Thursday, March 12, 2009

Bersihkan Diri Kamu Sebelum Bercita-Cita Untuk Jadi PM



Najib digesa agar segera membersihkan dirinya dari pertuduhan awam berkaitan beberapa kes berprofil tinggi yang dihadapinya. Antaranya yang terkini adalah pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Ekoran daripada itu Najib perlu bersedia untuk berhadapan dengan rakyat yang mahukan penjelasan. Laungan Kamu Pembunuh oleh seorang ahli parlimen pembangkang walaupun di buat di dalam Parlimen yang diberi imuniti, sudah cukup untuk memperlihatkan keresahan rakyat terhadap personaliti, moral & perilaku seorang yang dikatakan bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempuh terdekat....

Sunday, March 8, 2009

"Yahudi ke yang tembak kita baba...."





Sewaktu tiba di perkarangan masjid Negara, kelihatan ribuan rakyat telah mula berhimpun. Lokasi sah yang dipermitkan oleh pihak Polis untuk suatu perhimpunan rakyat sebelum mereka menjadi tetamu Istana. Sukar untuk kita percaya, kehadiran yang digerakkan oleh GMI dalam tempuh sebulan telah berjaya mensasarkan hampir 100,000 ribu rakyat. Rupanya bukan sahaja bangsa melayu yang beria-ia untuk mempertahankan bahasa ibunda mereka, namun masyarakat Cina, India, Bajau, Kadazan, Dusun, Murut dan seluruh warga bangsa Malaysia bersatu untuk bangkit membantah perlaksanaan PPSMI. Benar kata pujangga dan pejuang bahasa; rakyat jangan sekali-kali diperbodohkan. Rempuhan mereka ibarat air yang pecah di empangan. Jelas mereka memerlukan laluan untuk ke Istana Negara. Pemimpin mendepani rakyat, yang muda mengawal setia, yang tua turut bersama, anak-anak kecil dipimpin didukong, si ibu setia memimpin, si ayah mendukong, si tempang dipapah si buta dipimpin... Itulah suasana 7 Mac 2009. Hari keramat yang pasti sukar dilupai oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai amaran amarah rakyat untuk mereka yang bergelar pengkhianat.

Rakyat pasti tidak akan lupa kenangan yang mereka lalui. Mereka yakin tindakan ganas Israel terhadap rakyat di Palestin pasti akan berakhir. Hari tidak selamanya mendung, berarak awan cerahlah ia. Sebahagian anak-anak Palestin yang kudung kakinya, mereka masih tetap untuk terus berjuang dalam mempertahankan aqidah dan negara. Tragedi trajis yang disaksikan oleh dunia itu rupanya melekat dihati rakyat seantero dunia. Aku fikir puteri Sumaiyah adalah seorang daripadanya...

Disaat lautan manusia bergerak aman, bersalawat, berslogan, bertakbir dan berdisiplin menuju ke Istana Negara tiba-tiba mereka dihidangkan dengan gas beracun yang dilepaskan oleh mereka yang tidak berhati perut. Dua puteriku, Sumaiyah Humaira' yang ku dukong berusia 5 tahun dan Mujahidah Solehah 11 tahun yang dipimpin ibunya Nasriah turut berkongsi rasa mual, pedih dan menyakitkan. Setelah diarah berundur oleh sepasukan unit amal, kami mencari lokasi yang sedikit lengang untuk berteduh. Pertama kali aku melihat anakku Sumaiyah & Mujahidah menahan keperitan yang tidak pernah mereka rasai. Begitu juga dengan isteriku. Saat beberapa demonstrator yang lalu & meluahkan rasa simpati mereka, menghulurkan garam dan air mineral, di saat aku memujuk anak-anakku bersabar, tiba-tiba Sumaiyah bertanya dalam tangis kepedihan yang dirasainya : Yahudi ke yang tembak kita baba ? Aku terdiam. Sedih kerana melihat kesakitannya. Tapi aku gembira kerana dia sudah mula faham bagaimana bangsatnya Yahudi menembak umat Islam Palestin seolah-olah dia turut merasai percikannya...

Sekalong penghargaan dan tribute buat teman-teman 'tentera merah'. Semuga Allah merahmati Skuad Amal yang setia memagari rakyat.... Allahu Akbar.