Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak disarankan supaya membubarkan Lembaga Disiplin Umno yang didakwa oleh seorang perwakilan menyebabkan ahli Umno berkelahi sesama sendiri'"Saya setuju cadangan bakal presiden supaya dikaji semula Perlembagaan Umno (berhubung pemilihan parti)."Tetapi sebelum kita kaji perlembagaan itu, bubarkan lembaga disipllin umno terlebih dahulu," kata wakil Umno Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Katanya, beliau mencadangkan sedemikian "kerana lembaga ini buat kita berkelahi sesama sendiri/"Yang ini ambil tindakan, yang itu tidak... yang ini kena tindakan, yang ini biar."Kaji siapa mereka ini, kita bubar dan lantik yang lain , bukan semua yang datang ini politik wang," tambahnya ketika membahaskan usul ucapan terima kasih kepada ucapan presiden Umno.
Berhubung persepsi bahawa Umno lemah, Musa berkata: "Kita cakap Umno lemah, tetapi yang bagi umno lemah siapa? kita (sendiri)".Musa juga tidak bersetuju membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan politik wang dalam Umno."Tak payah bawa SPRM nak gempar kita, nak pantau kita."Lembaga disiplin buat kerja hampa, kami tahu kerja kami, depa ini orang Umno ke, ada bersemangat Melayu ke?"Nak cari salah orang senanglah...," katanya yang sering mendapat tepukan gemuruh para perwakilan.
Musa juga menyamakan kempen calon-calon Umno seumpama kempen 'Sure Heboh'.'Sure heboh'"Saya minta presiden baru nanti buatlah perubahan. Bercakap tentang politk wang, nak bersih, bersihkan sesama kita"Tak payah cerita dalam akhbar dan dalam TV. Panggil pemuda, panggil bahagian berjumpa."Bukan buat 'road show'...TV3 buat 'Sure heboh', Umno pun buat 'Sure heboh'"Panggil semua naik pentas satu-satu, macam ratu cantik terketek-ketek...yang dibawah pakat gelak...," katanya.Beliau juga menyindir calon-calon yang bertanding dalam pemilihan Umno kali ini."Pada masa ni, kita telefon jam 2 atau 3 pagi pun dia angkat, lepas ni saya harap jangan tukar nombor telefon...," tegas Musa.
No comments:
Post a Comment