Sunday, September 26, 2010

2 Aktivis PAS Besut Dirawat Di Hospital Kubang Kerian...





Dua aktivis PAS Kawasan Besut kini sedang dirawat di hospital Kubang Kerian, Kelantan. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dari Besut pada tahun 1969 yang mesra dengan panggilan Abang Mat Said baru selesai menjalani pembedahan pada sekitar jam 7.30 malam tadi dan kini ditempatkan di Wad Intan. Beliau dilihat berada dalam keadaan yang amat stabil. Bahkan suatu yang amat menghairankan bilamana beliau berbicara dengan teman-teman yang melawatnya dalam soal dakwah dan perjuangan. Beliau turut bercerita tentang aktivis yang sezaman dengannya termasuk ustaz Kassim Ahmad dan ustaz Harun Jusoh disamping mengingati rakan-rakan yang telah kembali ke rahmatullah...

Seorang lagi aktivis yang dijangka akan menjalani pembedahan esok (hari ini ) ialah saudara Saufi Dari DUN Hulu Besut.Beliau seorang yang gigih mengajak masyarakat menghayati Islam. Menjadikan masjid qaryahnya sebagai venue pertemuan harian dengan urusan khidmat masyarakat tanpa sempadan... Dalam bicara ringkasnya tergambar betapa ujian yang dilalui tidak akan mengendurkan rasa kebergantungannya kepada Allah Azzawajalla untuk beliau kembali ke medan dakwah.

Semuga doa dan ziarah dari rakan-rakan seperjuangan akan menambahkan semangat dua sahabat yang beristirehat buat seketika sebelum kembali membadai perjuangan...

Shafakumullah...

1 comment:

Anonymous said...

Nik aziz memang selalu tak kisah..

1. Org kapir senda ayat AQ..Nik Aziz tak kisah.

2. Pembalakan haram kat Kelantan...Nik aziz tak kisah.

3. Anwar, bekas banduan kerana meliwat dan salah guna kuasa jadi PM....Nik Aziz tak kisah.


4. Liza Wong, seorang penzina diangkat jadi pemimpin dan ahli2 PAS kawasan tersebut undi Liza Wong sebagai pemimpin...Nik Aziz tak kisah.


5. Skandal duit tabung Memali...Nik Aziz tak kisah.


6. Skandal anak menantu ...Nik Aziz tak kisah.


7. Amalan mencarut..Nik Aziz tak kisah.


8. Org2 kapir sebut Tuhannya Allah, yakni ada anak, ada rupa dan bentuk...Nik Aziz tak kisah.


9. Amalan demostrasi jalanan...Nik Aziz tak kisah.


10. Gi semayang depan jenazah dan gambar jenazah ikut adat budaya kapir...Nik Aziz tak kisah.


11. Ambil pertolongan ngan syaitan..Nik Aziz tak kisah.


12. Ada rakan sekutu ada hubungan ngan kongsi gelap..Nik Aziz tak kisah


Macam-macam lagi...sebab apa tak kisah..


"Kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau bersedia menerima cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara."-utusan


Apa yg Nik Aziz kisah?


Kalau mu sokong atau undi UMNO...kerana tu mungkin bercanggah ngan dasar Islam dan negara..



Aadooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...!!!!!! Hj Hadi ..adddooiiiiiii