Thursday, April 2, 2009

PM Yang Berdepan Bantahan Rakyat...


Perdana Menteri Malaysia Ke 6, Najib Tun Razak dijangka berdepan dengan amarah rakyat yang akan dizahirkan melalui kertas undi di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau, 4 hari selepas perlantikan beliau ke kerusi yang penuh kontroversi berasaskan pertuduhan awam terhadapnya.

Negara akan menggalas satu bebanan dan laibaliti maruah apabila berPerdanaMenterikan seorang yang terpalit skandal yang mengaibkan. Rakyat akan bangkit menuntut penghakiman terbuka dikala sistem yang memayungi keadilan mereka diratah dan dikhianati oleh tangan-tangan yang berlumuran dengan dosa dan noda.

Semuga Allah memendekkan tempuh penguasaan Kerajaan Barisan Nasional... Amin.

Zahid : "Saya tahu apa yang saya buat..." Malaysiakini


Jika inilah wajah & pemikiran Islam Hadhari yang cuba diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, sah UMNO sememangnya lari juah meninggalkan Islam...

Zahid Yang Tidak Zuhud...Malaysiakini





Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

Komentar : Di mana perginya konsep Matlamat Tidak Menghalalkan Cara yang Dato' selalu diungkapkan...

Siti Nurhaliza akhirnya temui Nik Aziz...Malaysiakini


Ketika seluruh negara tertumpu ke tiga pilihanraya kecil dan Istana Negara, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini membuat satu kejutan - bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Penyanyi nombor satu itu membuat kunjungan hormat ke atas menteri besar Kelantan selepas "sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut", lapor Harakahdaily.net.

Selepas kunjungan bersama suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, beliau dilaporkan menzahirkan rasa syukur kerana hasratnya menjadi kenyataan. "Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat. "Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa," beliau dipetik berkata.

"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi."Siti Nurhaliza menambah, mursyidul am PAS seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama. Menurut laporan akhbar rasmi parti itu, pertemuan di pejabat menteri besar di Kota Bharu berlangsung kira-kira setengah jam.

Penyanyi manis ini - lebih mesra dengan panggilan Siti - mengambil peluang bertemu Nik Abdul Aziz selepas diundang membuat persembahan pada majlis Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda malam tadi. Sempena kunjungan itu, Siti Nurhaliza dan tokoh PAS itu bertukar-tukar cenderahati. Kakitangan pejabat menteri besar dan pejabat berdekatan di Kota Datul Naim turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar, lapor laman web itu lagi

Wednesday, April 1, 2009

PAS Jempol dapat YDP baru...


Sdr. Abd Rahman Bin Ramli - Yang DiPertua

Ustaz Ramli Abu Bakar Al Hafiz - Ketua Urusan Ulamak



Ustaz Mohd Fairuz Bin Haji Mohd Isa - Ketua Pemuda

Ustazah Hajah Siti Mariam Bt. Na'am - Ketua Muslimat



Sekitar Hari Penamaan Calon PRK Parlimen Bukit Gantang


Bersama seorang penulis blog terkenal Nik Hassan Azmi...

Kenangan bersama teman-teman seperjuangan dari Terengganu
Kelihatan Ustaz Wan Shukairi (Setiausaha DPP Terengganu), Ustaz Abd Aziz Abas (Mantan ADUN Kg. Raja) dan Haji Mahyuddin Haji Awang Dagang (Chukai, Kemaman)

Kehadiran Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamak PAS Johor turut memberi semangat kepada anak-anak muda di Bukit Gantang.





Perwakilan UMNO tolak Shahrir...

Keputusan pemilihan ahli Majlis Tertinggi UMNO menyaksikan seorang tokoh yang dianggap lebih bersih dari yang lain tewas dalam pemilihan baru-baru ini. Datuk Shahrir Abd Samad dikira seorang yang berperinsip, komited dan bersikap terbuka. Perletakan jawatannya juga menggambarkan beliau seorang yang tegas dan bermaruah. Apa pun, penolakan perwakilan UMNO terhadap beliau dilihat oleh sebahagian besar rakyat bahawa pemimpin yang sepertinya tidak wajar diberikan tempat di dalam hiraki kepimpinan UMNO di bawah Presiden baru yang tercalit segala macam pertuduhan, kes dan skandal yang memualkan.... Rasanya Datuk Shahrir perlu istikharah untuk mendapatkan suatu petunjuk dari Yang Maha Esa...

Tuesday, March 31, 2009

"Umno berubah dari kurang baik kepada teruk"

Dato' Dr Haron Din
Timbalan Mursyidul Am PAS

"Umno hanya berubah daripada pemimpin yang kurang baik kepada yang lebih teruk..."

Najib Luluskan 10 Lesen Judi

Sunday, March 29, 2009

Dr M perlu komited serang perasuah...Malaysiakini


Nampaknya bukan sahaja pemimpin dan pengikut UMNO yang terkejut dengan kehadiran Dr M pada hari terakhir perhimpunan Agung UMNO, tetapi rakyat juga turut bingung melihat situasi itu. Baru semalam Dr M melafazkan kalimah yang mulia apabila menyatakan namanya akan rosak apabila berada bersama-sama dengan perasuah (yang dimaksudkan ialah Khairy) di dalam sesuatu majlis.

Tiba-tiba lain pulak jadinya. Saya fikir, komitmen penting untuk masyarakat meletakkan tahap kredibiliti terhadap seseorang. Apabila komitmen itu terhakis, maka hilanglah penghormatan kita terhadap seseorang. Lebih mensasaukan pemikiran ramai orang apabila kedudukannya ditengah-tengah antara Najib dan Abdullah. Bahkan senyumannya amat mengerikan... Sedang beliau bukan pun ahli UMNO yang perlu ditatang hormat semulia itu... Mungkin rakyat mengintepretasikan kes ini sebagai permulaan kepada penjelmaan wajah sebenar betapa sinisnya Najib terhadap Pak Lah.

Dr M memang seseorang yang bijak. Apa pula strateginya kali ini...