Monday, February 2, 2009

Menanti Kemunculan Erdogan Dari Persidangan UMNO


Keberanian rakyat Malaysia menempelak UMNO & teman-teman sekomponan BN dalam Pilihanraya Umum Ke 12 terus menerus menghantui parti yang semakin uzur itu. Setelah gagal menjajah Kelantan, BN hilang kuasa di Kedah, Perak, Selangor & Pulau Pinang. Hukuman yang dijatuhkan itu tidak difahami oleh group saluran 1, 2, 3, 4 dan 5 dalam kepimpinan UMNO. Mereka angkuh & sombong seolah-olah ianya hanyalah mimpi biasa bapak presiden di kerusi empuknya yang semakin digoyang.
Barangkali benar, kerusi Permatang Pauh memang kubu DSAI. Dan ianya tidak mengurangkan bilangan kerusi BN di Parlimen. Namun Kuala Terengganu menggambarkan sinario yang berbeza. Dulu menang kini kalah. Bahkan majoriti kekalahannya amat dahsyat. Saya yakin pasti ada pemimpin UMNO yang terkena demam panas.
UMNO telah melantik panel & anggota doktor yang pakar untuk merawat penyakit yang membarah dalam tubuh mereka yang semakin mengecut. Pengerusi Lembaga Disiplin yang diketuai oleh TAR telah memanggil sidang akhbar sepertimana lagaknya panel yang merawat bapak-bapak presiden yang sedang dijenguk syeikh Malikil Maut. Saya pasti setiap cadangan yang dikemukakan pasti diterima oleh kerajaan & parti bapak presiden yang sedang tenat itu asalkan dia dapat diselamatkan.
TAR telah mencadangkan tangan, kaki dan telinga bapak presiden mesti dipotong kerana kuman penyakit kencing manisnya sedang merebak. Dalam ertikata yang lain, Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri dan Puteranya perlu dibubarkan kerana di sanalah antara punca politik ala jahiliyah membiak.
Bagaikan baru pulang dari usrah, seluruh kepimpinan utama parti purba versi Hadhari itu senada menolak, marah, meradang dan menendang pandangan jujur TAR. Kesian TAR. Bukan salah dia. Dia sudah semakin dekat dengan tuhanNya. Dia tahu ibarat dirinya kini, rumah kata pergi, kubur kata mari. Dia tidak ada apa-apa kepentingan. Dia jujur. Dia ikhlas. Tapi itulah nilai sebuah kejujuran dan keikhlasan dalam partinya. Yang jujur biasanya terpinggir. Dia mahu menyelamatkan partinya sebelum dia pergi. Saya pasti dengan penolakan cadangannya itu, tiada yang pasti kini sama ada dia atau partinya yang akan mendahului perjalanan terakhir menuju Allah.
Yang pasti persidangan Mac 2009 akan tiba. Kalau diambil kira kemungkinan Pilihanraya Kecil Behrang & Changkat Jering Perak diadakan, Pengerusi SPR dan Presiden UMNO perlu berunding untuk tarikh bila diadakan. Samada pilihanraya di dahulukan atau sebaliknya. Namun bakal Presiden pastinya lebih selesa jika dia lebih dahulu berkuasa sebelum PRK diadakan. Imejnya tercalar teruk bermula PRU ke 12 diikuti Permatang Pauh & Kuala Terengganu. Jika pilihanraya kecil Perak didahulukan rasanya Cikgu Faris Musa and the gang akan berkampung di sana bersama-sama wajah Altantuya yang masih mencari siapa pembunuhnya.
Apapun Erdogan telah menunjuk jalan agar pemimpin dunia menghormati kebenaran. Saya kira rakyat Malaysia akan setia menanti kemunculan Erdogan yang akan bertindak meninggalkan persidangan setelah teguran, nasihat dan pandangan tidak dipedulikan. Samada pandangannya didengar untuk ditolak atau mungkin ucapannya bergegar tetapi pemimpinnya lena seperti lazimnya... Kul : Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un.

No comments: