Sunday, June 21, 2009

Debaran Menunggu Kebijaksanaan Pimpinan


Malam ini akan terlerai suatu episod sebuah kekhilafan dalam menterjemahkan maksud idea 'Kerajaan Perpaduan' sebagaimana yang diutarakan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Presiden PAS.

Tidak dapat disembunyikan lagi bagaimana panasnya isu ini dipublishkan. Momokan yang sengaja dicanang oleh pihak-pihak media sehingga menggugat wibawa, tsiqah, wala' dan janji setia kita kepada Allah, Rasul & pimpinan di kalangan kita.

Bagaikan halilintar memanah, menerkam dan menggoncang setiap sudut pergerakan kepimpinan, mengulas setiap kalimah dan memaki hamun golongan qiadah bagaikan hilangnya rasa mahabbah dan tautan ukhuwah yang terbina sekian lama melalui proses tarbiyah bermarhalah yang bukan sahaja dilalui secara teorinya tetapi turut diredah secara fizikal.

Dimanakah rasa hormat kita dalam berbicara apabila menyentuh peribadi seorang pemimpin. Meskipun ianya sekadar klosa-klosa yang dipaparkan dalam blog-blog, ia tidak akan dapat dipisahkan dari pengadilan Ilahi. Allah tidak memerlukan kerja-kerja forensik untuk mengenali para blogers. Allah punyai kehebatan yang merentasi sempadan geografi dan gelombang maya. Lupakanlah polimek yang terbina dikala kita bermuktamar, kerana ianya telah pun selesai dan diperjelaskan. Tiada yang menang dan tiada yang kalah. Kerana kerja jamaah mesti diteruskan walaupun kita tidak memimpin gerakan. Kalaupun ada yang tewas, pastinya Allah melapangkan sedikit tanggungjawab kita. Dan bagi yang memimpin, ingatlah Allah menunggu untuk kita dibicarakan.

Marilah kita berlapang dada. Berdiri teguh dibelakang kepimpinan. Usahlah bekerja untuk memecahkan kekuatan kita dari dalam kerana itu kerja para munafiqin yang pasti akan dilaknat oleh Allah 'Azzawajalla. Janganlah kita mengambil peranan musuh dalam menjahanamkan jamaah kita. Lupakah kita kepada bai'ah dan janji setia kita untuk sehidup dan semati bersama-sama di dalam perjuangan. Marilah kita berlapang dada dalam menerima keputusan yang akan diambil oleh pimpinan. Tunggulah kebijaksanaan pimpinan kita dalam menentukan hala tuju, visi dan misi perjuangan. Hijau kata mereka hijaulah kata kita. Kita adalah Ansorallah.

No comments: