Monday, February 16, 2009

Tangkap penderhaka

KUALA TERENGGANU 16 Feb. – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mahu kerajaan bertindak tegas termasuk menahan atau menangkap para penderhaka yang kian sombong serta angkuh terhadap institusi Raja-raja Melayu.

Beliau berpendapat, hanya menerusi tindakan sedemikian boleh menghapuskan keangkuhan atau kesombongan mereka yang kian bermaharajalela.

Katanya, keputusan sultan seharusnya dihormati dan beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap penderhaka menerusi peruntukan undang-undang sedia ada.

‘‘Sebab itu dalam kes sekarang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) amat diperlukan. Walaupun ada orang mempersoalkan ISA tetapi ia wajar bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

‘‘Kenapa golongan biadab berleluasa, tahan sahaja mereka menerusi ISA, paling lama dua tahun sudah cukup untuk mengajar mereka yang bersikap biadab ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini

Komentar :Tahniah buat YAB Dato' yang bersemangat kental dalam mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja kita. Memang Dato' layak memimpin Terengganu. Rasanya kalau pendurhaka dan pengkhianat ini dapat diurus, khususnya di Terengganu & Kelantan, Insya Allah rakyat akan hidup lebih aman. Saya tak nampak rakyat Perak yang tolak Kerajaan Haram Perak hari ini bertindak menabalkan sultan lain walaupun mereka terkhilaf sejenak dengan baginda Tuanku. Tuanku tetap bertakhta di hati rakyat...

No comments: