Wednesday, January 28, 2009

Pilihanraya Kecil DUN Lenggeng, Negeri Sembilan !!!

YBhg. Sdr. Zulkifly Mohamad Haji Omar
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.... Bekas Calon PAS DUN Lenggeng
Bandar Seri Jempol - Pilihanraya Umum Ke 12 jelas menghakis penguasaan BN di 5 buah negeri. Ledakan gelombang yang membadai Parlimen Permatang Pauh terus bergelora sehingga ke Parlimen Kuala Terengganu. Kini rakyat menoleh ke lokasi baru. Negeri yang dulunya menjadi sebahagian daripada talian hayat UMNO/BN. Tetapi kini ianya sudah jauh berbeza. PRU ke 12 telah meletakkan UMNO/BN dihujung tanduk. BN dan Pakatan Rakyat masing-masing memerlukan 4 kerusi tambahan. BN untuk mencukupkan penguasaan 2/3 di DUN manakala PR untuk tampil sebagai kerajaan yang baru. Bahkan wujud kemungkinan yang lebih baik di pihak PK untuk cuma menambah 3 kerusi sahaja memandangkan kedudukan speakernya yang dilantik dari kalangan ahli yang berhormat.
Justeru, jika kes yang berlaku kepada ADUN Lenggeng disabitkan bersalah oleh mahkamah pastinya rakyat Lenggeng akan berusaha membersihkan nama baik mereka yang tercalar dek angkara pemimpin UMNO itu. Perlu dinyatakan bahawa pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu diadakan atas faktor perletakan jawatan dan kematian telah berpihak kepada PR, maka jika Pilihanraya Kecil DUN Lenggeng diadakan pasti puncanya jauh berbeza sebab musababnya lantaran angkara durjana oleh ADUN berkenaan. Yang pasti, rakyat Lenggeng akan bangkit menebus maruah mereka yang tercalar....

2 comments:

ABE JO HIJA said...

slm perjuangan buat pejuang2 Islam N9. Ana baru buka blog ustaz ni...terkejut tgk gambar ustaz menghiasi blog ni..hai pasni agak2 kemane lak meke2 nak posting ustaz..hehehe..semoga keberanian yg ustaz ni menjadi contoh pd mereka2 yg masih takut nak berjuang Islam...Allahu akbar!!! Abe jo (jcs7287@yahoo.com.my ) http://madinatul-syifa.blogspot.com

Anonymous said...

Tahniah Ustaz. Moga Allah bersamamu dalam setiap pekerjaanmu. Ana respek la sama enta.Perjuangan itu manis ganjarannya juga manis.Allahu Akbar!!! Panglima Khalid k_alwalid93@yahoo.com