi bahawa Umno lemah, Musa berkata: "Kita cakap Umno lemah, tetapi yang bagi umno lemah siapa? kita (sendiri)".Musa juga tidak bersetuju membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan politik wang dalam Umno."Tak payah bawa SPRM nak gempar kita, nak pantau kita."Lembaga disiplin buat kerja hampa, kami tahu kerja kami, depa ini orang Umno ke, ada bersemangat Melayu ke?"Nak cari salah orang senanglah...," katanya yang sering mendapat tepukan gemuruh para perwakilan.

Musa juga menyamakan kempen calon-calon Umno seumpama kempen 'Sure Heboh'.'Sure heboh'"Saya minta presiden baru nanti buatlah perubahan. Bercakap tentang politk wang, nak bersih, bersihkan sesama kita"Tak payah cerita dalam akhbar dan dalam TV. Panggil pemuda, panggil bahagian berjumpa."Bukan buat 'road show'...TV3 buat 'Sure heboh', Umno pun buat 'Sure heboh'"Panggil semua naik pentas satu-satu, macam ratu cantik terketek-ketek...yang dibawah pakat gelak...," katanya.Beliau juga menyindir calon-calon yang bertanding dalam pemilihan Umno kali ini."Pada masa ni, kita telefon jam 2 atau 3 pagi pun dia angkat, lepas ni saya harap jangan tukar nombor telefon...," tegas Musa.

Wednesday, March 25, 2009

Khairy!!! Jangan angkuh dengan kemenangan.

Saat namanya diistiharkan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru, ramai anggota pemuda UMNO menggeleng kepala bila melihat Khairy menepuk dada bila dijulang dipentas. Lebih memualkan lagi di kala ucapan sulongnya begitu sarat dengan sindiran, menghentam dan mengganyang pengikut Mukhriz dan Khir Toyo ke penjuru sempit seolah-olah dialah bos baru yang perlu ditaati,dihormati, diterima, disanjung dan diberdirikan tanpa khilaf secara qat'ie.

Rasanya itulah watak sebenar anak berjiwa muda ini. Alangkah baiknya jika dia pandai merendah diri, berbudi bahasa, berjiwa merdeka. Alangkah baiknya jika dia boleh dinasihati, diajar, ditegur dan dididik untuk berbicara. Kepetahan bukan ukurannya, tetapi kalau beradab pasti disayangi. Sayang, tiada biro tarbiyah dalam UMNO. Biro agama sekadar berdoa memulakan acara.

Saya fikir ingatan rakyat masih kuat di saat kita mencapai kemenangan di Kelantan & Terengganu. Tok Guru mengingatkan agar kemenangan di sambut dengan menundukkan kepala sebagai tanda rasa syukur. Bukan membuka dada dan kepak mempamerkan gahnya kita, apa lagi menepuk dada sebiadap amalan jahiliah purba...

Dalam episod ini saya fikir pemuda UMNO layak bersimpati kepada Mukhriz sekalipun rakyat sukar memaafkan Khir....

Hishamuddin & Sumpah Pontianak Di Hujung Senja...

Gambar di atas tidak ada kene mengena dengan kenyataan di bawah
tapi mungkin dari kehapakan bau yang datang dari pelbagai arah...

Petikan ucapan Hishamuddin di Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO...

''Bahawa dalam diri cucunda Datuk Onn ini, mengalir darah perjuangan Melayu yang sejati, berpaksikan kepada keluhuran nilai dan idealisme murni,''

YB Solahuddin Ayub Gempur Jempol

Group Khairy - Mukhriz Bergaduh di PWTC

Ceramah Perdana
Sempena Perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jempol

Tarikh : 27 Mac 2009 (Jumaat)
Masa : 09.00 malam
Tempat: Muassasah Darul Sharif, Batu Kikir, Jempol, N9

Penceramah :
YB Solahuddin Ayub - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
YBhg. Sdr. Zulkefly Mohd Haji Omar - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan

Mengupas Isu-Isu Terkini
Termasuk Pemilihan Kepimpinan UMNO Di Bawah DS Najib

Datanglah Beramai-ramai.

Demonstrasi Bantahan Sambut Kemenangan Khairy !!!


Kemenangan Khairy yang diberikan amaran berhubung kesalahan melanggar tataetika pertanding Umno, dibantah oleh sekumpulan kira-kira 200 penyokong Mukhriz. Berkumpul di tingkat bawah PWTC sejak keputusan rasmi diumumkan 11.20 malam ini, mereka melaungkan "Khairy rasuah" dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno. Sepasukan polis sedang mengawal mereka, yang kelihatan menghalang pihak berwajib dengan membentuk "rantaian manusia" daripada menyuraikan mereka.

Apakah ini suatu gambaran awal imej barisan kepimpinan yang bakal mengelilingi dan mencium tangan kiri Najib... Pastinya teriakan slogan itu bukan sesuatu yang harus dibakulsampahkan oleh Presiden UMNO yang turut sarat dengan pertuduhan rakyat...

Tuesday, March 24, 2009

Sepatutnya Haramkan Rosmah Keluar Rumah, Bukan Haramkan Pengeluaran Harakah




Apa salahnya Harakah!!! Setakat berdosa kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO yang sering bergelumang dengan dosa dan noda bukanlah alasan untuk KDN mengharamkan penerbitan Harakah walaupun dalam edah 3 bulan.

Bukankan Harakah berjaya membentuk aliran pemikiran murni rakyat Malaysia sehingga dengan bantuannya 100 ribu rakyat keluar untuk berarak ke Istana Negara menuntut sistem & perjalanan pilihanraya yang BERSIH.

Bukankah dengan pengedaran fikrah Harakah, 100 ribu rakyat berhimpun untuk berarak ke Istana Negara bagi menyatakan bantahan terbuka terhadap PPSMI.

Bukankah Harakah berjaya menyedarkan rakyat tentang kebobrokan pemimpin-pemimpin UMNO dalam mentadbirurus negara sehingga protes rakyat telah memberi impak terbesar dalam catatan sejarah yang mengakibatkan tumbangnya 5 kerajaan negeri BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 12 yang lalu.

Bukankah Harakah antara yang berjaya mewujudkan budaya Etika Kewartawanan & Persuratkhabaran yang telus, berani, komprehensif dan kompetetif berbanding media lain yang ditelanjangi dan diliwati UMNO/BN saban hari.

Bukankah Harakah yang berjaya melahirkan rakyat yang sedar dan sentiasa ingat betapa pembohongan pemimpin-pemimpin UMNO bukan sahaja kepada rakyat jelata tetapi menular ke dalam urat nadi anggota-anggota UMNO untuk diwarisi.

Bukankah dalam ucapan perasmiannya, Najib secara terbuka mengajak Wanita, Pemuda & Puteri UMNO terus komited mengibarkan bendera panji-panji kebenaran dengan meninggalkan segala sifat mazmumah bagi digantikan dengan sifat mahmudah.

Bukankah dia sudah mula berbohong sebelum bertakhta di kerusi Presiden? Jika sifat itu yang nak diterapkan kenapa ianya tidak bermula dengan dirinya. Isunya; mengapa harus mengajak anggota UMNO berubah tetapi lupa tentang persekitarannya yang memualkan. Taubat bukanlah suatu lakonan walaupun rintihan itu di kamar Masjidil Haram. Menyaksikan sekeping potret yang pernah disaksikan juta mata rakyat tentang orang yang berada di belakang tokoh yang akan memimpin parti purba lewat Rabi'ul Awwal 1430 Hijriah sehingga dengannya terdetik dihati rakyat :
Bukankah lebih afdhal zaujahnya itu beristirehat sahaja di mahligainya nanti, menjejaki rangkaian dan deretan isteri-isteri solehah seumpama Fatimatul Zahra', merapikan ikatan rambutnya, mewangikan dirinya dengan semburan atar Makkah maupun pewangi Monggolia lambang kesetiaan menanti kepulangan suami yang pasti kepenatan. memanjangkan ungkapan taubatnya kepada Allah, bermuhasabah tentang dirinya dan dosa-dosa suaminya, sekaligus merencanakan laluan taubat yang masih terbuka untuknya.
Bukankah wajar ada seorang penasihat yang boleh menasihati kesesatan pemikirannya... Atau institusi yang boleh memfatwakan perlakuannya...
Apapun ungkapannya, adalah lebih wajar KDN meneliti kewajaran menggantung penerbitan Harakah yang telah banyak menyumbang jasa untuk rakyat. Atau ada pihak yang lebih selesa untuk terus membiarkan pergerakan Woman Of The Year itu bebas ke hulu dan ke hilir mewarnai sesuatu yang diluar urusannya...

Monday, March 23, 2009

YAB DS Ir. Nizar Pilihan Terbaik Untuk Rakyat Bk. Gantang

Calon PAS/PR Parlimen Bukit Gantang diumum..

BN sepatutnya faham signal rakyat. Apapun alasannya, yang pasti Najib tidak berani mempertaruhkan MB Haram Perak untuk berdepan dengan pengundi Parlimen Bukit Gantang. Nampaknya cabaran awal YB Dato' Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat tidak bersahut. Konfem, sudah terang lagi bersuluh BN bukanlah kerajaan pilihan rakyat meskipun slogan mereka Dari Rakyat Untuk Rakyat Kepada Rakyat... Saya suka mencadangkan untuk persiapan bagi menobatkan Presiden baru UMNO Baru menjelang beberapa hari sahaja lagi ini dengan slogan Dari Najib Untuk Rosmah Kepada... Tolong bagi cadangan... TQ.

Meniti Hari Yang Mendatang...

Perundingan Yang Menggusarkan Rakyat...
Model Pemimpin Idola Harapan Rakyat

Anugerahkan Kami Anak2 Yang Soleh...

Kebesaran Allah