Wednesday, October 7, 2009

Ayuh ! Turun bantu di Bagan Pinang. UMNO makin terdesak....


Kenyataan terkini Najib bahawa UMNO/BN lebih berhajatkan kemenangan dari berbincang soal majoriti yang akan dicapai membayangkan kegusaran dan kebimbangan beliau tentang keputusan yang bakal diumumkan pada malam 11 Oktober nanti.

Mereka semakin terdesak dengan isu-isu yang menghantui kempen UMNO seumpama dalam kes kematian misteri Teoh Beng Hock, perarakan kepala lembu, skandal yang melibatkan calon BN, dan pelbagai kes yang didedahkan oleh Pakatan Rakyat.

Tidak cukup dengan itu, isu kelemahan ketara dalam daftar pemilih yang melibatkan anggota tentera turut mewarnai kepincangan sistem yang semakin goyah dengan penipuan dan penyelewengan.

Kejadian terkini di mana markaz pemuda PAS diserang oleh sekumpulan 20 pemuda turut memudarkan integriti dan kredibiliti BN yang mencanangkan One Malaysia ke seantero dunia. (Gambar: Lihatlah wajah seorang mangsa yang dipukul dalam serangan tersebut)

Apa yang pasti, peluang PAS & Pakatan Rakyat tetap ada di Bagan Pinang. Menunggu anugerah Allah tidak cukup hanya dengan menonton di kaca TV dan perkembangan di talian internet. Kita kekurangan 3 kerusi sahaja lagi untuk melihat kejatuhan sebuah lagi kerajaan negeri. Kemenangan di Bagan Pinang pastinya penting untuk kita. Ayuh, turunlah ke medan.... Kelibat anda diperlukan di sana...

No comments: