Saturday, December 19, 2009

PRU 13. Insya Allah PR Check In, BN Check Out


19 Disember 2009 melakarkan satu lembaran baru negara. Pembentukan sebuah gabungan besar antara tiga parti pembangkang terkuat dalam sejarah parlimen Malaysia ; Parti Islam Semalaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) kini bersetuju untuk bekerjasama dalam suatu permuafakatan bagi menggerakkan Massa ke arah mengambilalih penguasaan dan pentadbiran Puterajaya.

Pakatan Rakyat tidak harus dilihat sebagai Gimik Politik Pembangkang menjelang PRU ke 13. PR kini terbina dengan kekuatan tersendiri. Gabungan yang mengumpulkan kekuatan yang dimiliki dari premis yang berbeza tetapi selera yang sama.... Menumbangkan Kerajaan Firaun Barisan Nasional.

PAS berbekalkan Kerajaan Kelantan dan Kedah. PKR mencagarkan kerajaan Selangor dan DAP mempertaruhkan kerajaan Pulau Pinang. Perak dijadikan asas kombinasi awal sebelum PR dibentuk sebagai model sebuah kerajaan Pakatan Rakyat. BN amat bernasib baik kerana Wilayah Persekutuan bukan ditadbir sebagai sebuah kerajaan negeri... Jika tidak pastinya gegaran di Puterajaya semakin kencang.

Seperti ungkapan YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS bahawa "PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu....maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa...dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza..." Demikian tegas beliau.

YAB Tuan Guru Al Mursyidul Am PAS pula turut memaparkan keyakinannya bahawa penyatuan akan berlaku dengan baik di kalangan pimpinan PR. Secara berselora beliau menyatakan bahawa di dada Karpal Singh ada bulan.

Karpal yang berucap turut memecahkan kebimbangan ramai dengan kenyataannya bahawa beliau kini duduk antara Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi...

Semuga 2 Muharram 1431 menjadi permulaan yang baik dan amat bermakna untuk masa depan generasi akan datang.

Tahniah untuk semua....



2 comments:

Ayid said...

Dalam UMNOngok tidak ada ukwah semacam ini. Mari kita pakat campak UMNOngok ke dalam dasar laut, agar anak cucu kita tidak dapat mengenali UMNOngok ini

uminas said...

Amin..
Perkemaskan saff..bulatkan tekad