Thursday, June 25, 2009

Al Fatihah... Malaysiakini


Cikgu Mohd Nizar Zainuddin Meninggal Di Sarawak


- Bekas Guru SK Sungai Sampo, Negeri Sembilan (2006-2008)
- Memohon pertukaran secara sukarela ke Sarawak
- Mula bertugas di SK Abon Matu, Belaga, Kapit, Sarawak (Januari 2009)
- Meninggal di Sungai Batang Rajang, Belaga, Kapit, Sarawak (21 Jun 2009)
- Dikebumikan di Pasoh 3, Jelebu, Negeri Sembilan

Takziah untuk ibu bapa & ahli keluarga beliau. Al Fatihah...

Monday, June 22, 2009

Kenyataan Khas Al Mursyidul Am PAS

Alhamdulillah. Masa untuk kita kembali merapatkan sof...




KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang tadi mengumumkan menarik balik kenyataannya yang mahu Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.Tok Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di Pejabat Agung PAS di ibu negara.


Kenyataan penuh Tok Guru Nik Aziz bernada begini:"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di Pejabat Agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.


"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair."Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.


"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."


Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ustaz Nasharuddin, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas Naib Presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nuridah Mohd Salleh.

Sunday, June 21, 2009

Debaran Menunggu Kebijaksanaan Pimpinan


Malam ini akan terlerai suatu episod sebuah kekhilafan dalam menterjemahkan maksud idea 'Kerajaan Perpaduan' sebagaimana yang diutarakan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Presiden PAS.

Tidak dapat disembunyikan lagi bagaimana panasnya isu ini dipublishkan. Momokan yang sengaja dicanang oleh pihak-pihak media sehingga menggugat wibawa, tsiqah, wala' dan janji setia kita kepada Allah, Rasul & pimpinan di kalangan kita.

Bagaikan halilintar memanah, menerkam dan menggoncang setiap sudut pergerakan kepimpinan, mengulas setiap kalimah dan memaki hamun golongan qiadah bagaikan hilangnya rasa mahabbah dan tautan ukhuwah yang terbina sekian lama melalui proses tarbiyah bermarhalah yang bukan sahaja dilalui secara teorinya tetapi turut diredah secara fizikal.

Dimanakah rasa hormat kita dalam berbicara apabila menyentuh peribadi seorang pemimpin. Meskipun ianya sekadar klosa-klosa yang dipaparkan dalam blog-blog, ia tidak akan dapat dipisahkan dari pengadilan Ilahi. Allah tidak memerlukan kerja-kerja forensik untuk mengenali para blogers. Allah punyai kehebatan yang merentasi sempadan geografi dan gelombang maya. Lupakanlah polimek yang terbina dikala kita bermuktamar, kerana ianya telah pun selesai dan diperjelaskan. Tiada yang menang dan tiada yang kalah. Kerana kerja jamaah mesti diteruskan walaupun kita tidak memimpin gerakan. Kalaupun ada yang tewas, pastinya Allah melapangkan sedikit tanggungjawab kita. Dan bagi yang memimpin, ingatlah Allah menunggu untuk kita dibicarakan.

Marilah kita berlapang dada. Berdiri teguh dibelakang kepimpinan. Usahlah bekerja untuk memecahkan kekuatan kita dari dalam kerana itu kerja para munafiqin yang pasti akan dilaknat oleh Allah 'Azzawajalla. Janganlah kita mengambil peranan musuh dalam menjahanamkan jamaah kita. Lupakah kita kepada bai'ah dan janji setia kita untuk sehidup dan semati bersama-sama di dalam perjuangan. Marilah kita berlapang dada dalam menerima keputusan yang akan diambil oleh pimpinan. Tunggulah kebijaksanaan pimpinan kita dalam menentukan hala tuju, visi dan misi perjuangan. Hijau kata mereka hijaulah kata kita. Kita adalah Ansorallah.