Kerenahnya sewaktu menghamburkan kata-kata kesat kepada YB Wakaf Mempelam tidak mungkin terpadam dari ingatan rakyat. Dia mencarut sakan dengan sokongan dan support yang kuat dari teman-teman exconya di zaman empayer pemerintahan Idris Jusoh sebagai MB. YB Rosul yang konfem tidak maksum itu jelas tersenyum gembira dengan hujahan bodoh YB Kijal sewaktu menghalakan amukannya ke arah tokoh muda PAS itu. Tidak cukup dengan sekadar kata-kata, ajakan bertumbuk menjadikan dia lebih popular berbanding exco-exco yang lain.
Dia kini sedang memerhatikan secara teliti dan fokus untuk mengenalpasti siapa teman dan siapa musuhnya dalam DUN Terengganu yang separti dengannya. Dalam masa dia dihamun, disindir, diejek, dipersenda dan dipandang hina oleh rakan-rakan partinya, dia lebih cenderung untuk diam membisu. Dia tahu kekuatan yang ada pada dirinya dalam kedudukannya sebagai MB. Tabiat buruk dan keji YB-YB UMNO dalam persidangan DUN yang seringkali mencemarkan imejnya dan imej partinya lantaran kegagalan mereka untuk bertindak mewakili suara rakyat, sikap yang tidak responsif, malas menghadiri sidang dan tidak patriotik perlu disenaraihitamkan segera oleh MB bertaraf Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri itu yang diperlecehkan UMNO pimpinan Najib.
Jelas, dia seorang yang berperinsip. Biarpun perinsipnya kabur, sekabur wajah UMNO di mata rakyat, namun dia masih mampu bertahan. Membujur lalu melintang patah. Biar patah kaki dihinjak, namun hatinya tetap bersama rakyat. Di saat dirinya diserang dari segenap penjuru kehidupan, dia tabah mencari teman. Dia mula belajar kehidupan berpolitik ; musuh dan kawan tidak selamanya bertahan... Sekali air bah sekali pantai berubah. Bila berarak awan mendung, langit pasti akan kembali cerah.
Tidak sukar untuk dirinya memahat sejarah mencipta tamadun dalam karekter seorang pejuang rakyat kerana Allah Maha Berkuasa menjernihkan kekeruhan kelodak yang bergelora dengan siraman cahaya hidayatNya. Pastinya dia akan lebih dekat kepada Allah di saat dia menghampiri para ulamak...
1 comment:
PAS BERIS PAK ABU TELAH MELANCARKAN TABUNG DERMA UNTUK MANGSA MANGSA RIBUT DI KG. KAMI. HULURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI, AKAUN BANK ISLAM BERNOMBOR : 13-035-02-013532-5. http://malaysiaberih.blogspot.com/2009/09/ribut-melanda-beris-pak-abu20-buah.html ~umarfareez
Post a Comment