Monday, February 23, 2009

BN menunggu masa untuk tumbang - YB Teo Kok Seong




Jempol, Negeri Sembilan - YB Teo Kok Seong (gambar), Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bahau (DAP), menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihanraya Umum ke 12 telah menjadi pembuka tirai kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di masa akan datang.


Beliau menyatakan demikian sewaktu berceramah di Muassasah Darul Sharif, Batu Kikir, bagi meraikan kunjungan YB Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut, ahli parlimen Kuala Terengganu ke perlimen Jempol sebagai tanda terima kasih beliau kepada semua petugas-petugas yang membantu kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru in. Turut berucap YB Dato' Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat, sdr Zulkefly Mohd Haji Omar, Pesuruhjaya PAS negeri Sembilan dan YB Haji Taufik Abd Ghani, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.



YB Teo juga menyatakan keyakinannya bahawa rakyat telah memulakan gerakan untuk menumbangkan kerajaan BN melalui dua kemenangan bergaya di Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Kuala Terengganu. Sebab itu, kerajaan BN tidak berani untuk berdepan dengan rakyat di Perak melalui pilihanraya sebaliknya mengambil pendekatan secara pengecut dengan berselindung di sebalik istana dalam usaha mereka untuk merampas kerajaan negeri yang di pilih oleh rakyat. Tegas beliau dengan penuh semangat dengan disambut laungan takbir dan tepukan yang bergemuruh dari para hadirin.

No comments: