Tuesday, April 14, 2009

Najib kena lucutkan jawatan KM Melaka... Malaysiakini.


Kes Naib Presiden UMNO, Ali Rustam sehingga kini masih belum menampakkan respon PM yang baru. Seperti kata mantan PM, Tun Dr M bahawa beliau bangga dengan kabinet Najib yang dianggap cuba memperlihatkan keazamannya membentuk anggota kabinet yang bersih dari rasuah. Penyenaraian tanpa terpahat nama Khairy Jamaluddin, anak jantan yang menang dalam pertembungan kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO; sekaligus menggerhanakan karier politik anak Toyo dan anak Mahathir seolah-olah isyarat Najib terhadap para pengamal rasuah dan para perasuah.

Isunya ; Benarkah Najib anti rasuah....

Syor yang dikemukakan oleh Lembaga Disiplin UMNO yang melarang keras Ali Rustam bertanding sebarang jawatan dalam haraki kepimpinan UMNO dipatuhi dengan taat sebelum pemilihan UMNO. Soalnya kenapa kes itu terbiar membusuk begitu sahaja. Najib sewajarnya bertindak tegas. Mengotakan janjinya untuk mendahulukan rakyat. Tidakkah maruah rakyat Melaka lebih mahal dari seorang yang terpalit pertuduhan rasuah.

Atau sememangnya Ali menunggu isyarat seseorang untuk mencabar keesahan keputusan Lembaga Disiplin UMNO sekali gus membuka ruang tempur baru bersama penjawat kerusi Timbalan Presiden yang khabarnya tidak begitu digemari sehingga diberi kementerian yang kurang popular...

No comments: