Monday, April 11, 2011

Ziarah Ke DUN Jerteh Seusai Mesyuarat Agung Kawasan Besut







Sehari selepas mesyuarat agung PAS kawasan Besut selesai, satu program ziarah ke DUN Jerteh diatur oleh sahabat-sahabat yang diketuai oleh Encik Abdullah Mamat (Pak Lah) Ketua PAS Cawangan Padang Luas Luar.

Rombongan yang disertai 10 anggota itu sempat menyantuni 4 warga yang melahirkan kegembiraan di atas kunjungan kami meskipun dalam keadaan kesihatan yang kurang baik.

Semuga ziarah menjadi sebahagian daripada program kita bersama masyarakat...

TQ for all...

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Besut, 2011



"Merisik Kemenangan Merakyatkan Perjuangan"

Berakhirnya mesyuarat agung PAS Kawasan Besut tepat jam 5.45 petang, 9 April 2011 di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Jerteh telah membuka episod baru dalam era kepimpinan PAS Kawasan Besut untuk penggal 2011/2013.

Berbagai pandangan, cadangan, kritikan diluahkan oleh perwakilan menggambarkan betapa mereka berhajat untuk melihat PAS Besut berada dilandasan perjuangan yang betul. Tidak kurang juga yang bertindak 'merempuh' lebih awal sebelum gelanggang dibuka. Biarpun rempuhannya agak kuat, bagai nak rak semacam nak tercabut kepala lutut namun itulah realitinya bila berada di tengah-tengah gelanggang. Kadang-kadang kita perlu lebih banyak diam dari berbicara, mengulas dan bersuara. Semakin banyak kita mengomel semakin banyak silap yang ada. Terkadang biarpun umur semakin tua kelibat kelihatan seperti lagak budak-budak di papan gelonsor....

Saya secara peribadi melihat signal yang diberi oleh para perwakilan menggambarkan hasrat yang mencengkam kuat naluri anggota kita yang mahukan kemenangan. Menang dalam PRU 13 bagi mengulangi sejarah 1999 yang lalu.

Soalnya, mampukan kita bergerak ke arah itu ? Tidak mungkin seorang kepten mampu mengemudi bahtera sebesar ini tanpa sokongan dan dokongan bersama dari kalangan anggota dan masyarakat. Saya berhasrat untuk membina kerangka organisasi yang lebih mantap. Berdaya saing dan bergerak maju ke hadapan.

Menggalas cabaran di penggal ini pastinya berhajatkan lebih pengorbanan. PRU ke 13 adalah agenda utama yang menjadi fokus kita bersama. Binalah jamaah ini dengan kekuatan yang tunjangnya adalah aqidah.... Tunjangnya adalah agama.

Insya Allah hasrat Merisik Kemenangan akan tercapai apabila kita bertindak Merakyatkan Perjuangan.... Ayuh, tidak salah kita belajar dari mereka yang menang....

Wednesday, January 12, 2011

Pilihanraya Kecil DUN Tenang





PAS Kawasan Besut turun ke DUN Tenang untuk turut membantu jentera UPU Chemplak dengan kapasiti 1447 pengundi. Misi dan visi besar yang digalas adalah untuk turut menyumbang ke arah kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di DUN tersebut.... Doakan.

Sunday, September 26, 2010

2 Aktivis PAS Besut Dirawat Di Hospital Kubang Kerian...





Dua aktivis PAS Kawasan Besut kini sedang dirawat di hospital Kubang Kerian, Kelantan. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dari Besut pada tahun 1969 yang mesra dengan panggilan Abang Mat Said baru selesai menjalani pembedahan pada sekitar jam 7.30 malam tadi dan kini ditempatkan di Wad Intan. Beliau dilihat berada dalam keadaan yang amat stabil. Bahkan suatu yang amat menghairankan bilamana beliau berbicara dengan teman-teman yang melawatnya dalam soal dakwah dan perjuangan. Beliau turut bercerita tentang aktivis yang sezaman dengannya termasuk ustaz Kassim Ahmad dan ustaz Harun Jusoh disamping mengingati rakan-rakan yang telah kembali ke rahmatullah...

Seorang lagi aktivis yang dijangka akan menjalani pembedahan esok (hari ini ) ialah saudara Saufi Dari DUN Hulu Besut.Beliau seorang yang gigih mengajak masyarakat menghayati Islam. Menjadikan masjid qaryahnya sebagai venue pertemuan harian dengan urusan khidmat masyarakat tanpa sempadan... Dalam bicara ringkasnya tergambar betapa ujian yang dilalui tidak akan mengendurkan rasa kebergantungannya kepada Allah Azzawajalla untuk beliau kembali ke medan dakwah.

Semuga doa dan ziarah dari rakan-rakan seperjuangan akan menambahkan semangat dua sahabat yang beristirehat buat seketika sebelum kembali membadai perjuangan...

Shafakumullah...

Tuesday, September 14, 2010

Parahnya Masyarakat Kita Hari Ini...



Selamat Hariraya Maaf Zahir Dan Batin


Daripada : Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Umi Nasriah Haji Awang Dagang, Wan Nur As Syuhada' Al 'Izzah, Wan Mujahidah Solehah & Wan Sumaiyah Humaira'.... Besut, Terengganu.