Tuesday, April 7, 2009

Keputusan PRK Bukit Gantang : Isyarat Jelas Dari Rakyat Perak...

YAB Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak
Calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan majoriti - 2,789 undi berbanding 1,566 yang diperolehi pada 2008. Beliau mendapat (21,860), mengalahkan BN (19,071) dan Bebas (62). Dengan keputusan tersebut, jelas rakyat Perak perlu diberi peluang awal untuk menentukan kembali kerajaan negeri yang mereka kehendaki setelah berlaku rampasan kuasa yang menghancurkan sistem demokrasi yang menjadi amalan negara. Jika dalam tempuh setahun sahaja lebih seribu orang meninggalkan BN, saya pasti angka tersebut akan meningkat dengan lebih dahsyat jika BN menunggu untuk tempuh 4 tahun mendatang. Saya fikir kerajaan kita juga nanti pasti tidak selesa untuk memerintah jika wakil BN tidak ada di dalam persidangan DUN Perak....
Tuanku : rakyat mohon perkenan untuk bubarkan DUN Perak dengan kadar yang segera...