Saturday, June 13, 2009

Ustaz Fathi Yakan kembali ke rahmatullah

Al-fadhil ustaz Dr. Fathi Yakan telah meninggalkan kita pagi tadi.. Lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumor 76 tahun... Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.. Sila lihat web ikhwan jordan utk kesahihan berita tersebut.. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' : http://www.ikhwan-jor.com/.


Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.Al-fatihah...

1 comment:

Anonymous said...

Kalu nak dikira ramai dah ulamak-ulamak Arab tapi........bangsa Arab masih lemah.Para ulamak gagal membangkitkan kesedaran secara menyeluruh terhadap Islam. Maka terjadilah sebagaimana sekarang.Islam hanya wujud di bibir di kalangan ulamak Arab sahaja.