Tuesday, April 14, 2009

Bubarkan DUN Terengganu & Perak Untuk Stabilkan Pergolakan.


Pemboikotan 10 ADUN Barisan Nasional dari menghadiri sidang DUN meletakkan polimik politik Terengganu bakal kembali memuncak. Kunjungan rombongan ADUN tersebut yang diketuai oleh orang kuat Idris Jusoh iaitu Rosul Wahid ke Putrajaya bagi melaporkan situasi sokongan berbelah bagi terhadap Menteri Besar yang diperkenankan oleh Istana Terengganu pastinya berpakej durhaka. Sukar diramalkan bagaimana penyelesaian yang bakal terlaksana. Protes yang dinyatakan oleh Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias Abdullah terhadap perlantikan ketua Wanita Umno bahagian Dungun, Zainon Abu Bakar sebagai senator yang mewakili Terengganu juga menggambarkan hilangnya penghormatan dan ketaatan terhadap MB. Yang pasti Ahmad Said kini berdepan keadaan sukar bagi kali ke dua.

Berbeda situasinya dengan kemenangan majoriti berganda YAB Nizar di Bukit Gantang yang disifatkan sebagai referendum rakyat terhadap kepimpinan Najib, Mahyuddin & Zambry sekaligus mengesahkan kehendak rakyat bahawa kemelut yang melanda Perak juga harus dikembalikan kepada pengundi.

Jelas, terang lagi bersuluh bahawa kes dan krisis di dua negeri ini harus ditangani secara bijaksana. Jika keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dan Bukit Gantang dijadikan ukuran maka pembubaran DUN Terengganu & Perak adalah jalan penyelesaian terbaik yang ada.

Saya fikir slogan Dari Rakyat, Untuk Rakyat, Kepada Rakyat tajaan UMNO/BN harus diterjemahkan di peti undi. Mengapa takut untuk berdepan dengan rakyat jika kita yakin rakyat berada di belakang kita...


1 comment:

kekwa66 said...

Kalau bubarkan DUN Terengganu, tak bubarkan Dun Perak...haha...UMNO kena batang hidung sendiri la jawabnya!!