Thursday, February 12, 2009

Jebat Durhaka...


Dia (Hang Tuah) telah terfitnah kak. Ini semuanya angkara Tun Teja. Titis air mata yang mengalir akan ku sukat dengan darah mereka yang bertanggungjawab. Mereka berniaga dengan darah, juga darahlah akan ku bayar hutangnya" -"Demi Allah aku bersumpah, bumi dan tumbuh-tumbuhan menjadi saksi. Setitik darahmu gugur ke bumi, abang Tuah, akan ku basahkan bumi Melaka ini dengan darah""Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!"

Filem: Hang Jebat

"Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil!!""Sekarang saudara-saudara tinggal di sini, aku mahu menghadiri jamuan Patih Karma Vijaya. Boleh jadi dia merayakan harijadinya.. atau merayakan hari kematian Tuah"

Filem: Hang Tuah

No comments: