Wednesday, August 12, 2009

Khutbah Khas & Solat Hajat Hadapi H1N1 Jumaat 14 Ogos

Penularan wabak H1N1 yang semakin serius di seluruh negara kini memerlukan ikhtiar bersepadu dari seluruh umat Islam. Di samping usaha mengesan pesakit-pesakit baru, program pencegahan dan pengasingan serta beberapa usaha drastik yang diambil oleh pihak kementerian kesihatan, maka menggandakan usaha pengaduan kepada Allah Azzawajalla juga perlu dipertingkatkan.

Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Besut menyeru agar hari Jumaat, 14 Ogos 2009 dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam untuk memuhasabah diri, berdoa dan bermunajat kepada Allah semuga masyarakat terpelihara dari penyakit yang sedang merebak kencang sejak hampir 3 bulan yang lalu.

Untuk tujuan tersebut masjid-masjid khususnya di kawasan Besut Terengganu diseru untuk memfokuskan khutbah Jumaat & solat hajat bagi memohon nusrah daripada Allah SWT dalam menghadapi bala daripada Allah SWT ini.
Demikian gesaan yang dibuat oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Zain, Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Besut sewaktu dihubungi sebentar tadi.



Tuesday, August 11, 2009

"Pertahankan MTT" - Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang

Ketibaan Tuan Guru Mursyid Disambut Bekas Pimpinan Pelajar IB

Tuan Guru Menyampaikan Taujihat & Amanat

Kenangan Himpunan Bekas Guru & Pelajar IB/MTT (1977-2009)

Kehadiran YB Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang ke Himpunan Bekas Guru & Pelajar Institiut Berakan (IB) / Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) pada 9 Ogos 2009 di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar berjaya menyuntik semangat kepada seluruh warga IB/MTT untuk terus bekerja keras sehingga hasrat untuk menegakkan Islam berjaya dilaksanakan.

Sewaktu tuan guru Presiden yang juga Mursyid IB/MTT tiba di pentas utama, al fadhil Dato' ustaz Haji Abu Bakar Chik menghentikan sementara ucapannnya. Oleh kerana keadaan tuan guru yang agak uzur tetapi menggagahi untuk hadir ke majlis tersebut, ianya telah mencetuskan suasana hiba para hadirin sehingga apabila Ustaz Abu Bakar Chik menyambung ucapannya, beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya menyebabkan sebahagian besar yang hadir turut menitiskan air mata.

Tuan Guru Haji Abd Hadi dalam ucapan ringkasnya turut mengingatkan agar usaha pendidikan yang lakukan oleh IB/MTT perlu didokong oleh semua pihak. PAS yang berjuang di atas dasar Islam tidak akan mengkesampingkan aspek pendidikan kerana ianya merupakan sebahagian daripada tunjang utama kepada kekuatan perjuangan. Dan di atas maksud itu, tuan guru mempertegaskan bahawa MTT mestilah dipertahankan dari segala usaha pengkhianatan oleh musuh-musuh Islam.

Ustaz Abu bakar Chik dalam ucapannya pula mengajak seluruh warga IB/MTT agar datang melawat sekolah yang dibangunkan atas keringat dan air mata masyarakat. Sambil mengimbau nostalgia penubuhan IB sehinggalah kepada perobohan kejam seluruh frasarana dan infrastruktur IB atas arahan dan kehendak kerajaan Barisan Nasinal negeri Terengganu di waktu itu yang melihat IB sebagai suatu ancaman kepada mereka. Kini, IB digantikan dengan penubuhan MTT bagi menyambung dan menampung keperluan masyarakat serta tuntutan perjuangan.

Bagi ustaz Abu Bakar Abdullah pula, beliau melahirkan kesyukuran dan kegembiraan yang tidak ternilai apabila dapat melihat kembali wajah-wajah yang pernah mendidik dan dididik di IB berhimpun dalam suatu warga dan keluarga yang semakin membesar. Beliau berharap semuga IB/MTT dapat didokong bersama oleh seluruh warga IB/MTT khususnya dan masyarakat amnya.





Monday, August 10, 2009

PM Barisan Nasional Ketepikan Fatwa...
























Fatwa Haram Yang Dipersendakan :
Mana nilainya di sisi Perdana Menteri Barisan Nasional...
Pak Lah Lawan. Najib Pun Lawan... Lawan Tetap Lawan.







PRK Permatang Pasir

Penamaan Calon 17 (Isnin) Pengundian 25 Ogos (Selasa) ...

Ayuh Para Pengundi Permatang Pasir!!! Bersatu untuk kalahkan BN dengan majoriti yang lebih besar....