Wednesday, February 18, 2009

Ceramah Dato' Mahfuz Omar disabotaj...




PAS kesal di atas kes yang berlaku pada malam tadi apabila ceramah anjuran PAS Kawasan Jempol telah disabotaj oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Ceramah yang menampilkan kehadiran YB Dato' Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Haji Mohd Abd Wahid Endut(Ahli Parlimen Kuala Terengganu), Sdr. Zulkefly Mohd Haji Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan),YB Haji Taufik Abd Ghani (Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan) dan YB Teo Kok Seong (ADUN Bahau) telah berjaya menarik kehadiran bukan sahaja masyarakat setempat tetapi juga yang datang dari Melaka, Pahang dan Selangor.

Ucapan penuh bersemangat dari pimpinan Pakatan Rakyat pada malam tersebut berakhir sejurus selepas YB Dato' Mahfuz Omar berucap sekitar 30 minit apabila lampu 'dipadamkan'. Kejadian itu yang dilihat sebagai usaha untuk menyekat pendedahan demi pendedahan terhadap kepincangan Barisan Nasional, bagaimana telah membangkitkan kemarahan orang ramai.

PAS mengutuk mereka yang bertindak demikian dan karektor yang berada di belakang tabir dalam mengarahkan kejadian 'blackout' ini. Lima malam sebelumnya wujud pergerakan licik untuk menanggalkan poster ceramah sehingga tinjauan kita mendapati tidak ada sekeping poster pun yang ada di Pekan Bahau. Tetapi dengan kehadiran yang di luar jangkaan pada malam tadi, mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya meyakinkan masyarakat tentang seriusnya mereka untuk menjadi alternatif kepada kerajaan korup Barisan Nasional.

No comments: