Tuesday, June 9, 2009

Perkukuhkan Sof Untuk Hadapi UMNO & Barisan Nasional





Muktamar Agung Tahunan PAS kali ke 55 telah melabuhkan tirainya pada 7 Jun setelah para muktamirin berkampung di Stadium Melawati, Selangor selama 4 hari 3 malam. Rasa puas, gembira, ceria dan seronok terpancar diraub wajah para tetamu kepada YB Dato' Pesuruhjaya PAS Selangor yang mengepalai pasukan tuan rumah. Benarlah ungkapan YB Timbalan Presiden bahawa penganjuran kali ini dilihat sebagai yang paling berjaya pernah dilakarkan.


Penting bagi kita untuk menghayati ungkapan dan mutiara kata yang disampaikan oleh para pimpinan dalam melangsungkan perjuangan kita bagi tempuh mendatang. Kejayaan anggota dan pimpinan parti dalam menterjemahkan ucapan dasar presiden setahun yang lalu : PAS FOR ALL telah menggamit penyertaan masyarakat bukan Islam untuk bersama-sama membadai ombak kerakusan jahiliah ciptaan UMNO & Barisan Nasional.


Juak-juak dan juragam tegar UMNO yang dulunya senentiasa menghulurkan muncung-muncung mereka untuk disarungmuncungkan oleh para pemimpin UMNO kini sudah mula membuka mata ekoran peningkatan indeks sokongan masyarakat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka kian menyepi ketika suara rakyat semakin garau, gah dengan selogan dan petah berbicara dengan semangat yang membara.


Sikap keterbukaan yang ada kepada pimpinan PAS telah berjaya meleraikan jarum-jarum yang penuh dengan karat untuk terus menerjah ke urat nadi para pendokong perjuangan Islam. Mereka merancang untuk melemahkan kita, mengadudombakan pimpinan dan anggota kita, memecahkan benteng dan pengkalan perjuangan kita dengan senjata dan bom jangka serta C4 yang mereka miliki. Namun jelas mereka gagal untuk kesekian kalinya...


Saya amat menghormati 2 tokoh pimpinan kita yang turut menawarkan diri untuk kerusi Timbalan Presiden. Sepatah kata YB Dato' Paduka Husam Musa bahawa beliau akan tetap berjuang bersama PAS meskipun tewas dalam pemilihan kali ini. Sambil merekamkan ucapan tahniah kepada YB ustaz Nasharuddin Mat Isa, beliau berharap PAS akan terus terpelihara dari sebarang percubaan khianat musuh.


Juga ungkapan kata-kata yang penuh kiasan, pantun al akh Tuan Haji Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan sapaan abang mat, mengharapkan para ulamak akan meluruskan perjalanan parti dalam ertikata yang sebenar. Pengalaman beberapa orang pimpinan dari kelompok ulamak yang meninggalkan perjuangan Islam telah merobek hatinya sebagai seorang pejuang. Jelas, beliau gementar tatkala dikelilingi para ulamak yang tidak jujur. Lantas dengan pengalaman masa lampau itu beliau mengungkapkan serangkap pantun :"Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, Intailah aku sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan,"


Inilah dia contoh penampilan kehidupan manisnya berjuang. Menawarkan diri berasaskan Fastabiqul Khairat... bukan sama sekali berteraskan perlumbaan untuk merebut jawatan. Tiada gahnya jawatan kerana ianya adalah amanah yang pasti akan dipersoalkan. Dan penyoalnya adalah Qadhi Rabbul Jalil...


Benarlah kata-kata YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden bahawa PAS adalah bahtera yang selamat untuk dinaiki. Mereka yang meninggalkan bahtera ini pasti akan menyesal dan terpinggir dari arus intifadhah yang bakal melanda.... Marilah kita teruskan perjuangan kerana berjuang itu manis...

No comments: