'Permulaan Bagi Sebuah Kebangkitan'
Sekali terpenjara, buka bererti ianya titik permulaan bagi mengakhiri episod sebuah perjuangan. Namun kelibat 'pesalah-pesalah' yang dizalimi inilah yang akan menyemarakkan lagi teman-teman diluar sana.
Ayuh, jika ANAK sudah mula digeruni; ertinya kita sudah mula dikhuatiri. Peneroka yang sentiasa diperah keringatnya oleh penguasa-penguasa Felda sebenarnya dimonitor oleh tangan-tangan ghaib yang berlegar di Puterajaya.
Mereka bertindak ganas dengan mencengkam setiap urat nadi yang boleh mereka pergunakan. Rakyat bagaikan hamba yang saban hari menangisi dan memohon simpati tuan-tuannya.
Soalnya , sampai bila ? Kita punya kekuatan yang besar jika dihimpun dan disatukan. Bukan sahaja warga pendidik yang mampu merobek kekuatan bahtera jahiliah ini, tetapi warga peneroka juga boleh menjayakannya.
Biarlah mereka terus membadai, namun tidak salah untuk sesiapa mengingatkan mereka tentang suara keramat yang ada pada kita. Seorang yang didakwa, seratus lagi akan bangkit bersuara...
Tahniah buat al akh Mazlan Aliman. Ianya suatu permulaan untuk satu kebangkitan.

1 comment:
Tahniah buat ustaz dan pejuang-pejuang yang berani menempuh ombak tsunami di Malaysia kita dan di luar sana.
Secara jujur saya mengaku,saya tidak seberani mereka.saya cuma mampu membantu setakat yang mampu .Mendedahkan kebenaran kepada orang ramai,bila kebenaran sudah tersebar,kebatilan pasti tersungkur.
Saya teringat pesanan dari Imam Hassan Al-Banna untuk para pejuang
"Semakin gelabnya malam menandakan semakin dekatnya akan kedatangan siang"
Semakin kuat Islam di tekan menandakan semakin terdesaknya musuh dan semakin hampir dengan kejayaan.
Post a Comment