Friday, April 23, 2010

Gerakan: JPM dan Rosmah dituntut beri penjelasan.


Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow menggesa agar Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor memberi penjelasan kepada umum berhubung perletakan jawatan Joshua Wong, selaku penerbit rancangan Editor's Time, ntv7.

Teng Chang Yeow (gambar kiri) berkata, ketika mengulas sebab dan kronologi perletakan jawatan dalam sidang media semalam, Joshua Wong telah mengaitkan tiga pihak, iaitu pihak atasan ntv7, JPM dan isteri PM Rosmah Mansor. Oleh itu, ketiga-tiga pihak ini harus memberi penjelasan kepada rakyat umum.

Demikianlah gesaan dalam kenyataan Teng Chang Yeow ketika mengulas isu perletakan jawatan Penerbit Buletin dan Isu Semasa ntv7, Joshua Wong semalam. Joshua tidak berpuas hati apabila pihak atasan ntv7 tunduk kepada aduan daripada JPM dan isteri PM Rosmah Mansor, menurutnya. 【Penerbit letak jawatan, dedah ntv7 menerima aduan Rosmah】

Teng Chang Yeow membantah sekeras-kerasnya campur tangan politik ke dalam media. Teng Chang Yeow, juga salah seorang panelis yang diundang ketika rancangan Editor's Time dirakamkan di Pulau Pinang, tampil ke depan untuk menyangkal tuduhan dalam "sms", bahawa rancangan ini berbau perkauman.

"Rancangan ini menyediakan satu platform supaya pihak pemerintah dan pembangkang boleh menyuarakan pandangan masing-masing. Saya menganggap rancangan ini sebagai satu rancangan yang kritis," katanya.

Sumber

1 comment:

Anonymous said...

Kawe toksir komen gapo cuma nak tanyo puak2 demo. Solat JUmaat di suray dan markas Pas tu SAH ke tidak. Kalau SAH hukum mano wei.

Sebab apo maso Pas perintah teganung dulu puak2 demo kerumum masjid kjaan sapa berebut tokat masjid.

Lepas tuu uak2 demo lari pulak bilo BN menang smula.

Istighfarlah banyok2. Yg makan gaji dgn kerajaan tuuu demo makan pitih gapo... Potih kerajaan haram kalau hok kjaan buat haram. Ada pitin judi, ada arok.

Samo jugak kalau pitih ehsan tu haram ytapi puak2 demo hok jadi wakil rakyat tu ttima pitih dari kerajaan taghut jugok.

Jangala buat gilo babio weiii. Lami benar doh puak2 demo solt Jumaat di suray dan markaz. Lebih 20 tahun doh. Nak tobat........

Kalu di klatam dan teganung kawe tok kisah mengungi lima kali sbulan pung sebab bergilir Pas dgn UMNO jah hok jadi wakil rakyat tapi kalu di patai barat demo jadi gilor babi lah. Sebab tengoj di Slangor Hasan Ali jadi bengong doh....

Pagi rapah arok, petang ronie liu atas kelik,,,,

Yakbir............