Monday, April 11, 2011

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Besut, 2011



"Merisik Kemenangan Merakyatkan Perjuangan"

Berakhirnya mesyuarat agung PAS Kawasan Besut tepat jam 5.45 petang, 9 April 2011 di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Jerteh telah membuka episod baru dalam era kepimpinan PAS Kawasan Besut untuk penggal 2011/2013.

Berbagai pandangan, cadangan, kritikan diluahkan oleh perwakilan menggambarkan betapa mereka berhajat untuk melihat PAS Besut berada dilandasan perjuangan yang betul. Tidak kurang juga yang bertindak 'merempuh' lebih awal sebelum gelanggang dibuka. Biarpun rempuhannya agak kuat, bagai nak rak semacam nak tercabut kepala lutut namun itulah realitinya bila berada di tengah-tengah gelanggang. Kadang-kadang kita perlu lebih banyak diam dari berbicara, mengulas dan bersuara. Semakin banyak kita mengomel semakin banyak silap yang ada. Terkadang biarpun umur semakin tua kelibat kelihatan seperti lagak budak-budak di papan gelonsor....

Saya secara peribadi melihat signal yang diberi oleh para perwakilan menggambarkan hasrat yang mencengkam kuat naluri anggota kita yang mahukan kemenangan. Menang dalam PRU 13 bagi mengulangi sejarah 1999 yang lalu.

Soalnya, mampukan kita bergerak ke arah itu ? Tidak mungkin seorang kepten mampu mengemudi bahtera sebesar ini tanpa sokongan dan dokongan bersama dari kalangan anggota dan masyarakat. Saya berhasrat untuk membina kerangka organisasi yang lebih mantap. Berdaya saing dan bergerak maju ke hadapan.

Menggalas cabaran di penggal ini pastinya berhajatkan lebih pengorbanan. PRU ke 13 adalah agenda utama yang menjadi fokus kita bersama. Binalah jamaah ini dengan kekuatan yang tunjangnya adalah aqidah.... Tunjangnya adalah agama.

Insya Allah hasrat Merisik Kemenangan akan tercapai apabila kita bertindak Merakyatkan Perjuangan.... Ayuh, tidak salah kita belajar dari mereka yang menang....

1 comment:

sahabat dunia akhirat said...

Salam..Tahniah krn mnjd top 1. Takziah krn amanah yang terpikul bkn sesuatu yg ringan. Amat berat dan memerlukan banyak pengorbanan. Tribulasi n mehnah sentiasa melengkapi perjuangan. Ia mematangkan perjuangan namun kadang ianya menjadi faktor keguguran di jalan perjuangan.
Teruskan. Kemuncut di jalanan jgn dihiraukan.Musuh kita ialah penentang Allah.
Teruskan. Betulkan niat krn Allah dan jangan lalai dgn kata manis. Ikhlaskan diri. Allah akan membantu.
Jangan gundah dgn pandangan negetif. Bina ukhwah dan fikrah yg kukuh bersama sahabat tuan skrg seperti mana tuan membinanya dgn sahabat terdahulu.
Doa kami sentiasa bersama tuan moga Allah memberikan kekuatan jasmani dan rohani kpd tuan untuk terus berkhidmat di jalan perjuangan.
Teruskan berjalan di atas keberkatan Allah.