Saturday, February 28, 2009

Dalang Rampasan Kuasa Yang Akan Berdepan Dengan Amarah Rakyat






Laknat Allah terhadap mereka yang khianat. Kembalilah sebelum bala Allah menyantuni kamu... Takutlah doa orang-orang yang dizalimi...

Ya Allah... Makhluk apa nie....

Titah Ucapan Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, USM pada 29 Jun 1980.



"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"

Sabarlah Wahai Pejuangku...




Perjuangan tidak selalunya manis. Pahit mendatang pasti menjanjikan suatu hikmah yang tersembunyi... Sentiasalah kita mendampingi Allah di saat tenang dan senang apalagi dikala kita berdepan dengan ujian dan ranjau di sepanjang jalan. Allahlah tempat kita bergantung.

Khusus buat al akh YAB Dato' Seri Nizar. Rakyat Perak tetap berdiri teguh untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat meskipun UMNO dan Barisan Nasional akhirnya terpaksa menggunakan C4 untuk menghancurkan kerajaan ini. Hidup Hidup Hidup Rakyat. Hancur Hancur Hancur BN...

Tuesday, February 24, 2009

Wasiat Berani Syeikh Sya'rawi Depan Husni Mubarak

Umno: 269 calon bertanding, 900 aduan rasuah

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Dengan 269 calon yang bertanding merebut pelbagai jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno dan ketiga-tiga sayap parti itu pada pemilihan yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan, setakat November lalu sahaja 900 aduan rasuah telah diterima.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyifatkan rasuah pada pemilihan kali ini adalah paling serius.

Tidak diketahui berapa banyak kes rasuah sepanjang kempen pemilihan tersebut yang tidak diadukan.

Ketika mengecam gejala itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, jika orang yang menghulur rasuah menang dalam pemilihan Umno Mac ini, kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika yang menang adalah orang yang menghulur rasuah maka Umno akan dipimpin oleh perasuah.

"Dan kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika BM menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan," kata bekas Presiden Umno itu.

Tindakan membanteras rasuah di dalam Umno bagaimanapun ditentang oleh ahli-ahli parti itu.

30 Januari lalu, ahli-ahli Umno menunjuk perasaan membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras gejala politik wang ketika Majlis Tertinggi (MT) parti itu sedang bermesyuarat.

Mereka yang menunjuk perasaan di pekarangan Menara Dato Onn itu turut menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM itu.

Mereka membawa sepanduk-sepanduk yang tertulis "Kami menolak SPRM, boleh belah", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Lembaga disiplin sudah nyanyuk".

Penentangan sedemikian bukan sahaja datang dari ahli-ahli Umno.

Sebuah blog, politica-net.blogspot.com, yang dipercayai dikendalikan oleh seorang ahli parti itu mendedahkan ada "orang besar" menghalang siasatan ke atas salah seorang calon Timbalan Presiden Umno yang dibabitkan dengan hampir 400 dakwaan rasuah.

Monday, February 23, 2009

Lucunya nasihat PM supaya Zambry buat laporan polis kes gantung


Oleh : Dr Mahathir Mohamad

Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

Di mana pula tempat duduk YAB Zambry? Apa kata kalau Dato' Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat Zambry daripada berada dalam Dewan.

Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku. - chedet.co.cc/chedetblog_

Jom, rehat sekejap...

BN menunggu masa untuk tumbang - YB Teo Kok Seong




Jempol, Negeri Sembilan - YB Teo Kok Seong (gambar), Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bahau (DAP), menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihanraya Umum ke 12 telah menjadi pembuka tirai kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di masa akan datang.


Beliau menyatakan demikian sewaktu berceramah di Muassasah Darul Sharif, Batu Kikir, bagi meraikan kunjungan YB Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut, ahli parlimen Kuala Terengganu ke perlimen Jempol sebagai tanda terima kasih beliau kepada semua petugas-petugas yang membantu kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru in. Turut berucap YB Dato' Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat, sdr Zulkefly Mohd Haji Omar, Pesuruhjaya PAS negeri Sembilan dan YB Haji Taufik Abd Ghani, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.



YB Teo juga menyatakan keyakinannya bahawa rakyat telah memulakan gerakan untuk menumbangkan kerajaan BN melalui dua kemenangan bergaya di Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Kuala Terengganu. Sebab itu, kerajaan BN tidak berani untuk berdepan dengan rakyat di Perak melalui pilihanraya sebaliknya mengambil pendekatan secara pengecut dengan berselindung di sebalik istana dalam usaha mereka untuk merampas kerajaan negeri yang di pilih oleh rakyat. Tegas beliau dengan penuh semangat dengan disambut laungan takbir dan tepukan yang bergemuruh dari para hadirin.

YB Wahid terus diserbu...

YB Wahid tetap mesra tanpa mengira bangsa

Kegembiraan masyarakat terserlah bila berpeluang bersama YB Wahid

Sunday, February 22, 2009

Akhil Hayy - Royalti !!!

Jom, rehat sekejap....

'Kuasa Speaker tidak boleh dicabar' - Nizar

FELCRA SERIGALA, SLIM RIVER, 22 Feb (Hrkh) - Tanpa diduga, bidang kuasa Speaker yang luas pernah 'dicipta' dan diguna-pakai oleh Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun khususnya membabitkan negeri Perak,akhirnya telah 'memakan diri' apabila kuasa yang sama dilaksanakan untuk mengenakan tindakan gantung 18 dan 12 bulan ke atas Menteri Besar baru dan enam exco kerana didapati menghina Dewan.

Demikian dinyatakan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya kepada lebih 1,000 penduduk dan pengundi Dun Behrang di Felcra Kg Serigala dekat sini semalam.

Dengan pengantunggan itu katanya kerajaan BN yang hanya mempunyai 21 ahli dewan boleh dianggap 'lumpuh' apabila majoriti kerusi kini diperolehi oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai kelebihan kesemuanya berjumlah 28, yang secara tidak langsung menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah yang sah memerintah negeri ini.
Apatah lagi, sekiranya sidang Dun tidak dilakukan pada Mei ini, maka secara automatik pembubaran DUN sekaligus menyaksikan pilihan raya diadakan di seluruh negeri Perak.
"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.
"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar dengan penuh semangat sambil menggesa para pengundi menolak Umno dan BN dalam pilihan raya yang akan datang.
Nizar sekali lagi menegaskan kepada hadirin bahawa beliau adalah Menteri besar yang sah, yang dilantik Sultan dan tidak menerima sebarang pembatalan ke atas jawatannya itu.
"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Beliau menjelaskan jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.
Sebelum itu beliau mencabar Umno-BN untuk berhadapan secara 'jantan' dalam pilihan raya dan bukannya melakukan kerja-kerja yang tidak beretika yang disifatkan sebagai pengecut dan melalui pintu belakang tanpa mengambil kira hak rakyat untuk memilih kerajaan sedia ada.
"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.

"Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" lantang suaranya dengan di sambut sorakan, laungan takbir dan tepukan gemuruh hadirin.
Sambil mencebis ayat al-Quran yang berbunyi antaranya:" Mereka merancang tipu daya, Allah juga lebih hebat perancangan tipu daya-Nya," katanya dan menyeru kepada para penyokong supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan terjebak dengan hasutan pihak-piahk yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum itu, ceramah yang dimulai jam 9.00 malam anjuran Markas PAS Kg. Serigala ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor Dato' Zainal Abidin, Adun Gopeng Lee Boon Chai, Adun Sungkai Sivaratnam dan Setiausaha Politik MB, Misbahul Munir.
Kehadiran luar biasa orang ramai yang disertai oleh puluhan masyarakat kaum Cina dan India menunjukkan sokongan padu terhadap kerajaan Nizar masih utuh dan mantap.
Biarpun, terpaksa melalui dua sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa, meletakkan kenderaan sejauh satu kilometer dan terpaksa berjalan kaki jauh ke pelusuk kampung, namun masyarakat setempat masih terus berpusu-pusu memenuhi pekarangan markas PAS itu untuk mendengar amanat dan kata-kata semangat daripada Nizar dan rakan seangkatannya.

Turut menarik perhatian di markas itu digantung sehelai kain rentang yang bertulis:" Ya-Allah, Ya Tuhanku. Engkau berikanlah pengajaran pada Jamaluddin pengkhianat yang telah mengkhianati manah pengundi-pengundi Dun Behrang. Amin."

Nizar sebelum mengakhiri ucapannya selama satu jam itu menggesa supaya penyokong dan ahli Umno meninggalkan parti itu yang terang-terang melakukan penyelewengan dan kezaliman kepada rakyat, sehingga sanggup merampas hak rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri ini.

Beliau memetik surah al-Haj yang bermaksud:" Jangan sesekali kamu cenderung kepada kezaliman, nanti kelak kamu akan di sambar api neraka..."katanya memberi ingatan kepada penyokong kepada kemungkaran dan kezaliman.

"Esok (hari ini) saya akan tinggalkan kediaman rasmi Menteri Besar jam 11.00 pagi. Biarlah mereka nak ambil rumah itu sebab bukan itu kita rebutkan. Yang penting adalah amanah 2.4 juta rakyat Perak kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab,"katanya sambil disambut laungan takbir orang ramai.
Majlis bersurai secara aman kira-kira 12.30 tengah malam tadi biarpun berlaku kesesakan jalan raya akibat kenderaan yang terlalu banyak di sisi jalan berhampiran kawasan ceramah tersebut.

Anak Pengerusi SPRM Ditangkap - Malaysiakini


Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Rasuah Khir Toyo didedah - Malaysiakini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu. Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apatmen di Makkah “untuk tujuan yang meragukan”. Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Komentar : Dedahkan penyelewengan group elit UMNO/BN secara tersusun. Mulakan di Selangor kemudian Kedah diikuti Pulau Pinang dan Perak. Kita tidak pasti apakah penyelewengan mereka di Kelantan sebelum Tok Guru Nik Aziz mengambilalih pemerintahan pada tahun 1990. Yang pasti PPRT adalah satu daripada matarantai cengkaman jahiliah mereka terhadap rakyat tok guru...