Sunday, August 2, 2009

Himpunan 100 Ribu Protes ISA : "Menteri KDN & Ketua Polis Negara Mesti Letak Jawatan"



Perhimpunan Aman 100 Ribu Rakyat Malaysia pada 1 Ogos 2009 yang perihatin terhadap kezaliman kerajaan Barisan Nasional di bawah akta rimba ISA telah disuraikan dengan ganas oleh pihak polis. Ia adalah operasi terburuk dalam tempuh 25 tahun.Operasi yang dilabel sebagai mengikut prosedur & paiwaian SOP oleh Ketua Polis Negara dalam mengulas tindakan polis itu selayaknya dibakulsampahkan sahaja bahkan 2 pihak atasan mesti mengambil tanggungjawab penuh dalam insiden yang berlaku.

Bayangkan rakyat diarah bersurai sedangkan semua laluan ditutup dengan kebanjiran anggota & trak FRU, water canon dan polis dari pelbagai cawangan yang telah diarah mengepung laluan keluar. Aliran dan laluan keluar untuk menuju ke arah yang satu... istana negara tertutup sepenuhnya. Bomba yang sepatutnya mempunyai SOPnya yang tersendiri turut dilihat bersubahat untuk suply bekalan air kepada pihak berkenaan yang kehabisan bekalan air sewaktu membakar emosi rakyat.

Bayangkan anak-anak yang terkepung bersama ibu dan ayah mereka juga terheret dalam implikasi tindakan ganas polis. Para pengguna jalanraya, peniaga dan pelancong diprovok agar mempersalahkan para demonstrator. Bahkan sebahagian mereka digari ke trak sebelum ditahan dipenjara.

Saya pasti ramai yang bersependapat bahawa tindakan biadap pihak PDRM khususnya anggota FRU akan terus dicela. Solat hajat akan terus dilakukan. Hidup mereka pastinya terdedah kepada pembalasan dan azab Allah. Mereka sering menyakiti rakyat tapi mereka lupa Allah Maha Mendengar rintihan rakyat yang dizalimi. Ingatlah doa golongan teraniaya ini lebih didengari di sisi Allah.

Saya pasti ramai tahanan akan bangkit untuk mendakwa PDRM yang menahan mereka tanpa sebab.

Saya juga pasti bahawa rakyat akan bangkit untuk mendesak perletakan jawatan segera oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang akan kita pertanggungjawabkan sepenuhnya dalam operasi ganas tersebut.

Have No choices. They have to resign....

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah. Saya tengok gambar ustaz kat depan masa demonstrasi. Ustaz membanggakan kami di Sabah.

Anonymous said...

Tak takut kena tahan ke ? Ingat la anak bini tu nak makan apa....

Anonymous said...

Hoi... Kau ni sapa hah! Ingat ustaz aku tu pengecut macam kau ke? Pegi jahanam dengan UMNO dan talibarut Najib. Jangan ganggu ustaz kami.

Orang Sabah said...

Mana kawan-kawan kita yang berjuang kat Sabah dulu ustaz. Takkan balik Semenanjung tak teruskan perjuangan... Harap ustaz kumpulkan mereka dalam satu wadah yang jelas. Bukan keliru dengan kedudukan dan pangkat yang ditawarkan...