Sunday, March 8, 2009
"Yahudi ke yang tembak kita baba...."
Sewaktu tiba di perkarangan masjid Negara, kelihatan ribuan rakyat telah mula berhimpun. Lokasi sah yang dipermitkan oleh pihak Polis untuk suatu perhimpunan rakyat sebelum mereka menjadi tetamu Istana. Sukar untuk kita percaya, kehadiran yang digerakkan oleh GMI dalam tempuh sebulan telah berjaya mensasarkan hampir 100,000 ribu rakyat. Rupanya bukan sahaja bangsa melayu yang beria-ia untuk mempertahankan bahasa ibunda mereka, namun masyarakat Cina, India, Bajau, Kadazan, Dusun, Murut dan seluruh warga bangsa Malaysia bersatu untuk bangkit membantah perlaksanaan PPSMI. Benar kata pujangga dan pejuang bahasa; rakyat jangan sekali-kali diperbodohkan. Rempuhan mereka ibarat air yang pecah di empangan. Jelas mereka memerlukan laluan untuk ke Istana Negara. Pemimpin mendepani rakyat, yang muda mengawal setia, yang tua turut bersama, anak-anak kecil dipimpin didukong, si ibu setia memimpin, si ayah mendukong, si tempang dipapah si buta dipimpin... Itulah suasana 7 Mac 2009. Hari keramat yang pasti sukar dilupai oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai amaran amarah rakyat untuk mereka yang bergelar pengkhianat.
Rakyat pasti tidak akan lupa kenangan yang mereka lalui. Mereka yakin tindakan ganas Israel terhadap rakyat di Palestin pasti akan berakhir. Hari tidak selamanya mendung, berarak awan cerahlah ia. Sebahagian anak-anak Palestin yang kudung kakinya, mereka masih tetap untuk terus berjuang dalam mempertahankan aqidah dan negara. Tragedi trajis yang disaksikan oleh dunia itu rupanya melekat dihati rakyat seantero dunia. Aku fikir puteri Sumaiyah adalah seorang daripadanya...
Disaat lautan manusia bergerak aman, bersalawat, berslogan, bertakbir dan berdisiplin menuju ke Istana Negara tiba-tiba mereka dihidangkan dengan gas beracun yang dilepaskan oleh mereka yang tidak berhati perut. Dua puteriku, Sumaiyah Humaira' yang ku dukong berusia 5 tahun dan Mujahidah Solehah 11 tahun yang dipimpin ibunya Nasriah turut berkongsi rasa mual, pedih dan menyakitkan. Setelah diarah berundur oleh sepasukan unit amal, kami mencari lokasi yang sedikit lengang untuk berteduh. Pertama kali aku melihat anakku Sumaiyah & Mujahidah menahan keperitan yang tidak pernah mereka rasai. Begitu juga dengan isteriku. Saat beberapa demonstrator yang lalu & meluahkan rasa simpati mereka, menghulurkan garam dan air mineral, di saat aku memujuk anak-anakku bersabar, tiba-tiba Sumaiyah bertanya dalam tangis kepedihan yang dirasainya : Yahudi ke yang tembak kita baba ? Aku terdiam. Sedih kerana melihat kesakitannya. Tapi aku gembira kerana dia sudah mula faham bagaimana bangsatnya Yahudi menembak umat Islam Palestin seolah-olah dia turut merasai percikannya...
Sekalong penghargaan dan tribute buat teman-teman 'tentera merah'. Semuga Allah merahmati Skuad Amal yang setia memagari rakyat.... Allahu Akbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam saudara.
Kenapalah begitu singkat akal bawa anak2 buat demonstrasi. Apalah salah anak2 tu. Apa la yg mereka mengerti tentang ppsmi tu. Kenapalah bebankan mereka sebegitu rupa. Ada byk cara nak ajar anak2 ttg pengorbanan. Demontrasi bukanlah kaedahnya.
Tahu anak2 org lain tanya apa bila tgk demo tu, baba kenapa orang Islam lawan sesama Islam di Malaysia ni?
Kononnya nak tegakkan bahasa Melayu dan perjuangan bangsa tdk hanya isu ppsmi di negara ni. Lebih banyak isu yg lebih besar kalau setakat nak perjuang bab bahasa ni. Nak gak tanya, bulan ni dah berapa kali buka buku dewan bahasa sebelum tulis artikel?
-tom tem bak-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua .
apalah salahnya kita menggunakan bahasa Inggeris ?.Ia salah satu cabang ilmu yang bermanfaat juga .Bukankah menuntut Ilmu itu wajib.
saya hairan bagaimana cendiakawan berumur memprotes usaha masyarakat Malaysia untuk maju .Tambah buruk pula bila politik jumud masuk campur .
Otak dan akal manusia ni boleh belajar banyak perkara dan tak mungkin kerana menggunakan Inggeris kita jadi semakin bodoh .
Salam tuan,
Tahniah di atas keberanian tuan membawa anak-anak. Perjuangan ini tidak akan dihentikan.
Saya ingin menjemput tuan ke Seminar Halatuju Dasar PPSMI Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan 2009, 14 Mac. Datuk Hassan Ahmad dan beberapa pembentang yang hebat akan membentangkan kertas kerja. Sila lawati www.seminar-ppsmi.blogspot.com
Sekian, terima kasih.
TAhniah tuan, jangan dengor apa puak2 Yahudi tu cakap. Kita di jalan benar, saya pun kena juga.. hancur Yahudi.. hancur FRU hancur BN
Kepada Mereka Yang Beria-ia Pertahankan PPSMI,
Saya yaqin sdra semua bercakap hanya atas pandangan sdra melihat anak-anak sendiri. Punya wang untuk hantar anak ke tiusyen, punya kepandaian untuk ajar anak sendiri ....tak pernah berfikir atas kasut orang lain. Belajarlah untuk berjuang bagi anak-anak nelayan yang bapa mereka tu tak tahu "one" itu satu, belajarlah untuk bela nasib anak-anak peneroka yang ibu dan ayah mereka tak tahu bahawa getah yang mereka toreh hari-hari itu apa istilah Inggeris. Saya adalah manusia yang paling kuat membantah PPSMI walaupun anak saya sering dapat no 1 dalam keseluruhan sekolah dari darjah 1 hingga darjah 5...
Kenapalah ada lg org melayu yg singkat akal..Kami yg turun padang bantah PPSMI bukan utk anak2 kami je tapi utk anak tuan2 yg hanya pandai perlekeh org2 yg berjuang pertahan bahasa melayu,utk anak2 polis/FRU yg duk aniaya sembur airkimia/tembak gas,utk anak2 SB2 yg pandai buat provokasi.utk anak melayu generasi akan datang..
Sapa kata tak boleh guna bahasa Inggeris..Nak cakap Inggeris cakaplah..tapi bukan menjadikan ianya bahasa utk menggantikan bahasa melayu..
Tuan,negara majupun guna bahasa ibunda dalam mengejar kemajuan..tengok jepun,korea dsbnya.
Tuan ingat org yg turun padang bantah PPSMI tu tak pandai bahasa Inggeris ke??
Kami tak mahu bahasa melayu menjadi seperti tulisan jawi satu masa dulu..Bila anak2 tak tahu baca jawi,barulah sibuk cari formula baru utk pulihkan balik keadaan..
Sekurang2nya kami bangga menceritakan pd anak cucu kami yg atuk nenek mereka turut serta dalam mempertahankan bahasa ibunda dari dipijak2 oleh golongan yg bernafsu besar...tuan2 yg sokong..apa yg nak dibanggakan dgn anak cucu..orang melayu bahasa Inggeris???
Salam saudara,
Dah 6 tahun rundingan meja bulat gagal utk membuka mata Menteri Pelajaran utk mansuhkan PPSMI. Jalan yg terpaksa diambil akhirnya turun ke jalan raya untuk mnyatakan betapa tidak setujunya rakyat terhadap PPSMI..
Ibubapa yg bawa anak2 kerana mereka tahu ianya perjuangan mendaulatkan bahasa melayu,mansuhkan PPSMI bukan demo turunkan PM atau TPM atau turunkan Menteri Pelajaran..
Jangan cakap pasal buku2 Dewan Bahasa kalau andapun termasuk dalam golongan yg nak mematikan bahasa Melayu.
Salam.
Teruskan perjuangan, ustaz!
Wassalam.
Ustaz,
Coretan ini saya pautan pada Kumpulan Kembara Bahasa (KKB). Saya juga sudah memasukkan nama ustaz sebagai ahli.
Saya faham ustaz sibuk. Namun, saya masih berharap ustaz sudi menujenguk KKB sesekali.
Selamat meneruskan perjuangan.
Wassalam
Post a Comment