Kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan rumah kediaman seorang ahli PAS di kawasan Besut telah mendapat perhatian dan simpati dari semua pihak termasuk Majlis Tindakan DUN Jerteh. Kelihatan Yang DiPertua PAS Kawasan Besut yang juga Pengarah MTD Jerteh, ustaz Wan Azhar Wan Ahmad sedang menyampaikan sumbangan kepada Ustaz Wan Ahmad dan isteri sebagai tanda simpati atas apa yang berlaku. Turut kelihatan Tuan Haji Mohd Hassan Salleh (Timbalan YDP PAS Kawasan Besut) dan Sdr. Nik Hassan Azmi (Penolong Setiausaha PAS Kawasan Besut).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Moga Allah SWT beri kekuatan kepada sahabat yang ditimpa musibah dan kepada kita untuk terus melakukan amal jariah melalui sumbangan tenaga dan material.Didoakan semoga ia diterima oleh Allah SWT sebagai amal kebajikan kita kepadaNya.
Kepada YDP Besut "Selamat Menyambut Eid Mubarak...taqoballahu minna wa minkum taqoballahu yaa kareem"
"Welcome to the world of Unity"
Post a Comment