Friday, February 20, 2009

Gelagat Sumpah Pontianak Pemuda UMNO !!!

Ulasan : Lihatlah gelagat mereka...

Nizar dan Zambry patut bertanding di Bukit Gantang - Dato' Haji Mahfuz Omar



.......... " Saya mencabar Zambry supaya beliau sendiri menjadi calon di Bukit Gantang, dan atas sifat peribadi saya, jika Zambry sanggup, saya akan cadangkan agar PAS mencalonkan Nizar. Biar dua Menteri Besar ini diberikan mandat oleh rakyat dahulu, sebelum logo halal dikeluarkan oleh mahkamah di Kuala Lumpur.
Rakyat Bukit Gantang boleh mewakili rakyat Perak untuk membuat perhitungan siapakan menteri besar sebenar yang mereka kehendaki. Adakah Nizar yang diangkat melalui pilihan raya, atau Zambry yang diangkat melalui penculikan wakil rakyat!". Demikian tegas Dato' Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Thursday, February 19, 2009

Mengimbau Memori Silam...

YB Ustaz Haji Awang Dagang - EXCO Kerajaan Terengganu (1999/2004)
sewaktu menziarahi teman seperjuangannya di Besut pada 2003

Aksi Bakal Ketua Pemuda UMNO - Malaysiakini







Islam Hadhari Pemuda UMNO Bestari...











Wednesday, February 18, 2009

Ceramah Dato' Mahfuz Omar disabotaj...




PAS kesal di atas kes yang berlaku pada malam tadi apabila ceramah anjuran PAS Kawasan Jempol telah disabotaj oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Ceramah yang menampilkan kehadiran YB Dato' Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Haji Mohd Abd Wahid Endut(Ahli Parlimen Kuala Terengganu), Sdr. Zulkefly Mohd Haji Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan),YB Haji Taufik Abd Ghani (Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan) dan YB Teo Kok Seong (ADUN Bahau) telah berjaya menarik kehadiran bukan sahaja masyarakat setempat tetapi juga yang datang dari Melaka, Pahang dan Selangor.

Ucapan penuh bersemangat dari pimpinan Pakatan Rakyat pada malam tersebut berakhir sejurus selepas YB Dato' Mahfuz Omar berucap sekitar 30 minit apabila lampu 'dipadamkan'. Kejadian itu yang dilihat sebagai usaha untuk menyekat pendedahan demi pendedahan terhadap kepincangan Barisan Nasional, bagaimana telah membangkitkan kemarahan orang ramai.

PAS mengutuk mereka yang bertindak demikian dan karektor yang berada di belakang tabir dalam mengarahkan kejadian 'blackout' ini. Lima malam sebelumnya wujud pergerakan licik untuk menanggalkan poster ceramah sehingga tinjauan kita mendapati tidak ada sekeping poster pun yang ada di Pekan Bahau. Tetapi dengan kehadiran yang di luar jangkaan pada malam tadi, mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya meyakinkan masyarakat tentang seriusnya mereka untuk menjadi alternatif kepada kerajaan korup Barisan Nasional.

Zambry dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN




KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Menurut laporan Malaysiakini keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang semalam.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Dato' Ramly Zahari (Manong), Dato' Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Dato' Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.

Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.

"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang semalam.

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.-azm

Tuesday, February 17, 2009

Keakraban Sebuah Perjuangan...Malaysiakini


Muslimat PAS dan Elizabeth Wong


Gambar : Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh memeluk Eli tanda kekesalan dengan apa yang berlaku.


Ustazah Nuridah Mohd Salleh menegaskan perkara yang menimpa Elizabeth itu menjelaskan, BN sebenarnya tidak mampu untuk menerima kekalahan mereka dalam pilihan raya di mana-mana negeri.

Beliau berkata, pimpinan BN akan cuba sedaya upaya mencari berbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana.